Thursday, March 19, 2015

150314 :: Zoo Negara Volunteer

Assalamualaikum...

Bagi kalian yang nak tau pasal volunteering dekat Zoo Negara ni, pertama sekali kita lawat dulu laman web Zoo Negara Malaysia untuk volunteering program. Dekat situ Pihak Zoo Negara ada sertakan sekali form yang anda kena isi, syarat-syarat volunteer, dan aktiviti yang anda bakal sertai disana nanti. Macam Hana & En.Suami ikut group volunteering kami AdDeen Project. Hana dan husband bagi nama kat AdDeen Project tu je dan dah siap bayar sekali dengan yuran makan.

Walaupun dekat laman web tu dah bagi tau terms and condition untuk menyertai program volunteering ni, sengaja saya nak nyatakan syarat-syarat tersebut kat sini beserta dengan pengalaman Hana masa tu. Antaranya ialah:
  1. Terbuka kepada semua dan mestilah berumur 16 tahun ke atas. Budak kecik x boleh yer.. Kenapa 16 tahun keatas? Sebab bila dah berumur 16 tahun tu kita dah boleh terima arahan dengan baik, dah boleh jaga diri sendiri dan boleh jaga tingkah laku.
  2. Yuran penyertaan RM25 wajib untuk setiap peserta. Boleh dikira sumbangan untuk Zoo punya wildlife environmental education program.
  3. Kalau anda nak join kena register awal dan kena lah contact dengan Education Department sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh volunteer korang tu untuk confirmkan atau batalkan kehadiran.
  4. Ketua kumpulan kena lah ada updated senarai peserta yang join program ni beserta dengan nama penuh, nombor telefon, dan tandatangan peserta untuk dihantar pada hari volunteering. lepas tu kena fahamkan ahli kumpulan korang tentang terma dan syarat penyertaan.
  5. Semua peserta kena hadir sebelum pukul 8.15am. Lambat diorang tak nak layan. Lepastu korang masuk lah zoo dengan bayaran pelawat biasa.
  6. Pakai pakaian yang sesuai. Baju T, seluar track bottom, kasut sukan (bertutup). Kalau korang pakai baju x ada lengan ke, barang kemas ke, seluar pendek ke.. tak boleh masuk walaupun korang dah sampai awal. Bawa makanan sendiri. Yang penting, makanan mestilah dibungkus dengan pembungkus yang mesra alam sekitar.
  7. Volunteer kena pakai tag yang diberi setiap masa semasa berada di dalam kawasan Zoo Negara. Lepas tu pihak zoo akan bahagi-bahagikan korang kepada beberapa kumpulan untuk bertugas di kawasan-kawasan tertentu. Ikut suka pihak zoo nak bagi korang kat mana, dengan siapa. Pastu korang kena ikut zoo keeper yang telah diaturkan untuk korang tu pergi kat tempat korang bertugas.
  8. Korang tak boleh nak masuk kawasan kumpulan lain suka-suka hati dan korang tak boleh nak ambik gambar suka-suka hati kecuali kalau zoo keeper korang bagi.. Kalau nak pegang haiwan pun kena tunggu zoo keeper bagi baru korang boleh pegang. Korang jugak tak boleh nak bagi makan kat binatang suka-suka hati tanpa kebenaran. Sebab binatang-binatang ni ada diet mereka sendiri. 
  9. Selain dari tu, korang jugak tak boleh berada dalam kawasan zoo selepas waktu bekerja. Maknanya, kalau working hours habis, korang pun kena keluar sekali.
  10. Korang kena sihat waktu volunteering. Dikhuatiri akan berjangkit penyakit korang tu kat binatang dalam zoo. 
  11. Keselamatan diri sendiri dan harta benda peribadi adalah tanggungjawab masing-masing. Kalau berlaku apa-apa kemalangan waktu bertugas, korang kena bagi tau cepat-cepat kepada zoo keeper yang korang bertugas tu. Sebarang kehilangan harta benda atau kemalangan yang melibatkan kecuaian korang yang tak ikut arahan zoo keeper, korang tanggung sendiri lah ya!

Kami sampai awal pagi kat pintu belakang Zoo Negara. Park kereta kat tempat yang dia sediakan. Jangan salah park yer! Pastikan juga korang dah breakfast awal-awal. kalau x sempat makan bawak bekal roti dalam beg. First sekali, berkumpul dan pembahagian kumpulan. Hana x dapat satu kumpulan dengan husband. Group Hana 3 orang jer. Lepas tu Hana kena ikut zoo keeper kumpulan Hana tu pergi tempat bertugas kami.

Hana ditugaskan di suatu kawasan di kandang harimau. Kat kandang Harimau tu sebelah dengan kandang kambing ni dan ada kandang lembu sekali kat situ. Kambing-kambing kat sini sangat jinak dan comel.


