Wednesday, November 19, 2014

Wedding Note #14: Kad Kahwin - Part III

Wah... Kad Kahwin punya pasal jer dah sampai part III..

1. Ok.. Kad Kahwin saya dah tukar design. Malu plak plagiarize... xpe, anggap jer yang sebelum ni draft kad kahwin atau design concept. Ha.. tu la kelebihan buat sendiri kad.. boleh tukar2 design.. kekeke... Lepas tu kad daripada ade sebelah pihak dah ada dua belah pihak tapi pihak lelaki buat kenduri kesyukuran.
Bahagian Depan
 
Bahagian Belakang
2. Brown Card dekat Advanco dah naik harga.. drp RM7.50 dah jadi RM10.00 huhu.. dah la dah terbeli 5paket.. xpe nanti boleh letgo... Tinggal 4 paket yang belum guna sbb 180gsm kalau guna printer saya x lawa.. so nak pakai brown paper 150gsm.. (sebenarnya ada hikmah yang Allah nak tunjuk masa tersalah beli awal2 dulu). Btw, 150gsm brown paper pun dah naik harga.. jadi RM7.00 sepaket. xpe la.. still boleh berjimat...

3. Untuk ikat kad saya pakai paper rope.. murah jer RM1.20 beli dekat Kaison. satu boleh ikat dalam 60-70 keping kad
Paper rope - Kaison RM1.20
 4. Doilies beli dekat Bagus cake n pastry supplies. RM 8.00 ade 250pcs
Doilies RM8.00
5. So, sekarang kad kahwin saya bolehlah di edarkan! Awal-awal ni edarkan kat sedara mara dulu lepas tu baru edar kat kawan-kawan.. huhu lagi 2minggu sebelum W-day baru edarkan kat ofismate.. hehe.. Kalau bagi by-hand x payah pakai sampul.. sampul mahal! hehehe
Final Result


Friday, November 14, 2014

Wedding note #13: Hal Ehwal Kenduri

Ini kisahnya pasal kenduri: Kanopi, Menu, dll.
Pening rasanya..

1. Kanopi..
Saya tau Pakcik sebelah mak saya ade menawarkan perkhidmatan utk kanopi... tapi kalau boleh nak cari option lain utk kanopi sebab saya x pernah tengok kerja2 yang die buat... so, kira kalau nak buat sesuatu kenala tengok macam mana kerja org yang kita ambik.. lagipun dia baru jer mmulakan bisnes tu. Mula-mula Mr F hanya berniat utk tanya ayah pasal kanopi.. instead of guna pakcik punya, ingatkan ade option lain. Seperti perkhabaran yang saya dengar, pakcik sy punya kanopi tu khemah pyramid je. Lepas tu harga per kanopi tu, to me is quite expensive.. so sy bertegas dengan Mr F cari kanopi luar yang lebih murah... dengan kos penghantaran yg berpatutan lah...

Biasanya perkhidmatan kanopi yang menawarkan harga kanopi yang biasa jer dan kanopi utk tetamu VIP atau kanopi makan beradab lain harga... Bagi saya, saya lagi suka nak pilih perkhidmatan yang mempamerkan harga dekat laman web mereka sbb senang untuk orang buat bajet.. dan pastinya mmg kita kena bajet dulu lah kan sebelum buat keputusan nak pilik perkhidmatan yang mana..

Untuk kanopi kenduri nanti saya pakai MU Maju Kanopi. Lokasi di Saujana Puchong. Total harga kanopi yang saya ambik berdasarkan pakej yang mereka tawarkan berpatutuan la jugak...
  • 6 khemah pyramid biasa,
  • 1 khemah makan beradap dengan
  • 2 station meja lauk.
  • kalau bayar deposit, kos penghantaran adalah percuma! huhu.. tu yang best tu..

  • Mula2 saya x nak ambik khemah drp pakcik saya sebab khemah die pyramid jer.. sedangkan saya nak khemah Arabian.. tapi lepas dah book menyesal plak ambik Arabian.. Ambik pyramid jer la.. boleh save duit untuk benda lain... utk sewa khemah pun ada drama sket dengan tunang n mak ayah.. teruk betul la awak ni, hana...

    Tapi lepas dah g sewa khemah ayah kata die dah booked khemah kat packik sy tu pulak tu katanya harga khemah yg die bagi kat saya lebih murah sebenarnya.. Alamak!! mcm mana ni?
    so, we decided to put both side half-half. Tapi sewa dengan sedara sendiri boleh la nak deal half-half tapi kalau deal dengan orang lain mcm mne nak dpt half-half... Allahu Akbar... Total khemah skrg dah jadi 10 khemah tetamu, 1 khemah makan beradab (fulamak byk gila khemah!!)

