Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Thursday, March 19, 2015

150314 :: Zoo Negara Volunteer

Assalamualaikum...

Bagi kalian yang nak tau pasal volunteering dekat Zoo Negara ni, pertama sekali kita lawat dulu laman web Zoo Negara Malaysia untuk volunteering program. Dekat situ Pihak Zoo Negara ada sertakan sekali form yang anda kena isi, syarat-syarat volunteer, dan aktiviti yang anda bakal sertai disana nanti. Macam Hana & En.Suami ikut group volunteering kami AdDeen Project. Hana dan husband bagi nama kat AdDeen Project tu je dan dah siap bayar sekali dengan yuran makan.

Walaupun dekat laman web tu dah bagi tau terms and condition untuk menyertai program volunteering ni, sengaja saya nak nyatakan syarat-syarat tersebut kat sini beserta dengan pengalaman Hana masa tu. Antaranya ialah:
  1. Terbuka kepada semua dan mestilah berumur 16 tahun ke atas. Budak kecik x boleh yer.. Kenapa 16 tahun keatas? Sebab bila dah berumur 16 tahun tu kita dah boleh terima arahan dengan baik, dah boleh jaga diri sendiri dan boleh jaga tingkah laku.
  2. Yuran penyertaan RM25 wajib untuk setiap peserta. Boleh dikira sumbangan untuk Zoo punya wildlife environmental education program.
  3. Kalau anda nak join kena register awal dan kena lah contact dengan Education Department sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh volunteer korang tu untuk confirmkan atau batalkan kehadiran.
  4. Ketua kumpulan kena lah ada updated senarai peserta yang join program ni beserta dengan nama penuh, nombor telefon, dan tandatangan peserta untuk dihantar pada hari volunteering. lepas tu kena fahamkan ahli kumpulan korang tentang terma dan syarat penyertaan.
  5. Semua peserta kena hadir sebelum pukul 8.15am. Lambat diorang tak nak layan. Lepastu korang masuk lah zoo dengan bayaran pelawat biasa.
  6. Pakai pakaian yang sesuai. Baju T, seluar track bottom, kasut sukan (bertutup). Kalau korang pakai baju x ada lengan ke, barang kemas ke, seluar pendek ke.. tak boleh masuk walaupun korang dah sampai awal. Bawa makanan sendiri. Yang penting, makanan mestilah dibungkus dengan pembungkus yang mesra alam sekitar.
  7. Volunteer kena pakai tag yang diberi setiap masa semasa berada di dalam kawasan Zoo Negara. Lepas tu pihak zoo akan bahagi-bahagikan korang kepada beberapa kumpulan untuk bertugas di kawasan-kawasan tertentu. Ikut suka pihak zoo nak bagi korang kat mana, dengan siapa. Pastu korang kena ikut zoo keeper yang telah diaturkan untuk korang tu pergi kat tempat korang bertugas.
  8. Korang tak boleh nak masuk kawasan kumpulan lain suka-suka hati dan korang tak boleh nak ambik gambar suka-suka hati kecuali kalau zoo keeper korang bagi.. Kalau nak pegang haiwan pun kena tunggu zoo keeper bagi baru korang boleh pegang. Korang jugak tak boleh nak bagi makan kat binatang suka-suka hati tanpa kebenaran. Sebab binatang-binatang ni ada diet mereka sendiri. 
  9. Selain dari tu, korang jugak tak boleh berada dalam kawasan zoo selepas waktu bekerja. Maknanya, kalau working hours habis, korang pun kena keluar sekali.
  10. Korang kena sihat waktu volunteering. Dikhuatiri akan berjangkit penyakit korang tu kat binatang dalam zoo. 
  11. Keselamatan diri sendiri dan harta benda peribadi adalah tanggungjawab masing-masing. Kalau berlaku apa-apa kemalangan waktu bertugas, korang kena bagi tau cepat-cepat kepada zoo keeper yang korang bertugas tu. Sebarang kehilangan harta benda atau kemalangan yang melibatkan kecuaian korang yang tak ikut arahan zoo keeper, korang tanggung sendiri lah ya!

Kami sampai awal pagi kat pintu belakang Zoo Negara. Park kereta kat tempat yang dia sediakan. Jangan salah park yer! Pastikan juga korang dah breakfast awal-awal. kalau x sempat makan bawak bekal roti dalam beg. First sekali, berkumpul dan pembahagian kumpulan. Hana x dapat satu kumpulan dengan husband. Group Hana 3 orang jer. Lepas tu Hana kena ikut zoo keeper kumpulan Hana tu pergi tempat bertugas kami.

Hana ditugaskan di suatu kawasan di kandang harimau. Kat kandang Harimau tu sebelah dengan kandang kambing ni dan ada kandang lembu sekali kat situ. Kambing-kambing kat sini sangat jinak dan comel.


Tugas hana kat situ adalah sapu sampah.. Sapu daun-daun kering yang banyak tu dan buang kat tempat yang dia sediakan. Perkakas semua dah ada termasuklah boot untuk bekerja. Kami bersihkan kawasan yang dia suruh je. Kawasan yang betul-betul dekat dengan kandang harimau dan dalam kandang harimau dia tak bagi kami buat sbb zoo keeper yang akan bersihkan sendiri nanti. Memang memerlukan khidmat pakar. Hehe.. Lagipun sebelum kandang harimau tu dia bersihkan, dia dah bagi harimau tu makan dulu dah.. lepas dah siap sapu, kita bersihkan mangkuk makanan kambing pulak.

Husband bagi tau dia bertugas kat kandang rusa & seladang. Tugasnya sama. Kemaskan kandang, sapu daun kering dan bagi makan.

