Monday, February 9, 2009

kenapa baru sekarang???


Mesir harap Hamas, Israel damai


PENDUDUK Palestin melihat kemusnahan bangunan pameran seni di Hospital al Quds di Gaza selepas dibom tentera Israel, baru-baru ini.

KAHERAH: Mesir meletakkan harapan satu perjanjian damai Gaza di pergerakan pejuang Hamas dan Israel dapat dicapai dalam tempoh beberapa hari lagi, kata jurucakap Kementerian Luar Hossam Zaki.

"Ada beberapa isyarat positif bahawa dalam beberapa hari lagi kita akan mencapai persefahaman mengenai perdamaian dan pembukaan sebahagian daripada lintasan memasuki Gaza," katanya.

Mesir menjadi orang tengah dalam perbincangan tidak langsung untuk mencapai perdamaian sejak perang Gaza selama 22 hari yang menyebabkan sekurang-kurangnya 1,330 penduduk Palestin dan 13 warga Israel terbunuh.

Pertempuran berakhir apabila Israel dan Hamas melaksanakan gencatan senjata berasingan pada 18 Januari.

Bagaimanapun, Palestin terus melancarkan roket ke atas wilayah Israel, manakala rejim Zionis bertindak balas dengan melancarkan serangan udara.

Kelmarin, seorang jurucakap Hamas berkata, pihaknya menjangka satu perjanjian dapat diadakan dengan Israel mengenai pembukaan semula pintu sempadan memasuki Gaza dalam tempoh beberapa hari lagi.

Hossam berkata, delegasi Hamas meninggalkan Kaherah kelmarin selepas berbincang mengenai gencatan senjata dan akan kembali semula esok.

Israel yang mengawal dan menutup semua pintu masuk sempadan ke Gaza kecuali Rafah yang dikendalikan Mesir dan tidak membenarkan kemasukan bantuan kecuali sejumlah kecil bahan asas, sejak Jun 2007, apabila Hamas mengambil alih kuasa. � AFP

No comments:

Post a Comment

:: guruh berbunyi ::