Tuesday, November 29, 2016

161129 :: Pregnant ke tak ni?

Hujung tahun ni dah masuk tahun ke-dua kitorg kahwin. Jujur Hana cakap, setiap pasangan yang berkahwin mestilah nakkan kehadiran cahaya mata dalam hidup rumah tangga. Kalau ikut doktor, kalau dah tahun kedua berkahwin, masih lagi x dapat anak, melayakkan kami untuk pergi fertility clinic.
"Asyik tengok anak orang jer, bila nak dapat anak sendiri" semua orang tanya macam ni.
"Comelnya budak ni!" sambil senyum sorang-sorang.
"Orang bela kucing susah nak dapat anak" eh, salahkan kucing aku pulak. Dan macam-macam lagi pe'el orang sekeliling yang bukannya nak mendoakan ke apa, tapi buat tambah menyakitkan hati...
Kawan-kawan post gambar anak kat facebook kita hanya mampu pandang jer. Tumpang bahagia.
Realitinya, memang ramai je dikalangan kawan-kawan hana dan kawan-kawan suami yang belum lagi berpeluang untuk menimang cahaya mata sendiri. Ada yang dah 5 tahun kahwin, 8 tahun, 14 tahun.. Kuat betul diorang kan? Yang ulang alik pergi fertility clinic... Nampak tak betapa dioarang betul-betul nak anak?
Dari segi psikologi, orang-orang yang desperately nak mengandung ni dia akan ada simptom-simptom macam orang mengandung, seperti badan panas dan berpeluh secara tiba-tiba, rasa mual nak muntah, craving, pening, cepat penat dan ada yang perut dia bloated mcm orang yang mengandung. Kasihan kan? Dalam movie pun ada tunjuk behavior orang-orang macam ni.
As for me, my period is overdue.. Tapi buat UPT (urine pregnancy test) negative pulak.
Sabar Hana. Sabar... Doa banyak-banyak.. InsyaAllah.. Rezeki tu ada, mungkin belum sampai lagi.. Nak tunggu sampai hari ke 50 overdue, nak buat upt lagi sekali..
Doakan kami...

Tuesday, November 1, 2016

161101 :: Sprout Salad

Great salad with great taste!
Ingredients:
1 bowl of bean sprout
1/2 can of tuna
1/2 red onion (thin sliced)
1/4 carrot (thin sliced)
1pcs tomato (small cube)
2tbs mayonaise
1 sliced of lemon
Method:
1. Mix them all in one bowl
2. Ready to eat

Tuesday, June 30, 2015

150629 :: Happy Birthday Mr. Hubby!!

29th of June adalah Birthday En. Suami yang ke-37 dah tua dah dia?

Yer.. Kitorang 10tahun beza..

Untuk Celebrate birthday-man, Hana buat surprise iftar kat Bora Ombak, Ampang..
Gagahkan diri untuk yang tersayang sebab dah booking dan dah bayar walaupun tak sihat.
Ambik pakej berbuka puasa jer senang! Buffet.. makan la puas-puas.. hari ni kita cuti terawih..

From Facebook:
Surprise iftar minggu lepas sempena dengan birthday man mr. @delirian yg ke xx (dah tua dah).. Happy birthday abang.. Thanks sebab tolong hana buat kerja rumah, cuci berak chot n onie & x pernah merungut makan masakkan hana walaupun x sedap..
Sayang abang sampai syurga..
(Birthday suami punya pasal, demam2 pun redah jer sbb dah bayar. Tgok tu.. Tersipu2 org wish birthday kat dia..)


Wednesday, May 6, 2015

150425 :: Kenduri Sebelah Lelaki

Kenduri kami sebelah lelaki, totally simple..
Catering: family nak masak sendiri,
Khemah: 3 canopy tetamu, 1 canopy rewang.
Decor: DIY sendiri
Theme: Pink
Baju lelaki: Kemeja Pink & Seluar Slack Beige
Baju perempuan: Jubah Bella Ammara Beige & Tudung Pink.
Yang penting, photographer mesti ada.




Sedikit sebanyak gambar hidangan...





Dan tetamu yang datang...



Family & Friends






Yg ni.. Gambar kami la.. haha
(Kasi can sikit)





Gambar paling win!

Doakan perkahwinan kami berpanjangan hingga ke Syurga
. . .


Friday, May 1, 2015

Wedding Note #23: Wedding Photo Part III - Photobook

Orang yang suka sangat ber-DIY ni dia memang cerewet sikit kadang-kadang.. macam Hana! Eh! Bila dah semua nak DIY, Album kahwin pun nak DIY jugak. Zaman seekarang ni ada banyak benda kita boleh buat online termasuklah album gambar.

Tahu je lah kan kalau buat sendiri ni tahap puas hati tu lain sikit. Kalau kita Google, ada banyak laman web yang boleh buat photobook online. Terpulang kat diri sendiri nak pilih yang mana. Nak dapatkan diskaun untuk photobook boleh cari dekat Groupon.

Tapi photobook website yang paling saya suka Photobook Malaysia. Ada banyak design dan album template yang anda boleh pilih untuk album anda. Tinggal masukkan gambar je. Lepas submit dan bayar, tunggu jer photobook sampai. Memang puas hati!

Album kahwin
Gambar jalan-jalan dengan suami masa lepas kahwin pun saya buat jugak sekali. Walaupun kecik jer, tapi ok je untuk buat kenangan.

Album jalan-jalan

Tuesday, April 21, 2015

Wedding Note #22: Wedding Photo Part II - Photo

Dari Post Wedding Note #21: Wedding Photo Part I - Photographer

Sebelum ni, masa bincang dengan photographer mesti lah dah bincang pasal tentative majlis. Cuma pada hari majlis berlangsung, pagi-pagi lepas photographer sampai, ingatkan balik tentang tentative dan perjalanan majlis macam mana. Disebabkan majlis kami, kami nikah pagi dan kenduri pada sebelah petang, kira senang lah pada photographer tak payah nak ulang datang banyak-banyak kali.