Aktiviti lepas sapu daun-daun kering, zoo keeper benarkan kami main dengan kambing dan letak mangkuk makanan kambing yang dah bersih tu kat dalam kandang sebab dia nak bagi kambing makan kejap lagi. Kambing-kambing yang lapar, memang manja datang menggesel-gesek kat kaki.
Masa zoo keeper nak bagi kambing makan, kami kena keluar sebab takut nanti kambing lari-lari dan sondol kami sebab lapar nak makan.

 Anak kambing yang comel!!

Habis tugasan kat sini, kami berkumpul kat tempat yang zoo keeper arahkan untuk kami berkumpul. Kali ni, beberapa group kecil bergabung. Tapi still, tak dapat sama group dengan husband. Masa ni ada volunteer doktor veterinar join sekali untuk membuat kerja pembersihan dengan kami. Agaknya dia pun baru lepas selesai tengok haiwan zoo yang sakit.

Kali ni kerja-kerja pembersihan dilakukan di kawasan depan sangkar species primate iaitu monyet, beruk, chimpanzi dan orang utan. Kawasan yang visitor lalu lalang tu. Lepas habis kerja dan pulangkan perkakas kat tempat asal, zoo keeper bawa kitorang round balik tempat yang kitorang bertugas dengan group yang kitorang gabung tu bertugas masa awal-awal tadi.

 Nampak tak? Nak dekat dengan harimau pun kena ada warden bertugas.

Amacam gambar ni? haha!! Hakikatnya berada di luar kandang jer dengan tangan menggeletar. Gemuruh jantung berdegup bila dengar harimau mengaum dari dekat. Lepas tengok harimau ni dia lepaskan kami untuk makan, rehat dan solat zohor. Jangan lupa pulangkan balik boot yang korang pakai tadi! Masa rehat kat surau terasa sangat penatnya.. siap tertidur dalam surau.

Lepas rehat, kami berkumpul balik kat tempat berkumpul masa gabung group tu. Kami ikut zoo keeper untuk pungut balik mangkuk makanan kat sangkar burung. Kalau makanan burung tu ada lebih atau tak habis, kena masukkan dalam satu bekas. Selain dari dia bagi pallet kat burung-burung tu, sayur dan buah adalah makanan tambahan untuk mereka. Sayur dan buah yang dikumpulkan tadi, Hana tengok ada jangung, kobis, betik dan carrot yang dipotong saiz sederhana. Kami tuang semula semuanya kat tempat makanan primates di samping tambahan buah dan sayur baru. Memang primates yg akan habiskan sebab primates kan banyak makan! Haha

Habis tugasan, zoo keeper benarkan volunteer tengok pertunjukkan haiwan kat auditorium. Lepas tu, baru boleh jalan-jalan dalam zoo macam visitor. Cuma kalau nak masuk tengok panda, tiketnya dibayar asing. Tapi Hana dengan husband tak masuk pun tengok panda.



 Gambar jalan-jalan lepas selesai kerja. Sampai sakit kaki berjalan walaupun pakai kasut sukan.

 Kuda Padi. Comel kan?

 Husband seronok dapat pegang ular. 
~~Kat bahu tu ada sticker Zoo Volunteer~~

Anak kambing yang kat dalam tadi dia bawak keluar 
supaya visitor boleh pet dan sentuh diorang.

Seperti yang termaktub dalam volunteering term and condition, Hana dan husband pun keluar dari kawasan zoo untuk balik ke rumah dalam pukul 6.00pm lepas solat asar.

Secara keseluruhannya, pengalaman macam ni sangat bagus untuk anak-anak muda. Selain dari kita tau apa tugas-tugas zoo keeper ni, kita tahu macam mana nak menghargai binatang-binatang tersebut. Bayangkan selama ni, kita pergi zoo kita tak tahu pun macam mana haiwan-haiwan kat sini dijaga. Kita pulak suka-suka hati bagi keropok la, jajan yang ntah hapa-hapa makanan lagi yang bukan diet binatang-binatang ni. 

Kalau budak-budak sekolah rendah ada rombongan pergi zoo, budak sekolah menengah (atas 16 tahun) memang patut join volunteering program ni. Di samping memupuk sifat ikhlas dan suka membantu dalam diri anak-anak muda zaman sekarang. Daripada buat benda-benda yang tak ada hala tuju.. 

Betul tak?

Thursday, October 9, 2014

Wedding note #12: Kurus dan Sihat!!

Seperti bride-to-be's yang lain, untuk Nampak menawan di hari perkahwinannya adalah perkara yang paling wajib untuk dilakukan. Saya juga begitu. Macam-macam saya buat. Antaranya:
- Beli slimming coffee: Try sebotol pastu quit.
- Try diet atkins: sangat x boleh.. paling susah nak buat.. eagerness untuk makan nasi sekali sekala pun fail. Sebab once kalau duduk rumah mak, menu utama NASI. Kalau nasi x luak mak bising.
- Minum green tea: Sebab susah betul nak buang habit suka minum manis, try green tea dulu. Tak sedap? kena motivate diri cakap sedapnya!! lama-lama ok la~
- Minum detox water: lemon, lemon+pudina+cucumber, green apple, lemon+lime (banyak online reference)
- Exercise: Power walk 2 kali seminggu dengan Mr. F(fiancĂ©) (Ops! tukar status dah.. hehe) dekat Taman Tasik Titiwangsa lepas keje. Pernah try aerobic Focus T25 (ambik masa 25 minit je) tapi berpeluh macam nak gila.. banyak moves die x dpt nak ikut. Lepas buat flat abes.. Penat sangat-sangat. Esoknya sakit2 badan.. huhu...

- Eat healthy: Take over meals for breakfast & lunch. Cooked from home. Healthy ingredients with less salt and MSG. In order to do this, kena shopping beli barang dapur wisely. Not all cheap things was healthy! Must be fresh, less sugar and low fat. Kena refer nutritions fact utk kira kalori. Buat research tentang makanan yang rendah kalori dan rendah kolestrol. Makan ayam tanpa kulit.


