Salam...
Last week Hana dengan Mr.F cukup-cukup pening dengan E-day kitorang.. Sebab bila preparation yang bercampur tangan org yang memberi cadangan yang tak munasabah amatlah menyakitkan kepala.
Untuk hantaran, kami dah decide awal-awal lagi untuk merisik/bertunang tak payah banyak banyak dulang. Cukup lah setakat 3 balas 3 je. Tapi bila consult dengan mak, mak kata ikut je la adat 3 balas 5 sebab konsepnya orang berbudi kita berbahasa... Kalau orang datang memberi kita hadiah, kita sebaik-baiknya memberi yang setaraf atau yang lebih baik.. Ok mak.. -_-' (Kan dah kena ceramah)
Pastu mak pesan, jangan lupa alas dulang nak kena jahit.
Hana dengan Mr. F pun pergi KL cari kain untuk alas dulang. Macam2 kedai kain kat KL tu kitorang masuk.. 5 jam kat Jalan TAR dan Jalan Masjid India sampai sakit-sakit kaki. Masa pergi cari kain tu kitorang beli kain bajet untuk 7 dulang terus sebab nak pakai untuk nikah sekali. Sekarang kan bulan puasa.. memang sesuai sangatlah kalau nak cari kain-kain.. Lagipun Raya Sale dah start before Ramadhan lagi.. (Tak senonoh betul! Puasa dulu!!) Hehe..
1.
Kain satin - Kain satin ni kitorang beli kat Kamdar ambil yang paling murah je sebab nak buat alas je kan. Bukan nak pakai kat badan pun. Harga die murah je. Dalam RM4.80 semeter. Ambil dalam 2meter. Warna kuning cair. Siap ade diskaun lagi.. 10% Total: RM8.64 (Round RM8.65)
2.
Kain Organza - Kain ni kitorang jumpa kat Nagoya Textile bahagian langsir sebab pattern dekat kain tu macam pattern songket gitu combination between gold, light yellow dan putih. Lawa la jugak... Harga dia dalam RM5.00 semeter. Juga ambil dalam 2meter.
3.
Ribbon/Lace - Beli dekat Bunga Riben. Ingat nak pakai warna silver. Tapi bila match dengan kain yang kitorang beli tu, x padan la pulak. Ada satu ribbon yang kitorg berkenan tu mahal gila 1 roll RM108. Terkejut jap bila dengar harga dia. Lepas tu, tengok harga dulu baru tengok corak ribbon tu. Dapat yang ok sikit harga dalam RM38.00 per roll tapi still berkenan dengan kaler silver. Huu~~ nak silver... Tapi sebab x match kitorang pun terima hakikat untuk ambil yang gold tu.
Dekat Bunga Riben kitorang ade belikan Glue gun dan glue stick die untuk memudahkan mak buat kerja2 kawen nanti. Glue gun tu harga dia RM15.00 dan glue stick die ambil banyak terus dalam RM18.00.
4.
Tassel (Rambu ramba) & Bow siap - Benda ni kitorang kena beli untuk 7 dulang. setiap dulang nak 4 untuk letak kat bucu alas dulang tu. So, kena beli 28pcs la. Kitorang terpaksa pergi kat Nilai3 sebab x jumpa benda alah tu yang cantik sikit kat KL. Kedai barang pengantin yang lagi satu tu tutup pulak. Harga tassel ni dalam RM5.00. Kitorg ambil 3 paket sebab sepaket ade 10. Bajet bow siap ni pulak harganya dalam RM0.40 x 28pcs = RM11.20. Kenapa pilih bow? sebab orang lain dah biasa sangat pakai bunga-bunga yang ade reben tu. Hana suka benda yang unusual sebab tu ambik bow.
5.
Dulang Hantaran - Pinjam kat Cik Non. Anak die dah lepas dah 2 orang.
|
Dulang yang mahu dipinjam |
Ingatkan nak terus beli gabus tapi konsep gubahan x tau lagi nak buat mcm mana. mak pun kata tunggu nanti bila nak hias-hias baru beli sebab barang nak letak kat dulang tu pun xde lagi. Kitorang terus balik Salak Tinggi untuk hantarkan wayar mesin jahit dengan tangkapan kitorang haritu. Pastu bukak puasa sekali kat sana. Dalam perjalanan balik KL singgah jap Masjid Hishamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi tu untuk solat Isya'. Tapi pejabat tutup la pulak...
Kena pergi lagi minggu depan...
|
Saiz Dulang |
|
Prototype |
Masa dekat Jalan TAR ade nampak org jual bunga-bunga plastik... ingat nak beli.. tapi Mr.F kata "Berbaloi ke? Bukan boleh pakai balik kalau dah potong-potong. Kita pakai fresh flower je la... F suka fresh flower.." Hana takut mahal je.. tapi ye la kan.. kalau fresh flower tu org kutip la jugak.. tapi kalau bunga plastik sape nak kutip? Hehe.. (Dalam hati suka sebenarnya..)
(^_^)V
Balik KL pengsan!!! Adeh..
-----------------------------------------------------------------------------------------------
So, total spend hari ni:
Kain Satin (2m) = RM8.65
Kain Organza (2m) = RM10.00
Ribbon/Lace (1roll) = RM38.00
Glue Gun = RM15.00
Glue Stick = RM18.00
Tassel (3pkt) = RM15.00
Bow (28pcs) = RM11.20
TOTAL = RM115.85#