Tuesday, April 21, 2015

Wedding Note #22: Wedding Photo Part II - Photo

Dari Post Wedding Note #21: Wedding Photo Part I - Photographer

Sebelum ni, masa bincang dengan photographer mesti lah dah bincang pasal tentative majlis. Cuma pada hari majlis berlangsung, pagi-pagi lepas photographer sampai, ingatkan balik tentang tentative dan perjalanan majlis macam mana. Disebabkan majlis kami, kami nikah pagi dan kenduri pada sebelah petang, kira senang lah pada photographer tak payah nak ulang datang banyak-banyak kali.

Selain dari tu, bincang juga dengan photographer tentang shoot-shoot yang dia akan ambik dan boleh request shoot yang macam mana anda nak sepanjang majlis. Kalau masa tu photographer ada depan kita, kita boleh terus request dengan dia. Jangan malu, jangan segan sebab kita dah bayar. Tapi jangan la request yang payah-payah sampai nak kena panjat pokok atau bumbung rumah. Kesian pulak dia.

Beramah mesra lah dengan photographer. Ice breaking sikit. Tanya dia dari mana, tinggal kat mana.. Borak-boraklah sikit, biar nanti senang dia nak buat kerja, kita pun tak segan nak posing dan perjalanan majlis pun jadi senang. Suruh dia makan dulu pagi-pagi tu.

Kami tak tau macam mana kerja photographer, jadi kami bagi tau jer kat dia nanti dia akan terangkan apa yang dia akan buat dan kalau rasa tak ok, boleh mintak dia ubah. Kat sini peranan ice breaking tu penting sebab kita akan mula berkongsi pendapat apa yang ok dan apa yang tak ok. Yang penting, sebagai pengantin, kita nak majlis kita elok, jangan sombong! Mentang-mentang awak raja sehari, awak nak naik takhta lebih-lebih pulak yer!

the shoes
the dress
the nikah crowd
serahan maskahwin
the dulang girls
the pelamin
the bride fairies
the kenduri
team basuh pinggan
the rombongan
slice 'em
the bride's parent
our pengapit
Alhamdulillah!!
outdoor shoot

Saturday, April 11, 2015

Wedding Note #21: Wedding Photo Part I - Photographer

Hana rasa semua tau sekarang ni terdapat banyak lambakan wedding photographer sama ada professional, non-professional dan part time photographer. Apa yang penting dalam memilih servis photographer mana yang anda nak guna, pastikan servis yang ditawarkan mematuhi beberapa syarat ni:

1) Siapa Photographer anda?
Ha, soalan cepu mas ni tak adalah susah macam soalan 'Bila nak kawen?' masa single dulu. Tapi mahu atau tak kena lah ambik tahu lebih sikit. Jadi stalker sekejap, jangan lebih-lebih! Tapi kalau takut sangat kena tipu, lebih baik ambil photographer yang anda dah kenal orangnya.

2) Pakej photografi
Pastikan pakej photografi yang anda pilih mematuhi kriteria anda. Apa yang ditawarkan? berapa sesi? berapa lama sesi photografi? complimentary service yang bagaimana? Jika anda memilih photographer yang professional, biasanya mereka tulis dengan jelas tentang servis yang mereka tawarkan. Complimentary service menentukan apa yang anda dapat dengan pakej tersebut. contohnya; Gambar yang anda dapat, adakah dalam CD atau USB Drive? Photobook berapa page? jenis photobook? Ada framed picture tak?

3) Harga
Nak hire photographer kena lah tahu berapa harga servis mereka? Berbaloi tak dengan servis yang ditawarkan? Jangan ingat kalau lagi mahal harga photographer tu, lagi tiptop servisnya. Kalau harga jer mahal tapi servis hampeh, baik tak payah! Lagi satu kena jelas dengan pembayaran. Photographer yang baik akan minta bayaran secara berperingkat. Deposit, On-The-Day atau Selepas siap gambar/photobook. Bergantung kepada photographer itu juga. Jangan bayar sekali gus. Nanti gambar tak ada, duit lesap!

4) Kualiti Gambar
Lain photographer, lain photography principle dia. Gambar yang dihasilkan juga berbeza. Nak cerita lebih-lebih bukan arif sangat pasal photography ni. hehehe.. Yang penting gambar cantik tak pecah. Boleh simpan 100 tahun lagi.. ceewah!!

Kenapa nak kena ada wedding photographer?
Antara semua benda yang kita buat masa hari perkahwinan tu, benda yang kekal adalah memori. Terpulang pada masing masing nak mengabadikan memori tu macam mana. Melalui kad kahwin ke, simpan kad kahwin sampai anak cucu. Nak simpan baju kahwin ke.. Nak simpan gambar ke, buatlah macam mana pun. Macam Hana, disebabkan dah semua benda Hana DIY-kan jer, kami simpan duit sikit untuk invest dekat gambar kahwin. Kalau gambar cantik, tengok gambar tu boleh rasa tersenyum-senyum macam baru kahwin, kiranya investment yang anda buat tu berbaloi lah. Hahaha..
Tapi mestilah mengikut kemampuan masing-masing..

Macam Hana, mulanya Hana hire kawan punya kawan ni. Buddy namanya. Hana kenal la dia. Tapi hana tak kawan pun dengan dia. Kiranya satu batch masa study dulu. Dia ambik course lain, hana ambik course lain. Mula-mula Hana hantar email untuk mintak quotation. Poyo jer hantar email. Padahal boleh jer mesej kat facebook mesenger. Lepas tanya semua benda, kita pun bayar deposit untuk book tarikh. Esok tu dapat invoice, dia emailkan. Nak dekat-dekat tarikh wedding tu Buddy bagi tau yang dia tak dapat nak commit on the wedding day. Tapi dia ada replacement photographer. Dia bagi tau la jangan risau semua pasal photographer tu punya photography principle sama jer dengan dia. tapi nanti masa wedding day bayar baki servis kat replacement photographer tu.

Ni Buddy punya FB page: EverybodyPhoto
Ni FB replacement photographer tu: Akidlevo Photography

Wednesday, April 1, 2015

Wedding Note #20: Pelamin DIY Part II

Sambungan dari Pelamin DIY Part I

Untuk barang-barang deko Hana sewa aje dekat kawan yang buat bisnes pelamin DIY. Instagram dia minipelaminbudget. Harga yang dia tawarkan semua berpatutan. Barang-barang boleh bawak pickup sendiri. Memang muat dalam Myvi (tp jangan la tengah bawak barang banyak-banyak atau bawak ramai orang). Hana tak sewa secara pakej tapi kira loose item jer.
Antara barang-barang yang Hana sewa adalah:
1. Langsir/Kain Backdrop (cream) + Backdrop Stand
2. Bunga dalam Pasu 2pcs
3. Bantal Nikah 2pcs
4. Bantal mini 6pcs (kuning+kelabu)
5. Lampu Chandelier 2 pcs
6. Sangkar burung 2pcs
7. Karpet bulu
8. Lampu spotlight 2pcs
             


Barang-barang yang lain semua Hana kumpul beli sikit-sikit.
Lampu bintang tu Hana beli kat kawan second hand sebab dia nak pindah uk sambung belajar.
Atau korang boleh rembat mana-mana barang mak korang yang ada kat rumah tu pun tak apa...

Next step, susun la sendiri.. ikut kreativiti..
Dan inilah hasilnya...

 
 
 

 

Lepas habis kenduri, sebelum korang nak honeymoon ke ape.. makesure pulangkan balik barang2 tu yer!! Macam kami.. hehe