- Ikut cara orang diabetic diet: Beras Faiza helbal ponni TajMahal (Mmg mahal la beras die sekilo dalam RM7++). Susu HL kotak kaler hijau for diabetic. Yogurt natural tanpa perisa low fat.

 

- Apple cider vinegar: Saya pakai jenama Heinz baru nak start. Bau die mmg menyengat. Add into your salad, atau minum dengan air putih. Orang kata jangan minum mcm tu jer sbb die acid. Saya punya version: 2 slice of lemon + 2tbs ACV + A bottle of clear water. 30minit sebelum makan 2kali sehari.. ok la tu daripada ambil benda bukan-bukan. ACV pun ade 2 jenis.. yang bagus tu yg unfiltered sebab die ada keladak-keladak epal tu..

 
Kesimpulannya, nak kurus tu biarlah dengan cara yang sihat. Makan untuk sihat. Lepas tu kena ada tekad dan istiqomah dalam buat sesuatu perkara. Jaga kesihatan kan perkara baik dan disukai Allah. Sebab kalau sihat senang nak beribadah.
 
Kalau kita refer sejarah masa zaman Muhammad Al-Fateh, mereka menjaga pemakanan dan kesihatan agar kelihatan sihat dan segak supaya dapat menggerunkan pihak lawan. Orang Islam kena la cergas!
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: Apa-apa pun, minum air adalah paling penting. Macam saya dulu susah sangat nak minum air kosong. sebab x sedap, x masuk kat tekak dan rasa susah nak telan. Cari alasan untuk minum air, mula dengan perlahan. tambah kuantiti air setiap hari. Motivate otak kita dengan kata 'Hmm.. sedapnya air..." Kurangkan pengambilan minuman bergula. Good Luck!

Wednesday, September 17, 2014

Wedding Note #11: Persiapan & Bertunang

Kebiasaannya bila dah dekat-dekat sampai hari nak bertunang tu b2b mesti akan sibuk sangat-sangat sampai tak boleh nak uruskan benda lain. Macam Hana, bertunangnya hari Ahad tapi ade beberapa perkara yg tak selesai lagi. Seminggu terakhir tu masih lagi pergi cari2 barang apa yang x cukup. hantaran 3 berbalas 5. Tak jadi pakai fresh flower sebab tau dah tak sempat punya nak singgah pergi beli bunga.
 
Isnin: Giant, Batu Caves
- Cari Inner untuk tudung: RM10.00
- Beli barang dapur
- Survey coklat
- Beli bowl kaca utk buah n coklat kat Hinode Shop: RM10.00
Balang untuk buah & coklat
Selasa: KL Festival
- Rose putih x 5: RM19.50 (Kaison)
- Paper art mcm kipas & hanging pompom: RM18.00 (Kaison)
- Pasu tinggi: RM5.00 (Hinode)
- Comforter set: RM190.00 (Parkson)
Comforter set

 Rabu: USRAH
 
Khamis:
- Hari ni kononnya nak pergi scaling gigi kat UTC Sentul, sampai sana nurse tu kata machine rosak plak..
- My Craft, Medan Idaman: beli daun RM15.00
 
Jumaat
- My Wedding Place, Prima Sri Gombak: Shredded paper kuning + putih, lidi & dawai
- Secret receipe: Chocolate moist cake. Knp chocolate moist?? Sebab Hana pergi tanya dia kek ape yg paling lambat cair. Lagipun dekat Bandar Baru Salak Tinggi xde Secret Receipe..
- Singgah Giant utk beli coklat.. ambik coklat yg sedondon (Hershey's Kisses - kisses & bar)
- Ambik a few items kat umah sewa & shoot balik BBST lepas beli all needed item.
- Sampai2 BBST after settle all the routine for myself, start gubah hantaran...

Sabtu: FINAL PREPARATION!!
- Continue dengan menggubah hantaran... memang bersepah2 rumah dikerjakan.
- Bunga rampai.. GO!!
- Malam tu bermalam kat Rumah Tua bawak semua barang-barang hantaran.
- Makcik janji nak buat pelamin. (Quite unsatisfied bila seseorang membantu dengan idea dia sebab not into my taste). isk3!! sedih... Tapi, ku pasrahkan hati jer. T.T
- Malas nak ingat balik..
 
The hantaransss (x siap lg)
Ahad: THE DAY!!
- Pagi-pagi lagi adik perempuan ak yg besar tu (Ayang) dah berlari-lari naik atas rumah sebab malam semalam ak pergi wassap gambar pelamin. Gedegang gedegung bunyi lantai rumah tu. Datang kat aku dengan muka tak puas hati.
- Kemudian mulalah sibuk dengan persiapan dulang terakhir (Sirih junjung). Dulang paling cincai!! sebab serabut dengan ramai orang, dengan siap disuruh buat air untuk tetamu (Aku x buat pun), dengan selebet tak mandi lagi (dah pukul 12pm baru aku mandi), dan macam-macam hal lagi..
-  Lepas mandi tu aku dengar bunyi benda jatuh. Aku tau ape yg roboh.. (Pelamin yg aku tak angankan pun). Ak biarkan jer.. pastu aku panggil Insyirah (adik bongsu) suruh pergi bagi tau Makcik aku. Makcik ak betulkan & pergi alih tempat sebab xde tempat nak letak makanan.
- Ayang lepas dia siapkan karipap untuk digoreng terus dia hilang. Pergi kedai cari bunga plastic untuk touch-up pelamin. Lepastu dia yg makeup kan aku.. (Thanks, girl!)
- Asalnya rombongan datang lepas zohor atau dalam pukul 2pm. Tapi, terlambat sikit.
- Aku duduk dalam bilik (xde katil atau kerusi pun) ditemani Jannah n baby Medina x tau ape yg diorang bincangkan. Budak-budak asik keluar masuk bilik (mencapap) yg kemudiannya menimbulkan kemarahan aku.. Aku malu tapi terpaksa tegur jugak perangai diorang tu. T.T
- Upacara sarungkan cincin baru aku keluar. Kakak Mr. F (Kak Midah) yang sarungkan cincin. Munzer, suami Syima tolong tangkapkan gambar.
- Lepas jamuan, aku kenalkan Mr. F dekat semua ahli keluarga aku.
- Alhamdulillah majlis selesai.


