Kalau anda nak tahu, ramai juga yang tanya Hana pergi Langkawi ni Honeymoon ke? Hakikatnya tak pun. Pergi langkawi ni sebenarnya Company Sports Club punya trip. Kiranya, tiap-tiap bulan akan ada sedikit (sangat) potongan gaji untuk aktiviti kelab. Lepas tu nanti AJK kelab akan buat la apa-apa aktiviti untuk ahli dia. Macam pergi makan-makan ke, berkelah ke, bowling ke, festive celebration ke...
Kali ni, disebabkan Company Club ni dah lama tak buat aktiviti, jadi, duit kitorang yang terkumpul tu boleh buat trip 3H2M pergi Langkawi. Kebetulan Hana baru lepas kahwin masa tu, boleh dikira honeymoon jugak kot.. haha! Hana dah inform awal-awal kat Mr.F (masa tu masih bertunang) yang kita akan pergi Langkawi hujung bulan satu nanti. Hana pergi sana free je.. cuma pasangan kena bayar separuh. Kalau ada budak2 bawah 12tahun kelab akan charge tapi dengan harga yg rendah.
Apa yang perlu Hana buat ialah, survey tempat yang boleh kami pergi kat sana nanti. Pasal kereta sewa ni, officemate yang jumpa. Kitorang sewa kereta kat Dini Travel. Kira murah juga la untuk sebiji kereta Viva Auto dalam RM50 Sehari lagipun bukan peak hour, cuma cuti Hari Wilayah je. Kat sini dia kira 24jam jadi kitorang sewa untuk 2 hari (48jam) makna nya kalau ambik pulul 12.00pm hari Sabtu 31/1 kena pulang pukul 12.00pm jugak hari Isnin 2/2.
Pakaian semua memang kitorang dah siap pack seminggu awal sebab nanti takut tak cukup masa untuk drive ke Langkawi memandangkan kami berdua sama-sama bekerja. Kelab memang ada sediakan bas tapi kitorang decide nak drive sendiri sebab boleh singgah-singgah.
30 Jan 2015 - Jumaat
Pagi-pagi masa nak pergi kerja tu kitorang dah siap-siap masukkan beg pakaian dalam kereta dan suami hantar naik kereta pagi tu. Lepas habis kerja Hana naik LRT ke Bukit Jalil utk tunggu suami ambik sebab dia kerja kat Connought. Katanya senang kalau Hana tunggu sana. Lepas suami ambik Hana, kami pergi dekat Mall paling dekat untuk solat dan makan. Seterusnya bergerak terus ke Langkawi dalam pukul 8.30pm dan berhenti dekat RnR untuk nap sekejap dan sambung balik perjalanan.
Masa dalam perjalanan ke utara tu, first time tengok jem yang teruk gila sebab lori trellar terbalik melintang atas jalan bertentangan kitorang. Jem tu start elok elok je beberapa KM lepas Terowong Menora sampaikan orang boleh keluar dari kereta matikan enjin sebab tak nak minyak habis. Kebiasaannya suami memang akan jalan je macam biasa sebab tak nak menambah kesesakan kat lorong kitorang. Katanya "Kenapa nak sibuk, dah ada polis, ambulan semua. Lagipun bukannya boleh tolong. Buat menyusahkan pengguna jalan raya lain je"
31 Jan 2015 - Sabtu
Kitorang singgah mandi kat RnR dan sampai Terminal Feri Kuala Perlis dalam pukul 5.30am. Belum subuh lagi masa tu. Suami pergi cari tempat parking dulu. Boleh tahan mahal juga la harga parking dia. So, kitorang park untuk 2 hari. Elok je suami Hana sampai kat jeti dari tempat parking, bas rombongan Company pun sampai. Kitorang dua orang pergi Masjid Al Hussain dulu untuk solat Subuh. Gilir-gilir solat sebab nak jaga beg.
Menara Masjid Al Hussain, Kuala Perlis |
Kami berdua first time naik feri & first time juga sampai Langkawi. |
Pemandangan dari atas feri.
Perjalanan dari Terminal Feri Kuala Perlis ke jeti Kuah makan masa sejam setengah. memang sempat tidur la kat atas feri. Mujur kami berdua tak mabuk laut. Sampai Jeti Kuah dalam pukul 9.45am terus kitorang beratur untuk keluar dari jeti dan tunggu kereta sewa. Keluar jeti berlambak orang tawarkan khidmat sewa kereta. Tapi maaf lah, kami dah buat tempahan awal.
Dua-dua muka macam separuh sedar
Sempat lagi bergambar dengan Kak Anie & Kak Dila |
Sebelum dan sesudah makan.
Abaikan fesyen yang ntah hapa-hapa ni..
Pemandangan dekat Kompleks Pekan Rabu |
Makam Mahsuri |
Gambar kiri: Teratak Sri Tama (rumah Panglima Hitam) Gambar Kanan: Rumah Penghulu
Habis je round kat Makam Mahsuri, kami drive pusing-pusing kawasan. Kemudian, kami balik hotel, duduk kejap rehat kat lobi hotel sementara nak check in. Tapi masa tu dah pukul 2.30pm dan ramai officemate kami yg tak dapat bilik lagi. Bayangkan, kebanyakkan dari kami semua dapat bilik dalam pukul 3.30pm ke atas.
Bosan tunggu kat lobi, kitorang lepak kat tepi swimming pool. |
Kenapa jadi macam ni? Sebab masa tu hotel ni tgh ada pasukan bolasepak Kedah menginap dan kalau tak silap baru check out. Bila lambat check out, petugas hotel mesti la nak kena kemas dulu kan sebelum customer lain masuk? Memang la awak sponsor 'mereka-mereka' ni, tapi jangan la abaikan kami yang bayar ni.
Hana dan suami dapat bilik dalam pukul 4.30pm antara orang yang paling lambat sebab nak bagi family yang ada anak kecik dulu. Lepas check in, kami duduk bilik je solat, rehat, tidur, dan bersihkan diri. Jadinya, siang hari kami hari ni terbazir begitu sahaja.
Malam hari pula kitorang cuma makan nasi bungkus yang dapat petang tadi dan keluar jalan-jalan kat tepi pantai.. Dari hotel Aseania, kami jalan kaki je nak pergi Pantai Chenang tu. Dah penat, balik hotel, tengok tv dan tidur lah..
Bersambung...
No comments:
Post a Comment
:: guruh berbunyi ::