Monday, February 2, 2009

SMK Sungai Pusu.... drpd sekolah bestari kepada sekolah kluster..

sy terjumpa artikel ini ketika melayari utusan online
mungkin agak lambat pada seseorang yang jarang baca surat khabar...
ttp sbg seorg bekas pelajar, apabila mengetahui akan berita ini saya berasa bangga dan bersyukur kerana sejak sekolah ini dibuka pada tahun 1999 pencapaian para pelajarnya tidak pernah mengecewakan. pernah suatu ketika dahulu tatkala seseorg brtanya kepada saya "kamu sekolah di mana?" dan apabila saya menjawab SMK Sungai Pusu mereka akan tersenyun sinis atau mempersendakan nama sekolah tersebut. mungkin kedengaran agak lucu tetapi kini, ibu bapa berpusu-pusu mendaftarkan anak mereka ke sekolah ini. pencapaian SMK Sungai Pusu tidaklah setanding dengan sekolah yang bertaraf SBP atau MRSM tetapi ia tetap berada di hati saya.

ARKIB : 26/01/2009
Sekolah bestari dinaik taraf

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
saifulizam.mohamad@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Sekolah bestari akan dinaikkan taraf kepada sekolah kluster jika mencatatkan pencapaian cemerlang dari segi prestasi akademik dan kokurikulum.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, salah satu sekolah bestari yang akan dinaikkan taraf kepada sekolah kluster tidak lama lagi ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu di Gombak.

Menurutnya, dengan kesediaan kerajaan membuat perubahan seperti itu, beliau yakin tahap pencapaian bidang pendidikan di negara ini akan lebih maju dan gemilang.

Katanya, jika semua pihak mendokong cita-cita itu dengan bersungguh-sungguh, pencapaian Malaysia boleh dianjakkan sehingga setaraf dengan negara maju.

"Saya berharap pencapaian SMK Sungai Pasu akan dicontohi sekolah-sekolah lain. Mereka berjaya kerana wujudnya kesungguhan daripada semua pihak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sentuhan Kasihan anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sungai Pusu dekat sini malam ini.

Dalam pada itu, Hishammuddin meminta semua guru meningkatkan pengetahuan dan kemahiran supaya pelajar di negara ini mendapat pendidikan yang terbaik.

"Inilah tujuannya kita mewujudkan sekolah bestari dan sekolah kluster selain beberapa sekolah yang lain, sebab kita mahu para pelajar cemerlang dalam apa jua bidang.

"Namun begitu, usaha ini tidak akan berjaya jika guru-guru gagal meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, saya menyeru mereka komited melakukannya dengan sebaik mungkin," katanya.

4 comments:

  1. tahniah.. skolah sy pun da dapat jadi sekolah kluster jugak..

    ReplyDelete
  2. 6 feb 2001, tarikh saya mendaftar ke SMK sungai pusu... dah 8 tahun berlalu... waktu tu batch sy adalah batch yg ketiga...

    ReplyDelete
  3. wahh banggo den. nak pinjam buh dlm blog kite leh. hehe

    ReplyDelete
  4. lttlgjh; hehe.. budak sg pusu gak ko??
    buleh2.... silakan~

    ReplyDelete

:: guruh berbunyi ::