--------------------------------------------------------------------------------

p/s: forget what you want to forget, what you didn't want to remember. Remember only the beautiful things that happens on that day, you'll able to forget what you're unhappy about.

Mr. F bagi pada hari pertunangan.. <3 td="">
 

Monday, June 16, 2014

Wedding Note #3: What Should I Do?

Yes! What Should I do?
Nak kahwin kan.. so, nak kena buat apa? First skali kena la buat planning... Kena la ada planner sendiri. Macam mana rupa planner tu x penting. Janji ia membantu kerja kahwin.
Saya punya planner
Saya punya pakai recycle paper je. Balut dengan lebihan pembalut hadiah kahwin orang. Nak letak apa ye dalam planner tu?
1. Letak la maklumat-maklumat penting. Sekarang ni dah banyak infografik yang cantik-cantik. Print dan tampal je. Senang kan! Nak dapatkan info boleh rujuk mana-mana wedding note bride-to-be & ex-B2b. Dekat iKahwin pun banyak bagi info.
2. Colour code untuk wedding pun boleh letak jugak. Saya punya Hijau Kuning ke? Huhu.. Belum tau lagi.. tu propose je.. dalam tu  ade jgak warna-warna lain sebagai rujukan. saya tampal kat situ sebab nak sorok tulisan recycle paper tu... :P
3. Yearly Planner.. ini PENTING!! tahap gaban punya penting. Sebab apa? dekat situ nanti la nak bagi gelabah sikit.. macam.. "Alamak!! lagi 6 bulan..", "Alamak!! Lagi 3 bulan.." hehe... gelabah x? Kalau tak ape pun x gerak.. Dalam kotak-kotak tu nanti letak la.. apa yang nak buat bulan tu.. bila plan nak pergi kursus kahwin, hiv test, nak pergi pejabat agama ambik borang daftar nikah.. banyak tu...
4. Perlu ke receipt pocket tu? Bagi saya perlu sebab nanti kita boleh kira balik berapa banyak duit yg kita dah spend untuk wedding yang satu hari tu.. huhu T.T
5. Secret Group FB untuk bride & groom-to-be.. Saya punya rahsia~~ hehe kat group tu nanti boleh la share ideas, gambar, info dll between two of you je.. invite la mak ayah sekali supaya mereka boleh turut baca sekali info-info tersebut.. especially pasal majlis yang sederhana... kekeke
 

OK! Sekarang dah ada planner kan.. Lepas tu, list down MAIN ITEM iaitu perkara-perkara penting yang diperlukan untuk majlis tu nanti. Dari situ kita boleh merancang bajet..
A
1. Makan (Catering/Rewang)
2. Kanopi/Dewan
3. Pelamin
4. Andaman
5. Entertainment
6. Jurunikah + Saksi
7. Door Gift
8. Kek Kahwin
9. Extra
 
B
1. Baju Pengantin Lelaki
2. Baju Pengantin Perempuan
3. Hantaran
4. Kad kahwin
5. Photographer
6. Extra
 
Kenapa ada A & B? Mak saya pesan supaya asingkan mana yang untuk kenduri guna duit hantaran. Mana yang atas kehendak sendiri, pakai duit sendiri lah... Lagipun majlis saya ni mana ada orang nak sponsor. Duit kumpul sendiri je...
 
Sediakan EXTRA supaya nanti klu ade modal yg x cukup boleh pakai duit tu.. klu cukup bagus la.. simpan untuk masuk rumah baru jugak...
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
INGAT! Majlis yang sederhana tu penting. Majlis bukan untuk bride & groom je. Tapi untuk menyatukan dua keluarga.

Wednesday, June 4, 2014

Wedding Note #2: Persediaan diri, ilmu dan hati...

Kiranya persediaan dari segi fizikal dan mental la ni....

Sebelum memulakan atau membuat persediaan untuk apa-apa pekerjaan pun. Perkara pertama yang paling penting ialah NIAT.

Kena betulkan niat. Nak kahwin sebab apa? Kenapa nak kahwin? Sanggup ke nak menghadapi alam perkahwinan? Macam mana hidup selepas kahwin? Sanggup tak nak hidup susah senang dengan bakal suami? During better & worst, during rich & poor, during health & sickness.. Tanya soalan ni banyak-banyak kat diri sendiri.

Bina keluarga atas dasar apa? Mestilah kena berlandaskan Islam.. Muhasabah banyak-banyak. bincang dengan ibu bapa. Mintak nasihat dari mak ayah..

Saya pun ada beli beberapa buah buku untuk dibaca.. Sebelum kahwin baca pasal rumah tangga banyak-banyak. Dekat kedai-kedai buku pun ada banyak buku pasal persediaan rumah tangga dsb. Nak kahwin pun kena ada ilmu sebab nak bina keluarga nak didik anak-anak ikut acuan yang betul. Belajar tentang CINTA.. sebab cinta yang BUTA itu BAHAYA. Yang belum nak kahwin lagi bagus buat prepararation awal-awal.
Buku-buku yang saya pernah baca tapi kena baca balik supaya ingat dalam otak:



Pergi seminar tentang baitul muslim banyak-banyak. Siapa yang belum kahwin pun boleh pergi sebagai early preparation. Pergi la mana-mana seminar yang berkaitan ajak mak ayah x pun dengan kawan-kawan.