Selain dari tu, bincang juga dengan photographer tentang shoot-shoot yang dia akan ambik dan boleh request shoot yang macam mana anda nak sepanjang majlis. Kalau masa tu photographer ada depan kita, kita boleh terus request dengan dia. Jangan malu, jangan segan sebab kita dah bayar. Tapi jangan la request yang payah-payah sampai nak kena panjat pokok atau bumbung rumah. Kesian pulak dia.

Beramah mesra lah dengan photographer. Ice breaking sikit. Tanya dia dari mana, tinggal kat mana.. Borak-boraklah sikit, biar nanti senang dia nak buat kerja, kita pun tak segan nak posing dan perjalanan majlis pun jadi senang. Suruh dia makan dulu pagi-pagi tu.

Kami tak tau macam mana kerja photographer, jadi kami bagi tau jer kat dia nanti dia akan terangkan apa yang dia akan buat dan kalau rasa tak ok, boleh mintak dia ubah. Kat sini peranan ice breaking tu penting sebab kita akan mula berkongsi pendapat apa yang ok dan apa yang tak ok. Yang penting, sebagai pengantin, kita nak majlis kita elok, jangan sombong! Mentang-mentang awak raja sehari, awak nak naik takhta lebih-lebih pulak yer!

the shoes
the dress
the nikah crowd
serahan maskahwin
the dulang girls
the pelamin
the bride fairies
the kenduri
team basuh pinggan
the rombongan
slice 'em
the bride's parent
our pengapit
Alhamdulillah!!
outdoor shoot

Saturday, April 11, 2015

Wedding Note #21: Wedding Photo Part I - Photographer

Hana rasa semua tau sekarang ni terdapat banyak lambakan wedding photographer sama ada professional, non-professional dan part time photographer. Apa yang penting dalam memilih servis photographer mana yang anda nak guna, pastikan servis yang ditawarkan mematuhi beberapa syarat ni:

1) Siapa Photographer anda?
Ha, soalan cepu mas ni tak adalah susah macam soalan 'Bila nak kawen?' masa single dulu. Tapi mahu atau tak kena lah ambik tahu lebih sikit. Jadi stalker sekejap, jangan lebih-lebih! Tapi kalau takut sangat kena tipu, lebih baik ambil photographer yang anda dah kenal orangnya.

2) Pakej photografi
Pastikan pakej photografi yang anda pilih mematuhi kriteria anda. Apa yang ditawarkan? berapa sesi? berapa lama sesi photografi? complimentary service yang bagaimana? Jika anda memilih photographer yang professional, biasanya mereka tulis dengan jelas tentang servis yang mereka tawarkan. Complimentary service menentukan apa yang anda dapat dengan pakej tersebut. contohnya; Gambar yang anda dapat, adakah dalam CD atau USB Drive? Photobook berapa page? jenis photobook? Ada framed picture tak?

3) Harga
Nak hire photographer kena lah tahu berapa harga servis mereka? Berbaloi tak dengan servis yang ditawarkan? Jangan ingat kalau lagi mahal harga photographer tu, lagi tiptop servisnya. Kalau harga jer mahal tapi servis hampeh, baik tak payah! Lagi satu kena jelas dengan pembayaran. Photographer yang baik akan minta bayaran secara berperingkat. Deposit, On-The-Day atau Selepas siap gambar/photobook. Bergantung kepada photographer itu juga. Jangan bayar sekali gus. Nanti gambar tak ada, duit lesap!

4) Kualiti Gambar
Lain photographer, lain photography principle dia. Gambar yang dihasilkan juga berbeza. Nak cerita lebih-lebih bukan arif sangat pasal photography ni. hehehe.. Yang penting gambar cantik tak pecah. Boleh simpan 100 tahun lagi.. ceewah!!

Kenapa nak kena ada wedding photographer?
Antara semua benda yang kita buat masa hari perkahwinan tu, benda yang kekal adalah memori. Terpulang pada masing masing nak mengabadikan memori tu macam mana. Melalui kad kahwin ke, simpan kad kahwin sampai anak cucu. Nak simpan baju kahwin ke.. Nak simpan gambar ke, buatlah macam mana pun. Macam Hana, disebabkan dah semua benda Hana DIY-kan jer, kami simpan duit sikit untuk invest dekat gambar kahwin. Kalau gambar cantik, tengok gambar tu boleh rasa tersenyum-senyum macam baru kahwin, kiranya investment yang anda buat tu berbaloi lah. Hahaha..
Tapi mestilah mengikut kemampuan masing-masing..

Macam Hana, mulanya Hana hire kawan punya kawan ni. Buddy namanya. Hana kenal la dia. Tapi hana tak kawan pun dengan dia. Kiranya satu batch masa study dulu. Dia ambik course lain, hana ambik course lain. Mula-mula Hana hantar email untuk mintak quotation. Poyo jer hantar email. Padahal boleh jer mesej kat facebook mesenger. Lepas tanya semua benda, kita pun bayar deposit untuk book tarikh. Esok tu dapat invoice, dia emailkan. Nak dekat-dekat tarikh wedding tu Buddy bagi tau yang dia tak dapat nak commit on the wedding day. Tapi dia ada replacement photographer. Dia bagi tau la jangan risau semua pasal photographer tu punya photography principle sama jer dengan dia. tapi nanti masa wedding day bayar baki servis kat replacement photographer tu.

Ni Buddy punya FB page: EverybodyPhoto
Ni FB replacement photographer tu: Akidlevo Photography