Tugas hana kat situ adalah sapu sampah.. Sapu daun-daun kering yang banyak tu dan buang kat tempat yang dia sediakan. Perkakas semua dah ada termasuklah boot untuk bekerja. Kami bersihkan kawasan yang dia suruh je. Kawasan yang betul-betul dekat dengan kandang harimau dan dalam kandang harimau dia tak bagi kami buat sbb zoo keeper yang akan bersihkan sendiri nanti. Memang memerlukan khidmat pakar. Hehe.. Lagipun sebelum kandang harimau tu dia bersihkan, dia dah bagi harimau tu makan dulu dah.. lepas dah siap sapu, kita bersihkan mangkuk makanan kambing pulak.

Husband bagi tau dia bertugas kat kandang rusa & seladang. Tugasnya sama. Kemaskan kandang, sapu daun kering dan bagi makan.

Aktiviti lepas sapu daun-daun kering, zoo keeper benarkan kami main dengan kambing dan letak mangkuk makanan kambing yang dah bersih tu kat dalam kandang sebab dia nak bagi kambing makan kejap lagi. Kambing-kambing yang lapar, memang manja datang menggesel-gesek kat kaki.
Masa zoo keeper nak bagi kambing makan, kami kena keluar sebab takut nanti kambing lari-lari dan sondol kami sebab lapar nak makan.

 Anak kambing yang comel!!

Habis tugasan kat sini, kami berkumpul kat tempat yang zoo keeper arahkan untuk kami berkumpul. Kali ni, beberapa group kecil bergabung. Tapi still, tak dapat sama group dengan husband. Masa ni ada volunteer doktor veterinar join sekali untuk membuat kerja pembersihan dengan kami. Agaknya dia pun baru lepas selesai tengok haiwan zoo yang sakit.

Kali ni kerja-kerja pembersihan dilakukan di kawasan depan sangkar species primate iaitu monyet, beruk, chimpanzi dan orang utan. Kawasan yang visitor lalu lalang tu. Lepas habis kerja dan pulangkan perkakas kat tempat asal, zoo keeper bawa kitorang round balik tempat yang kitorang bertugas dengan group yang kitorang gabung tu bertugas masa awal-awal tadi.

 Nampak tak? Nak dekat dengan harimau pun kena ada warden bertugas.

Amacam gambar ni? haha!! Hakikatnya berada di luar kandang jer dengan tangan menggeletar. Gemuruh jantung berdegup bila dengar harimau mengaum dari dekat. Lepas tengok harimau ni dia lepaskan kami untuk makan, rehat dan solat zohor. Jangan lupa pulangkan balik boot yang korang pakai tadi! Masa rehat kat surau terasa sangat penatnya.. siap tertidur dalam surau.

Lepas rehat, kami berkumpul balik kat tempat berkumpul masa gabung group tu. Kami ikut zoo keeper untuk pungut balik mangkuk makanan kat sangkar burung. Kalau makanan burung tu ada lebih atau tak habis, kena masukkan dalam satu bekas. Selain dari dia bagi pallet kat burung-burung tu, sayur dan buah adalah makanan tambahan untuk mereka. Sayur dan buah yang dikumpulkan tadi, Hana tengok ada jangung, kobis, betik dan carrot yang dipotong saiz sederhana. Kami tuang semula semuanya kat tempat makanan primates di samping tambahan buah dan sayur baru. Memang primates yg akan habiskan sebab primates kan banyak makan! Haha

Habis tugasan, zoo keeper benarkan volunteer tengok pertunjukkan haiwan kat auditorium. Lepas tu, baru boleh jalan-jalan dalam zoo macam visitor. Cuma kalau nak masuk tengok panda, tiketnya dibayar asing. Tapi Hana dengan husband tak masuk pun tengok panda.



 Gambar jalan-jalan lepas selesai kerja. Sampai sakit kaki berjalan walaupun pakai kasut sukan.

 Kuda Padi. Comel kan?

 Husband seronok dapat pegang ular. 
~~Kat bahu tu ada sticker Zoo Volunteer~~

Anak kambing yang kat dalam tadi dia bawak keluar 
supaya visitor boleh pet dan sentuh diorang.

Seperti yang termaktub dalam volunteering term and condition, Hana dan husband pun keluar dari kawasan zoo untuk balik ke rumah dalam pukul 6.00pm lepas solat asar.

Secara keseluruhannya, pengalaman macam ni sangat bagus untuk anak-anak muda. Selain dari kita tau apa tugas-tugas zoo keeper ni, kita tahu macam mana nak menghargai binatang-binatang tersebut. Bayangkan selama ni, kita pergi zoo kita tak tahu pun macam mana haiwan-haiwan kat sini dijaga. Kita pulak suka-suka hati bagi keropok la, jajan yang ntah hapa-hapa makanan lagi yang bukan diet binatang-binatang ni. 

Kalau budak-budak sekolah rendah ada rombongan pergi zoo, budak sekolah menengah (atas 16 tahun) memang patut join volunteering program ni. Di samping memupuk sifat ikhlas dan suka membantu dalam diri anak-anak muda zaman sekarang. Daripada buat benda-benda yang tak ada hala tuju.. 

Betul tak?

No comments:

Post a Comment

:: guruh berbunyi ::