Di seminar Baitul Muslim 3.0
Semoga ilmu yang dapat tu nanti bermanfaat dan ingat. Tak ada la jadi perkasam dalam otak.. Hehe..  Paling penting, hati kena jaga. Supaya tak terus hanyut... Semoga Istiqamah dalam menjaga diri dan hati!! T.T Mintak pada Allah berikan yang terbaik... Jangan putus mengharap pertolongan Allah..

Thursday, January 28, 2010

LOVE; according to garderner's practices...



pokok yg pecah pasunya haruslah diganti dengan yang baru / ditanam di atas tanah... jika tidak pokok tersebut akan mati secara serta merta atau dengan perlahan-lahan...
namun begitu, pokok yang baru dipindahkan berkemungkinan tidak dapat bertahan dgn tempat yg baru atas beberapa faktir tertentu.

antaranya;
1. mungkin berlaku kecederaan pada akar utama semasa ia dipindahkan
2. pasu yang baru mungkin tidak sesuai dengan kadar pertumbuhan pokok tersebut
3. tanah yg x sesuai (berlaku apabila terdapat parasit yang boleh merosakkan akar pokok, tanah mungkin telah terkena racun)
4. byk lagi faktor lain yg bolh mempengaruhi tumbuhnya pokok dgn sempurna...seperti baja yg sesuai, rutin pokok disiram dan keadaan matahari yang mencukupi untuk tumbesaran...

namun begitu, disebalik faktor2 yang disebutkan, apa yang penting ialah penjagaan yang teliti dan bertepatan dengan keperluan pokok sahaja yang boleh memastikan pokok tersebut hidup dengan lama dan sempurna. sungguhpun pokok sudah mampu untuk bertahan di tempat yang baru, jangan abaikan pokok tersebut kerana pokok tersebut sentiasa memerlukan perhatian... namun begitu, harus di ingat bahawa terdapat juga anasir2 lain seperti ulat dan parasit lain yang sentiasa mengganggu ketenteraman pokok tersebut...

sedangkan pokok pun perlukan perhatian...
inikan lagi hati manusia...

Sunday, October 11, 2009

keluargaku... permata hatiku~

semalam, ketika perjalanan pulang balik ke uia dari putrajaya... seorg sahabat bertanya pd ak.."ayah hang x datang tiap2 minggu ke sem ni?" soalan ni aku jawab dgn senyum jer... aku x tau nak jwb ape.. xkan aku nak citer kat die plak...
aku sendiri x faham...
knp yer org ain boleh perasan...
mungkin kedengaran mcm pentingkan diri sendiri...
tapi bila ada yg perihatin... aku sendiri jadi sedih n pilu...

Saturday, September 5, 2009

from a-z

A_ aku. list ni nak cerita pasal aku
B_bangun pagi. jam da pkul 10lebih~ tertinggal kelas rec...x komitednye aku dgn kelas skill nih... kelas stat pkul 8. tapi skrg da pukul 10.. bagus la.. tdo lepas subuh... xpe petang nanti ade lagi pukul 5~ sekali ngan iftar ngan dak2 recreational skill skali.
C_cinta?? aku single~
D_dalam ke luar~ klu dalam bilik aku.. luar ade blok2 mahallah ameenah yg lain
E_entah!!! aku pun x tau nak kata ape sbb ni cuma repekkan..
F_fikir2 balik, aku mmg saje nak merepek kat sini sbb dah lama aku x megadap blog nih
G_guna otak. ya! fikir mesti guna otak bukan dgn kepala lutut...
H_hari ni....sabtu. plan?? x tau lagi~
I_ingatkan aku pasal selasa petang pukul 2-4 ade prelim jap kat studio~
J_jadi ke x jadi??? ape yg jadi?
K_kalau aku dgn dia... ape pndapat korang???
L_lama dah budak tuh x online~
M_mana dia??
N_nak pukul 12 dah lagi 30 jam...
O_ops~ baju aku dalam baldi...rendam semalam.. jgn lupa basoh. nanti b'kulat~
P_petang ni pakai baju kurung ke???
Q_Q??? ak nak kata ap??
R_rumah. aku x balik rumah lagi 1st puasa harituh jer...malas nak balik rumah~
S_sebab ape~ klu nak tau tanya aku sendiri~
T_taknak??? sudah~ aku pun x nak citer...
U_untuk ape aku citer klu org x nak tau~
V_violence~ terhadap hati aku~ selalu aku buat die sakit...
W_whatever~
X_X <<Y_yang lepas tu biarlah~ yang skrg ni...hmmm~
Z_ZzZzZzZ... nak sambung tido ke??? da tghari la....

Sunday, May 3, 2009

Bermula episod baru...

skrg nih hana dah stat first week utk short sem...
balik umah???
mmg best.. tapi ade problem yg x selesai...
malas la nak pk pasal problem tuh...
nenek masuk hospital lagi...
kali nih pasal sesak nafas..
nenek da tua x mampu nak bergerak dgn cergas..
jadi nenek perlu lebih rehat...
sbb tuh nenek masuk hospital lagi hari tuh... hospital serdang...
mak hana kata tahap kebersihan hospital serdang SANGAT TAK BAGUS...
klu dekat hospital selayang, klu makanan jatuh kira selamat lagi untuk dikutip(biasa budak2 jer yg buat perkara nih kan...) tapi kat serdang.. baik jgn kutip.. silap haribulan.. visitors yg kne masuk wad pulak...
tandas pun sama... menjijikkan...
doktor plak cuai...
nenek hana jatuh katil semasa doktor sdg periksa nenek...
doktor ade jer masa tuh...
dah la nenek baru lepas pembedahan kat tulang pinggul die...
mesti sakit nenek dikerjakannya...
wah.. penatnya~~~ longgar skru2 yg ade kat badan...
knp mahallah ameenah suka tukar2 kan resident die kat blok lain???
susah la.. setiap pertukaran sem mesti nak tukar bilik...
mesti nak kne kemas barang.. x bleh ade permenent blok ker cam mahallah lain??
x kisah la nak tuka bilik pon.. tapi x bleh ker bagi blok yg sama.. penat la cam nih...
kesian k. arina... dah la dulu blok c kne tukar blok f. jauh betul...
pulak tuh.. blok tuh dah la belakang batu besar yg gedabak...
terpencil pulak...
tapi x pe.. akhirnya dapat gak satu bilik ngan AQIS!!!
tapi WAFA'!!! kite terpisah lagi.. x dapat nak main the sims kat bilik die dah..
pulak tuh kat tingkat 4...
hana kat tgkat 3... blok g jugak tapi wing lain... ish3!!!
patutnya makin senior nak masuk 3rd year nih bleh la dapat bilik bawah2...
tp ok la... selang seli..
TAPI PENAT TAU SETIAP SEM ASIK NAK KNE KEMAS BARANG JER!!!!!

Friday, April 17, 2009

Selamat Akhir tahun sesi 2008/2009!!!

11:00a.m. Jumaat, April 17,2009
pada tarikh tersebut, tamatlah sudah 2nd year 2nd sem hana ade kat uia...
dan akan bermulalah juga perkiraan baru bagi hana untuk melangkah ke 3rd year...
dimana hana merasakan yang graduation day makin menghampiri walaupun hana harus melengkapkan lagi 2 tahun... terasa tua pon ade gak nih
~>.<~waaa!!!!
jgn sedih... kat sini ade sikit jamuan~

3 biji takoyaki octopus dan sekotak sushi
a.k.a
3 biji tako-tao octopus dan sekotak sashimi
(makan sorang jer)
lepas jer xm landscape resource planning hana terus bergegas ke jusco kerana begitu teringinkan dua benda diatas~ dah lama terasa kat hujung lidah tapi x dapat2 sampai kat tekak... sampai termimpi2~ apelaaa....=P
bercakap pasal subjek landscape resource planning.. xm last sekali tuh... Ya Allah.... x tau hana nak cakap ape... masing2 yg kua dr KAED Gallery sume mengeluh... pastuh ade seorg rakan tuh menceritakan kepada hana ade la sorang mamat yg repeat subjek ni cakap...
" macam ade potensi aku repeat lagi jer subjek nih"
wa!!!!! jgn la cakap cam tuh. hana da risau da... byk yg x dapat buat~
risau! RISAU! risau! RISAU! risau!
huhu....sekarang nih hana hanya nak merisaukan apakah result yg bakal hana terima...
huhu.. esok balik umah dah.. cuti 3 minggu....
walaupun baru lepas makan sushi n tako-tao...
teringin nak makan masakan mak pulak~
teringat nasi bungkus yg mak kirimkan sewaktu minggu xm bermula dulu...

simple je kan...
walau x mewah macam yg atas tuh tapi tetap jugak sedap...
sbb tu air tangan mak hana!!!
mak, hana saaayang mak!
hana nak balik ni~ esok mak jemput hana ye!
mak kata "ok!!!" dlm nada ceria...
"pukul 10pagi tau! jgn baru nak bangun pulak.."
hehehe....

>>>>> ~^_^~ <<<<<

Tuesday, March 31, 2009

Exausted~

akhirnya berakhir sudah sebuah penantian yg amat panjang.... lepas ni hana berserah kpd Allah atas takdir yg telah ditentukan olehNya utk hana... perasaan bercampur baur.. atr sedih, gembira, kecewa n benci... hana letih dgn semua ni..hana sndiri nak cari jalan keluar utk semua masalah ni tapi hana buntu~ hana seolah-olah hilang arah n kelam kabut... sem pendek nanti ad multi disiplinary.. hana x tau nak cari kat mana sumber kewangan... nak harapkan parents.. kesian kat adik2 yg lain... adik2 plak dah rindu sgt ngan hana sbb da lme x balik.. setiap kali jumpa hana peluk n cium x pernah lupa... sama dgn mak... mak pun rindu kat hana.. kesian kat hana... tapi hana nak buat camner.. hana lemah bila balik rumah.. sedangkan kan kat u pun hana da hilang kawalan perasaan.. hana kecewa bila balik rumah... sakit hati pun ada.. tapi apa hana boleh buat.. sbb hana sendiri bergantung padanya... hana betul2 perlukan part time.. lepas xm.. cuti ade 3 minggu... hana nak keje jugak... mse multi dip hana x kira penat atau x.. hana tersgt2 perlukan duit.. tadi hana balik rumah.. tu pun balik hari.. sbb malam nanti hana nak kne g kaed nak repair board utk external portfolio... hana balik sbb hana xde duit... klu makan sini.. paling kurang rm4 abes.. baik hana balik rumah.. tambang rm1 n balik berhantar... dapat jumpa family lg... pastu mak kata nak kne g hospital ptg tuh tghk nenek kat hosp... nenek patah kaki sbb tergelincir.. sampai hosp mak tepon hana kat umah.. nenek nak cakap... tapi hana mengantuk sgt waktu tuh..cakap pun mamai... dalam percakapan nenek tuh nenek seolah2 nakkkk sgt jumpa hana.. tapi hana rse cam malas sgt.. mak n ayah pun suruh jumpa nenek kat hosp.. lama cakap ngan nenek kat tepon.. pastuh aku sedar .. ape lah salahnya aku g jumpa die kat hosp.. dalam pada tu air mata aku mengalir.. nenek kata.. bukannya aku nak mati dah... lagi aku sedih.. mak cakap datang la ngan ayah... ayah kata pukul 4 ayah bwk.. insyirah pun ikut... nenek mmg la boleh cakap cam tuh.. tapi org lain pk yg bukan2.. die seolah2 nk jumpa semua org.. sape yg die x nampak lagi semua die tanya.... pastuh mak kata nenek selalu cerita pasal kisah dolu-dolu die... mana la kitorg x risau...
malam ni hana nak sambung utk external plak... tanpa tidur yg sempurna.. hana terpaksa teruskn walaupun terasa siksa...

Sunday, March 15, 2009

I am very satisfied!!!!!!~^_^~

rasa cam nak bgi free hug kat sume org~
Friendster Graphics
Friendster Layouts - Myspace Quotes - Myspace Surveys

puas rasanya bila da siap keje yg tertunggak selama nih.. cuma nak tmbh gambr title, credits, map n touchup sket2 jer... xyah kaler la.. nampak formal sket...
pastuh sok photostat A5 map 2 ketul... n print gambar kat cc ameenah.. mahal la kat situ 2 kali ganda drp biduri kualiti sama jer ngan baiduri punya.

pastuh pagi dalam pukul 10 razanah suruh kumpul kat depan bustop Asma' n kitorg bertolak g masjid jamek.. asimen lagi~ tapi yg ni untuk Islamic Urbanism nyer class. penat.. tpi puas.. walaupun x dapat ikut skali g trip.. tapi boleh reht.. drng kata...prof mawi kasi asimen bru plak utk subjek ALA2233-Landscape Resourse Planning... waaa!!! ~>.<~ nages dah...

walaupun malam ni (pagi la.. pkul 4 dah..) keseorangan di studio yg luas n dalam hati berkemungkinan yg bukan2 serta sering memandang ke depan pintu... dengan harapan hati akan tenang bila nampak org lalu lalang~ ade org ker?? lagi2 hari minggu ni...memang ade tapi x ramai cam weekdays... hana berusaha jugak untuk siapkan (habis tulis)... dengan memasang radio yg menyumbatkan telinga n pasang sekuat2nya agar hati x resah pada perasaan bahawa akan adanya kehadiran entiti2 yg x dikenali untuk menemani hana buat keje....

argh!!! x yah teman la... cari org lain jer!!!! hana byk keje...sibuk jer nk teman org...

mengambil kesempatn akan ketiadaan orang... ape lagi landscape arcitecture studio hana tukar menjadi recording studio atau karaoke jamban kt timesqure tuh~ mengikut setiap bait2 lirik lagu yg dimainkn di radio.. sambil terkadang hana gelak sendiri bila dgr celoteh drama sebabak oleh aznil n din beramboi di rdio era...

bila hati semakin mengikut rentak yg musykil akan kehadiran entiti yg berkenan tuh... hana pun tukar radio ikim plak... dengar lgu2 nasyid walhal hati berkeinginan menjamah telinga n menenangkn hati dengan alunan ayat2 cinta Tuhan... siap ade sesi beljr bhsa arb yg dh lama hana tinggalkan sejak F4 lagi, sambil tangan bergerak menyiapkan kerja yg sepatutnya dah dihantar hari jumaat lagi~

akhirnya siap jugak kerja yg tertunggak tuh~ buat sorg2 lebih cepat siap dari ade teman yg menyebbkan hana terasa cam nak bercakap n berjalan sana sini~ hana pun ksi msg kt im... "im, ko lama lagi ker? ak ade kat lua studio ko ni..."
pstuh im dengan x membalas msg hana, die kua... n mengajak aku masuk ke studionya yng best giler sebab ade spce yg boleh bring2 atas lantai...cam rumah kot~ beserta softboard yg telah di modified menjdi sebauh meja sebesar meja makan yg boleh letk 8 kerusi...

leha mintak tolong download antivirus n sekrang menunggu antivirus bertindak meneroka segenap inci system laptopnya n setakat ni ade 2 kecelaan yg berpnca dr virus bongek yg x henti2 nak kacau keamanan manusia yang melayari lautan internet(bukn tu je aktiviti virus tuh sbnrnya)...

namun begitu~ hana masih lagi berasa sangat senang dengan hari ni~ happy but so-so...
mhu senum lebar2 (^________________^) n sedikit terharu sebagai pemanis rasa... ~^_^~
sgt sweeeet nanges camtuh!!! nak nanges camtuh jugak...

Saturday, March 14, 2009

~ i'm left behid~ sdih....x dapat g trip~>.<~

i felt so sad... tertinggal bas? bukan sesuatu yg bermain di fikiran hana setiap kali ade trip~ pastinya hana da prepare utk trip tuh.. baju yg da gosok... handphone n camera dah fully charge.. item2 yg dalam h.bag yg akan hana pastikan takde satu pun yg akan tertinggal bila g trip nanti~

unfortunately... x dpt pegi jgak!!!! fuzah da call byk kali n hana nyer ringtone utk msg n receive call pun bukan pendek.. panjang!!! tapi x dengar jugak...

malam td dalam lebih kurang pukul 4.30am baru balik dr studio.. make all the preparation n tido~ penat sgt ke sampai x ley nak bangun???
subuh pun tinggal...

masa kat studio malam tuh da rse cam nak tggu pagi br nak balik.. tapi k.giha tny "nuha nak balik x?? klu nak balik gtau eh!!" sebab kesian kan k.giha yg mengantuk tuh hana pun buat keputusan utk balik lepas habis menggaris board yg kedua~

hana da berangan-angan da sblum tdo.. mesti best bile g sne~ tapi... ish3!! sedih la.. susah nak cakap...

n masa tido plak hana mimpi main baling coin ngan pidok, syimir, faiz, lela, yati, apip saupi, ngan k.liyana~ ape kene mengena drang tuh ngan ape motif main baling coin tuh ngan nak g trip pagi esok??

jawapannya: x dapat pegi trip..

bila bangun2 da pukul 10 lebih... dalam perasaan yg terkilan.. hana pun call fuzah menagis-nages...~>.<~ tapi nak buat camner.. xkan nak suruh bas tuh patah balik~
mungkin ade hikmahnya hana x dapat pegi trip kali ni.. n hana pun berenti nanges...

redha yg bersarang di hati~~~

Wednesday, March 11, 2009

Kehidupan yg mengetat...

hanya bangun.. makan.. kelas.. dan stayup...(internet sikit2)

ada masa?
rasa2nya xde sangat kot..
ada pegi jalan2?
xde kot~ jalan kaki dari mahallah ke kulliyyah...
ada shopping?
ada istilah shopping ke bila duit hanya untuk projek...
duit ptptn?
mengalir cam niagara falls
balik rumah?
sepanjang semester ni hanya 3 kali...(untuk org y rumah dekat cam sy x relevan!)

apa ada dalam hidup ku? hanya dinding putih tanpa lagu...
knp lagu? sebab lagu akan memantulkan kembali gelombang yand mengenai permukaan dinding.. tapi danpa lagu... sepi dan kosong...
menari? hanya gelengan kepala...
melompat? medula oblongata yang memaksa...
berjalan? selalu seperti yang di atas...
makan? harus... tanpanya aku x bergerak...
kesakitan? xpernah lekang dari badan....

nabil kata: lu pikirla sendiri!!!

Saturday, February 21, 2009

I've got this test on facebook...

About Me:

You are lovely and caring. You help others and spread out a lot of sympathy. Your life aim maybe is to serve the people. But your weakness is that you forget about yourself, your own needs. All your time is hold back for your friends and family. You are always there for people in trouble. Ready for any emergency. You make a lot of sacrifices just to be a good human. But every woman has her needs, her longings and a destiny. Don't loose yourself in work or curing other people's souls. You will have your own problems in your life. Another problem is that you don't say your opinion when it's right and important to say it. People trample onto your soul if you are always so kind and lovely and helpful. They will play on you. Though you should try to relax more and enjoy your life, you should not loose the gift that was given to you to help others . Not everyone is created this way... You are uniqe and rare!

kadang2 ramalan hanya kebetulan. terpulang kpd seseorang untuk mempercayainya. Namun bagi umat Islam, menilik nasib adalah khurafat. We knows our self best n others knows what we looks... terpulang pada setiap orang dalam memberikan pandangan... give the best to ur life, u'll get better in hereafter....

Saturday, February 14, 2009

ujian datang dalam berbagai bentuk...

kita selalu bertanya dan Al-Quran sudah ada jawapannya;

kita bertanya: kenapa aku diuji?
Al-Quran menjawab: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (al-Ankabut; 2-3)

kita bertanya:kenapa aku x dapat apa yang aku idam-idamkan?
Al-Quran menjawab:Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah; 216)

kita bertanya:kenapa ujian seberat ini?
Al-Quran menjawab:Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir (al-Baqarah; 286)

kita bertanya:knp kita rasa frust?
Al-Quran menjawab: Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.(ali-Imran; 139)

kita bertanya:bagaimana harus aku menghadapinya?
Al-Quran menjawab:Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (al-Baqarah; 45)

kita bertanya:kepada siapa tempat aku berharap?
Al-Quran menjawab: Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.” (at-Taubah; 129)

kita bertanya: apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Al-Quran menjawab: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar (at-taubah; 111)

kita bertanya:aku tak tahan...
Al-Quran menjawab:"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Yusuf: 12)

kita bertanya: sambai bila aku akan merana begini?
Al-Quran menjawab: Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(al-Insyirah: 5-6)

p/s: semoga kita akan lebih kuat dalam menghadapi ujian2 yang mendatang....

Friday, February 13, 2009

setiap yang berlaku pasti ad hikmah di sebaliknya...~

dalam bulan2 pertama tahun 2009 ini, bagi saya amat menyentuh hati dan naluri...pertama sekali sy dikejutkan dgn kematian ibu kpd seorg sahabat saya yang kemudiannya saya pulang kerumah dan mendapati perkara yang sama berlaku kpd beberapa buah keluarga yang berjiran dgn sy....dengan pakcik yang berjiran dgn nenek saya yang tatkala hayatnya dia bersama-sama motor buruknya ke masjid setiap kali masuk waktu solat.....begitu juga dgn kisah seorg lecturer kaed yang mengalami keadaan yang serupa... begitu juga dgn pelajar QS dan adik kpd salah seorg studiomate sy... dan yang terbaru, ttg seorg student AAD yang berjuang dgn sakit yang dialaminya...semoga dia cepat sembuh dan menjalani hidup spt rakan2 yang lain...

adakah ini yang dinamakan ujian?? ujian yang mendorong kita agar lebih tabah dan yakin akan ad yang Maha Kuasa disisi setiap insan.dialah yang berhak menghidupkan, menyembuhkan dan mematikan setiap yang hidup di dunia dan seluruh cakerawala....

meningatkan sy ttg objektif hidup di dunia dan menyedarkan sy bahawa kematian adalah pasti...dan ini juga mengingatkan saya tentang keadaan umat islam yang berada di palestin yang setiap saat adalah syahid bagi mereka... mungkin sy byk terleka dgn dunia sy sendiri sehingga lupa akan apa yang berlaku di luar sana...

al-fatihah kpd yang telah pergi dan panjakan doa agar kita tergolong dikalangan orang2 mikmin apabila sampai giliran kita....

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(surah al-Hadid:20)

Wednesday, October 22, 2008

my beloved studio....

This is my studio...kat sini la tempat i siapkan kerja yg melambak-lambak....
makan, tido, mandi...semua kat sini...
paling best skali mse tahun lepas....sbb mse tuh bln puasa...seronok sgt... like 1 family doing their task together...bergaduh ngan Arami n Razanah...
mengejut kan Pidok tdo.... bergilir tdo ngan Lela... menjadi seseorg yg 'annoying' utk menghilangkan ngantuk sbb keja x siap lg...nge~
best kan!!! tapi penat seh!!!