Friday, February 13, 2009

setiap yang berlaku pasti ad hikmah di sebaliknya...~

dalam bulan2 pertama tahun 2009 ini, bagi saya amat menyentuh hati dan naluri...pertama sekali sy dikejutkan dgn kematian ibu kpd seorg sahabat saya yang kemudiannya saya pulang kerumah dan mendapati perkara yang sama berlaku kpd beberapa buah keluarga yang berjiran dgn sy....dengan pakcik yang berjiran dgn nenek saya yang tatkala hayatnya dia bersama-sama motor buruknya ke masjid setiap kali masuk waktu solat.....begitu juga dgn kisah seorg lecturer kaed yang mengalami keadaan yang serupa... begitu juga dgn pelajar QS dan adik kpd salah seorg studiomate sy... dan yang terbaru, ttg seorg student AAD yang berjuang dgn sakit yang dialaminya...semoga dia cepat sembuh dan menjalani hidup spt rakan2 yang lain...

adakah ini yang dinamakan ujian?? ujian yang mendorong kita agar lebih tabah dan yakin akan ad yang Maha Kuasa disisi setiap insan.dialah yang berhak menghidupkan, menyembuhkan dan mematikan setiap yang hidup di dunia dan seluruh cakerawala....

meningatkan sy ttg objektif hidup di dunia dan menyedarkan sy bahawa kematian adalah pasti...dan ini juga mengingatkan saya tentang keadaan umat islam yang berada di palestin yang setiap saat adalah syahid bagi mereka... mungkin sy byk terleka dgn dunia sy sendiri sehingga lupa akan apa yang berlaku di luar sana...

al-fatihah kpd yang telah pergi dan panjakan doa agar kita tergolong dikalangan orang2 mikmin apabila sampai giliran kita....

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(surah al-Hadid:20)

No comments:

Post a Comment

:: guruh berbunyi ::