    Jadinya kita terpaksa susun mcm ni lah yer:
  • 8 khemah tetamu
  • 1 khemah makan beradap
  • 1 khemah + 2 station meja lauk.
  • 1 khemah memasak/persiapan menghidang

  • 2. Alatan menghidang dan pinggan mangkuk nanti pinjam dari surau berdekatan... So, benda tu settle.

    3. Menu
    Saya x pasti sebenarnya menu ape yang mak saya n makcik sy plan.. tapi lauk2 yang disediakan lauk2 kampung aje la.. huhu dengan nasi putih.. Pastu mak saya bagi tau.. sebenarnya kena letak nasi minyak atau nasi hujan panas sket sbb kalau nasi putih saja-saja nanti lauk x cukup sebab orang makan bertambah.. huhu.. betul jugak tu...

    4. PA System
    Yg ni x book lg mana2 perkhidmatan.. Tapi dengar haritu mak endek macam ada option jer... Ok kita pending dulu yang ni..

    Setakat ni untuk kenduri tu jer lah kot.. Kalau ada lagi nanti saya update lagi.. huhu

    Kanopi tema Kelabu+Putih 
    
    Sekadar Gambar Hiasan
    Tapi, kalau boleh nak macam ni.. tapi takut la kalau combination colour die buruk.. Huhu... Sebab saya x gemar betul dengan warna-warna striking ni.. kuning pun nak kuning lembut jer.. huhu
    Sekadar Gambar Hiasan
     
     

    Wednesday, November 12, 2014

    20141112 :: Oh no!!! Kena Ragut!!

    :: 17 September 2014 ::
    This is my first time ever!!
    And I pray it will never ever happen again..
    Ameen..
     
    Semasa kejadian tu berlaku Hana dekat depan restoran Bamboo, Prima Sri Gombak.. I'm on my way to my car from Papa Rich.. Lepas salam2, Vrooommm ade motor lalu sebelah dan menarik beg saya.. tak sempat nak berkata ape sebab I was shocked! Tergamam tak tau nak buat apa.. kawan-kawan (K.Jannah & Izzah) pun terkejut sekali.. Saya menjerit pun x... masa tu tali beg yg panjang tu sempat saya tarik tapi disebabkan motor tu lebih laju, tali beg tu pun putus.. At that moment.. baru saya sedar saya dah kena ragut... At the same time, ada kereta kancil yang nampak kejadian tu pun kejar motor tu but I don't know mereka jumpa atau x peragut tu.. I just assumed that they didn't found the JERKS.. Why jerks? sbb ade 2 org.. pembonceng die yg tarik beg.. x pakai helmet, pakai baju merah dan seluar warna gelap. Yang bawak motorsikal tu pakai helmet..
     
    Knp x ambik nombor plat? Oh.. if you in a state of shocked, do you think that your brain could process that kind of action? unless seseorang tu mempunyai keupayaan memori static yang tinggi. Ha.. dah macam cerita Detective Q plak kan..
     
    Sampai hujung jalan, baru saya sedar.. saya dah x akan jumpa balik barang-barang saya dalam beg tu.. Antaranya:
    1. Wallet - ada RM100 dalam tu dan sen sen juga.. baru keluarkan kat ATM Maybank Giant Batu Caves. Logically, I was not being followed... ATM cards (Maybank, RHB, Hong Leong, Bank Islam) Buku akaun ASB yang dah x aktif sangat, IC, Licence, other cards (matric card of IIUM, points card etc.)
    2. Lenovo S920 Smartphone - beli awal tahun 2014 dengan bonus Raya Cina beli sekali dengan Mr. F.. Jodohmu denganku x lama wahai smartphone ku...
    3. Al-Quran terjemahan - Beli masa mula-mula join usrah.. ade notes here n there...
    4. Small net pencil box.. - Ada Pilot mechanical pencil warna hitam (with me since final year in IIUM), small ruler (since I was in 1st year in IIUM), dll...
    5. Others
    6. Alhamdulillah saya tengah pegang kunci kereta waktu tu.. Satu hal plak nak tukar alarm n car lock kereta tu plak...

    Then, K.Jannah n Izzah temankan hantar g balai polis Gombak utk buat laporan.. it's a first time I made a police report...
     
    Hai la hana...
    Orang lain pakai smartphone..
    Awak jer yg dok pakai tepon nokia model lama...
    skrg ni pakai Nokia 2220 gara2 peristiwa ragut tu..
    Mintak pinjam kat adik sebab die pakai untuk main game jer..
    Sekadar Gambar Hiasan
     
    Sabar dan berikanlah kemaafan kepada mereka yang melakukan kesalahan. Sesungguhnya hukuman Allah kepada orang yang melakukan kezaliman di atas muka bumi-Nya adalah lebih besar. Semoga mereka bertaubat. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka.