Friday, December 11, 2009

Untuk Wanita Bergelar Muslimah~

"apabila teruna memandang dikau,engkau tundukkanlah pandangan mengelak panahan syaitan..apabila teruna mendekat selangkah,engkau berundur beribu langkah,apabila teruna memujuk rayu,engkau anggaplah itu bisikan syaitan!!apabila teruna menutur harapan indah,dikau yakin janji-Nya lebih bahagia disana...kerana engkau mengerti dan menyedari akan erti maruah peribadi sejati,yang disaluti iman yang hakiki,yang tidak semurah untuk ditukar ganti!!!!!

INILAH WANITA ACUAN AL-QURAN.

Monday, November 16, 2009

inikah takdirku~


ntah macam mana dah kata namanya cinta, dia datang x diundang... lama berkawan jadi selesa... semua ini seolah2 terlalu cepat~ x sangka.. betul ke aku jodoh dengan dia? aku pasrahkan segalanya pada Tuhan Yg Esa... cuma satu aku doakan~ semoga dia dapat membawaku menuju ke syurga-Mu~ aku belum 21(x lama jer lagi..6/12) tapi knp aku begitu yakin dengan dia~ berkali2 dia memujuk... akhirnya aku mengalah... lebih baik org tuaku tahu dengan siapa aku berkawan... tapi yg sedihnya, x lama lagi die akan pergi~ selamat berjuang ye!! 2 tahun.. agak2 lama x? bagi aku, dia adalah sapu tangan waktu aku sedih~ die lah penyokong yg bg aku kuat~

Thursday, October 22, 2009

Laguku Untukmu~

Laguku untukmu~


Untuk lagu
yang begitu indah
Tapi sepi tanpa kasihmu

Oh cantiknya
Seperti kamu
Lagu itu
Kau nyanyikan untukku

Sentuhanmu
Buat aku tersenyum
Hilang resah di hati ini
Padam gundah di jiwa

Hatiku, Nyawaku
Cinta ini untukmu
Jiwaku, Kasihku
Degup jantung ini untukmu

Hadirlah dalam setiap mimpi ku
Bulan kan cemburu
Bintangpun gugur
Pada kasihmu yg bersinar~

Nuha text it

Sunday, October 11, 2009

keluargaku... permata hatiku~

semalam, ketika perjalanan pulang balik ke uia dari putrajaya... seorg sahabat bertanya pd ak.."ayah hang x datang tiap2 minggu ke sem ni?" soalan ni aku jawab dgn senyum jer... aku x tau nak jwb ape.. xkan aku nak citer kat die plak...
aku sendiri x faham...
knp yer org ain boleh perasan...
mungkin kedengaran mcm pentingkan diri sendiri...
tapi bila ada yg perihatin... aku sendiri jadi sedih n pilu...

Sunday, September 27, 2009

lagu itu indah~ tapi bukan untukku....

raya? xde yg istimewa~ kami balik kampung kat sepang...sampai betul2 mse nak bukak puasa.. esok raya...
hari raya~ ramai tetamu yg datang berziarah.. tapi kami x g mne2 pun.. nenek sakit... x mau makan... semua xnak...
hari raya pertama, malam itu.. kami nak pergi raya umah pak itam omar n pak endek ali...2km dr umah nenek... mak teh dah nangis.. sbb kebetulan mse kitorg nak kua, nenek muntah.. makteh kata nenek muntah darah... kitorg pun hilang mood nak raya... pakcik rasip ngan mak uda zaiton hantar nenek kat HKL... kebetulan nenek nak kne g hospital pagi esok.. sepatutnya~ tapi terpaksa jugak hantar nenek malam tuh jgak... maksu ani jaga nenek kat hospital...
keesokkan harinya(raya ke 2)...kami pulang~ semua balik... umah nenek kosong~ giliran mak uda plak jaga... sbb 23hb mak uda dah stat keje...
nenek sbnrnya ok jer... tapi nenek x nak makan.. jadi die x larat nak angkat tgn n kaki... n bila muntah2 tp xde benda yg masuk kat perut.. cecair yg kat usus yg berwarna keperangan pun keluar... cecair tu lah yg mak teh sangkakan darah~ masa melawat nenek kat hospital, nurse datang masukkan ubat melalui hidung... terasa macam ajaibnya.. nenek dah bolah angkat tangan n gerak2kan kaki...
alhamdulillah~ bila semuanya dah ok... tapi nenek ni memilih~ die nak mak jugak yg jaga dia.. dgn org lain die x nak... tapi mak risau nak cari duit nak bayar duit rumah... adik yg nak spm tuh dah x kisah pasal die nak peksa tahun ni... kesian tgok adik2... terabai... sedih rasa hati~
ayah? xnak buruk2 kan ayah~ simpan dalam hati jer... rasa cam nak meletup je bila pendam...tapi die tetap ayah aku~ kesian ngan die...

Monday, September 7, 2009

Dah setengah bulan puasa

malam tadi n alam semalam bulan penuh menandakan dah setengah bulan kita puasa...
bunyi mercun dan meriam dah akin meriah hari demi hari...
teringat kat umah.. rindu kat kampung.. x tau balik mana tahun ni...
perasaan nak sambut raya pun dah makin membuak2.. klu buat keje kat studio.. lagu2 raya drp laptop yg terbasang dahpun berkumandang...
rasa2nya tahun ni raya kami sederhana jer...
x ada yg istimewa...baju raya pun klu x sempat buat, pakai yg lama jer... memandangkan keadaan keluarga kami yg belum cukup stabil.. aku jadi takut...takut sangat~
x tau nape.... hati aku kosong... kosong sgt...
ape yg aku nak sbnrnya???
kdg2 aku jeles yg org...seronok bila balik umah...
aku???

Saturday, September 5, 2009

from a-z

A_ aku. list ni nak cerita pasal aku
B_bangun pagi. jam da pkul 10lebih~ tertinggal kelas rec...x komitednye aku dgn kelas skill nih... kelas stat pkul 8. tapi skrg da pukul 10.. bagus la.. tdo lepas subuh... xpe petang nanti ade lagi pukul 5~ sekali ngan iftar ngan dak2 recreational skill skali.
C_cinta?? aku single~
D_dalam ke luar~ klu dalam bilik aku.. luar ade blok2 mahallah ameenah yg lain
E_entah!!! aku pun x tau nak kata ape sbb ni cuma repekkan..
F_fikir2 balik, aku mmg saje nak merepek kat sini sbb dah lama aku x megadap blog nih
G_guna otak. ya! fikir mesti guna otak bukan dgn kepala lutut...
H_hari ni....sabtu. plan?? x tau lagi~
I_ingatkan aku pasal selasa petang pukul 2-4 ade prelim jap kat studio~
J_jadi ke x jadi??? ape yg jadi?
K_kalau aku dgn dia... ape pndapat korang???
L_lama dah budak tuh x online~
M_mana dia??
N_nak pukul 12 dah lagi 30 jam...
O_ops~ baju aku dalam baldi...rendam semalam.. jgn lupa basoh. nanti b'kulat~
P_petang ni pakai baju kurung ke???
Q_Q??? ak nak kata ap??
R_rumah. aku x balik rumah lagi 1st puasa harituh jer...malas nak balik rumah~
S_sebab ape~ klu nak tau tanya aku sendiri~
T_taknak??? sudah~ aku pun x nak citer...
U_untuk ape aku citer klu org x nak tau~
V_violence~ terhadap hati aku~ selalu aku buat die sakit...
W_whatever~
X_X <<Y_yang lepas tu biarlah~ yang skrg ni...hmmm~
Z_ZzZzZzZ... nak sambung tido ke??? da tghari la....

Monday, August 24, 2009

entahlah wahai hati~

kalau nak di bilang, aku malu...
kalau nak di kira, aku segan..
aku sendiri geram dengan perasaan hati..
terlalu mudah jatuh cinta..tapi susahnya untuk melupakan.

bila datang yg lain, aku cuba tolak.
aku kata dengan hati, aku pujuk hatiku.
dia bukan untukku. lalu aku bersabar.
tapi aku kalah.
aku kalah pada perhatian
yang tinggal nanti hanya harapan.

sia-sia. tapi aku x mampu...
walau aku mahu...
tapi aku tetap x mampu.
terlalu siksa
aku teruskan tapi hati sakit

aku mahu mereka pergi
jauh dari hati...
dan aku berharap agar aku buta
agar aku x terpesona dgn cinta~
aku harus lari...

Thursday, August 6, 2009

Suami Terhebat

Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.

1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.

p/s: bukan memilih... tetapi kita dituntut utk memilih~
credit to my mum~ bersabarlah...

Tuesday, July 21, 2009

membuka pekung di dada....

kalau aku ceritakan semuanya kat sini.. seolah2 aku adalah sebuah tempayan yg mulutnya sentuasa terbuka.... dan yang pasti semua keburukan dan debu2 hitam bertebaran keluar di khalayak...dan sudah pastinya merebak di khalayak atau berterbangan di udara... ini sudah sepatutnya aku jaga. rahsia yg sepatutnya aku jaga dah terbuka....

dan aku telah kembali ke UIA n i'm so relief...
terlepas dari semua perkara...
aku tinggalkan semua masalah....
professional.
but not sekular...

berjumpa semula dgn ulama'-ulama'(scholars) PhD n masters....


dan aku tinggalkan semua resah ku
untuk bersamamu
aku pasrah dalam ketiadaan
biar hati sakit mengenang yang jauh
bukan bererti aku melupakan
hanya ingin lari dari sebuah kehidupan
>nuha text it<

Friday, June 19, 2009

KAYU MANIS CONSULTANT-SERI SUARAH GUEST HOUSE, IIUM Intergrated Multidiciplinary Project,2009

http://www.youtube.com/watch?v=FbflMScW6a8

thanks to all person that hardly contribute in the making of this video~

Saturday, June 13, 2009

nothing that always goes like we want~

kadang2 aku teringat balik mse sekolah dulu (sekolah rendah) pegsekolah dengan belanja RM1.00 dan kadang2 RM1.20..
bukan nak cerita tentang kesusahan tapi nak mengingatkan aku untuk bersyukur...
kalau pergi sekolah agama kadang2 x belanja langsung sbb kat sekolah kebangsaan dah terlebih belanja...
klu makan hanya guna 50sen dan duit kelas 20sen hanya tinggal 30sen.. boleh dapat kuih sebijik jer...klu x, minum air kosong bawak dari rumah jer la...
bekal? klu sempat jer...
tapi kalau lupa nak bawak botol air, cuma teguk air paip jer...

masuk sekolah menengah seminggu aku akan diberi RM10 dan kadang2 dapat RM20..
sebab aku dok kat asrama yang makan 5 kali sehari, kira duit belanja tuh cam x guna sgt... sbb biasanya time rehat aku dok kat library. x pon puasa sunat...
biasa la, klu dok asrama mmg selalu bangun awal kan...

bila dah masuk matrik, belanja jadi meningkat kepada RM100 untuk sebulan dan jumlah belanja yang digunakan biasanya akan bertambah disebabkan oleh perkara2 tertentu...
pada waktu ni.. perasan segan nak mintak duit dari mak ayah dah mula segan... sbb rasa diri da besar...tapi orang kata, selagi x berkerja atau berkahwin, makan pakai mak ayah yang tanggung... walaupun begitu, aku tetap rasa segan....

masuk U, nilai bertambah kepada RM50 seminggu. dan kalau dalam sebulan lebih kurang 4 minggu, maknanya sebulan RM200... dan nilai tersebut akan bertambah kalau ada perkara2 tertentu... dan semestinya aku segan lagi... PTPTN aku plak masuk lambat.. dah 2nd sem baru aku dapat PTPTN sbb ada kesulitan dalam borang aku... tapi aku bersyukur sbb PTPTN aku masuk lambat.. boleh aku beli laptop...

bila short sem, aku jadi lebih segan.... PTPTN banyak habis kat projek.... jadi, xde ape yg tinggal utk short sem.... tanggunga dari mak ayah jer... mungkin dusebabkan aku perempuan aku x rasa sgt... kalau aku lelaki mesti x tertanggung rasanya segan aku tu....

kadang2 aku rasa keadaan saja jer menyiksa aku... mintak duit lebih2... sedangkan aku x berapa mampu.... aku yang x mampu ni pun kadang2 segan nak mintak claim kalau sesuatu tuh sekadar 5ringgit jer... x per la.. kira halal... cuma niat utk tolong jer... kalau aku mintak claim... mesti nilai duit akan meninggkat... aku rasa cam susahkan org lain pulak...

cuma yg aku rasakan susah sekarang nih adalah.. aku cuma mampu utk bagi RM25 je out of RM30 sbb hanya tuh jer yang aku ada skrg ni..... untuk seminggu ni, belanja aku cuma RM5.. pandai2 la nak berjimat....

Wednesday, May 27, 2009

my.heart.is.totally.filled.with.broken.glasses


"Incomplete"

Empty spaces fill me up with holes
Distant faces with no place left to go
Without you within me I can't find no rest
Where I’m going is anybody’s guess

I tried to go on like I never knew you
I’m awake but my world is half asleep
I pray for this heart to be unbroken
But without you all I’m going to be is incomplete

Voices tell me I should carry on
But I am swimming in an ocean all alone
Baby, my baby
It’s written on your face
You still wonder if we made a big mistake

I tried to go on like I never knew you
I’m awake but my world is half asleep
I pray for this heart to be unbroken
But without you all I’m going to be is incomplete

I don’t mean to drag it on, but I can’t seem to let you go
I don’t wanna make you face this world alone
I wanna let you go (alone)

I tried to go on like I never knew you
I’m awake but my world is half asleep
I pray for this heart to be unbroken
But without you all I’m going to be is incomplete

Thursday, May 21, 2009

Mulitdiciplinary team building...~

huhu...
x sangka plak boleh menang 7-1 mse tembuilding nyer game kat taman metropolitan kepong hari tuh...
kekeke.. kelakar pulak bila ingat balik...
klu nak ulang pon sanggup...
paling x tahan kne jatuhkan diri atas kerusi yang tinggi.. cuak kot... rasa nak gugur jantung dibuatnya...
sbb kitorg grup first yg kene buat game tuh.. so kitorg jer yg kne jatuhkan diri dr kerusi yg tinggi tuh.. grup lain cam x kene pon...sbb pakcik mps tuh dah ambik balik kerusi2 tuh...
so, grup lain cume menjatuhkan diri dari kerusi bengkel jer...
hm... mmg x bajet nak menang sbb masing2 pun x kenal sgt pastuh main plak suke2 jer...
alhamdulillah la sbb menang....
KAYU MANIS HOT TO GO! H.O.T.T.O.G.O! YEAH!!!!!!

muke tersiksa jer...

burj al-arab

who's the longest???

sape nak masuk???

raba ape tuh anith???

nak main helikopter ni...

look at adnan!!!

wajah2 ceria!!!









Sunday, May 17, 2009

mylifehasnomeaning~

nenek masuk hospital lagi....kali ni kat GH...mak jaga nenek kat sana tiap2 hari...

dan hana...rse sakit hati, sunyi, geram n terasa amat susah.... knp hana x boleh buat sesuatu??? knp xde satu pun yg buat hana rse x terbeban dgn semua ni??? dan hana.. hanya mampu menagis...setiap kali~

Sunday, May 10, 2009

MULTIDICIPLINARY~

agak2 ade bunyik cam ala2 military x???
bukan.. xde kene mengena langsung nagn military...
multidiciplinary nih adalah suatu course subjek dimana individu yg terlibat adalah student2 dikalangan:
architecture department
landscape architecture department
apply art n design department (interior,industrial n consrvation)
quantity surveying department

projek: IIUM guest house
company: ade tapi KIV
working hour: 9.00am-6.00pm (klu missed kne replace)
gaji: xde (kua duit lg ade la..)
overtime: 3 minggu sbl dateline projek
dateline: 5th June 2009

Thursday, May 7, 2009

x sudah-sudah....

lepas maghrib hana g turun beli makan... sambil tguu nak beli makan tuh hana tepon mak jap.. saje la tanya khabar... dalam hati tuh teringin nak cakap ngan intan... mak kata adik da tido.. hana saje la tanya pasal mak punya keje.. n sebagainya.. tepon pakai public phone yg kat cafe tuh jer... lepas makanan dah siap hana balik bilik sbb beli bungkus jer..

masa balik hana nampak bulan.. terang... teringat pulak kat lagu amy mastura dalam cerita puteri impian.. hari ni aqis balik pegi tgok ayah die kat hospital... semoga ayah die baik2 aje... hana sorang kat bilik.... satu hari ni.. x buat ape pon.. dok kat bilik jer layan citer taiwan; my best pals...

kat bilik, hana makan sambil tengok citer my best pals... nak abeskan last episod.. abes makan, hana dapat msg dr adik kat umah.. adik cakap... mak ngan ayah gaduh lagi... serta-merta airmata hana jatuh x henti2.. hana x tau nak citer kat sape... aqis x balik lg... hana risaukan adik2 kat umah.... ape la yg drang rase skrg ni... mesti intan yg tido pun terbangun....

hana da x tahan.. hana da xsanggup... hana sedih sangat.... hana takut sesuatu yg buruk kan berlaku... hana x nak ingat sume tuh.... hana rasa mcm x nak balik umah... hana takut nak balik umah... tapi hana risau kat adik2...

Ya Allah, aku hanya mampu berdoa agar semuanya baik2 je... aku x mampu nak buat apa2... aku buntu nak cari jalan keluar.. aku hanya harapkan pertolonganmu...
y allah... hanya Kau tempat aku mengadu... aku harap engkau satukan keluarga kami.. limpahkanlah keluarga kami dengan kasih sayang.. agar kami dapat saling memaafi...
ya allah.. aku sayanh ibuku.. aku sayang ayahku.. aku sayang kedua-duanya...
aku sayang adikku... aku sayang mereka...ya Allah...

terselit di dalam kiub oren~

hari ni hana kesiangan keseorangan dalam kiub berwarna oren...
kerusi kaler oren...
lemari kaler oren...
langsir kaler oren...
lantai kaler oren(soft2 gitu~)...
box kat bawah katil kaler oren...
cadar aqis pon ade kaler oren...

jadi la environ yg serba oren dengan pembiasan cahaya dari luar tingkap yg menjadikan bilik ini keorenan...
dan akhirnya... bilik yg keorenan ini membuatkan hana rse kemengantukkan yg agak2 serba oren gitu~

ZZZzzzZZZzzz

Wednesday, May 6, 2009

Kata-kata kufur...

sedihnya.. 3 hari kami 7 org dok ulang alik pegi office general studies nak tanyakan pasal subjek UNGS...

Isnin - 11pg dah datang die suruh datang balik pukul 2
pukul 2 kitorg submit form
Selasa - pkul 9.30 ktorg datang die suruh datang balik pukul 4
pukul 4 xde ape2 keputusan.. kitorg pun balik
Rabu - pagi kitorg dah datang...tapi die kate dah key in sume sbb die da janji nak bukak satu section utk bdk KAED...
hasilnya kitorg datang petang.. terpaksa pasrah yh kitorg hanya amek INTERGRATED MULTI DICIPLINARY jer sem nih.. berkredit hourkan 3 jer... kami balik dgn perasaan yg kecewa n putus asa... semua ni bukan di bidang kuasa kami...
(mungkin ada hikmah disebalik semua ni...)

dah lah sem lepas punya penyesalan pun x habis lagi.... klu bg org lain mungkin mereka menyesal sbb lakukan dosa... tapi hana rasa menyesal sbb x lakukan dosa... hana dah berikhtiar... hana tahan diri hana utk x meniru mse quiz... tapi ape yg hana dapat mase final??? hana ade subjek yg boleh sbbkan pointer hana jatuh merundum... dahsyat sangat.. hana rse kecewa.. mse xm final hana stuggle betul2 n hana sgt yakin yg hana boleh buat paper tuh... tapi bile result kua.. hana rasa sangat kecewa...
(mungkin ada hikmah disebalik semua ni...)

masalah yg kat umah tuh x usah nak cakap la... terus terang hana kata hana ade family problem yg libatkan mak ayah... hana x nak pikir bukan2 sebab hana x nak semua tuh terjadi.. hana berdoa agar keluarga kami bersatu... dengan nenek yg sakit...
(mungkin ada hikmah disebalik semua nih...)

masa nak amek short sem pon hana terpaksa yakin kan diri hana xde ape yg boleh menghalang untuk amek short sem.. sekalipun ade masalah kewangan sbb sem ni hana ade multi disiplinary...nak amek short sem perlukan byk kommitmen.. duit belanja... utk projek lagi... duit untuk projek bukan sikit.. sedar x sedar duit mengalir je... sekali pon x macam niagara falls... macam sungai gombak pon ade.... hana klu boleh x nak susahkan mak ayah... kesian..
(mungkin ada hikmah disebalik semua ni...)

sekarang ni mak ayah g kerja...klu dulu ayah sorg jer yg pegi keje... pendapatan mak ayah pun rse2 x sampai 1000 sebulan... hana ade apply zakat.. tp x tau dapat ker x...
mak kata.. nasib baik duit air free... kne bayar letrik jer... tapi duit rumah pon kne byr jugak... kereta dah xde.. sbb dulu kereta yg ayah pakai tuh kereta company... skrg ayah da x keje kat situ lagi.. kereta pun xde la... bergantung pada motorsikal jer skrg...
(mungkin ada hikmah disebalik semua ni...)

klu org lain boleh amek lesen dgn duit mak ayah.. beli laptop dgn duit mak ayah.. byr yuran ipt pon dgn duit mak ayah... tapi hana nak semua tu terpaksa guna duit sendiri.. mujur hana belajar dekat uia gombak jer.. x pergi jauh2 so jimat duit transport.. klu org lain mungkin akan kata.. ape la.. x g mne2 pun dari kecik sampai besar dok kat gombak jer... tapi hana pedulik ape... biar la... ade reason knp hana buat camtuh...hana cuma x nak susahkan mak ayah jer...
(mungkin ade hikmah disebalik semua ni...)

hana kne redha atas semua yg terjadi.. jadi lebih bersyukur krn masih diberikan peluang... rasa insaf akan kegagalan.. tapi hana x sanggup... seolah-olah ujian nih terlalu berat buat hana... hana hanya mampu berdoa jer pada Allah agar Dia permudahkan segala urusan... dibukakan kepada penyelesaian yg pasti dan yang paling penting yang buat hana jadi insaf dan lebih kuat imannya... tapi hana terlalu lemah... tiang tempat hana berpegang terlalu licin buat hana... setiap kali berpegang padanya.. hana hanya akan tergelincir...

hana x nak buat kesilapan.. sbb hana takut menghadapi akhirat... hana x sanggup nak ucapkan kata2 kufur.. seolah2 hana x bersyukur.... hana sabarkan hati hadapi semua ni walaupun kadang2 hana rasa x puas hati n x adil.. tapi hana harus percaya yg kuasa Allah menetukan segala-galanya... Hanya Dia yg berkusa atas segala Qada n Qadar...

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yang hening
Melainkan dengan bermunajat kepadaMu
Tiada indah suatu hari yang aku lalui
Kecuali dengan patuh kepadaMu
Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
Melainkan berzikir dan menyebut namaMu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
Kecuali dengan keampunanMu
Ya Allah Tuhanku
Yang merubah kalbu
Tetapkanlah hatiku
Moga sentiasa dalam agamaMu
Jua taat akan perintahMu
Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti yang pernah Kau berikan
Kepada umat yang terdahulu dari kami
Tuhan
Jangan pikulkan kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah dosa-dosa
Rahmatilah kami

Devotees - Tika Dinihari

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau tersalah. Wahai Tuhan kami! Jangan bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau telah bebankan orang-orang terdahulu dari kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak terdaya kami memikulnya.Dan maafkan kesalahan kami serta ampunkan dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yg kafir."
( Surah Al-Baqarah, ayat 286)

Hari ke-3...

hari ni dah masuk hari ke tiga hana tunggu result utk open class utk subj UNGS2050 (ethics n fiqh in everyday life) university requirement nih~ klu x amek skrg bila lagi nak amek.. x kan nak ngadap multi disiplinary jer short sem nih~ x tau la dapat ker x... hana harap sangat die bukak kelas baru... sbb hari tuh yg apply manual pon cam ramai jer... tapi x tau lagi... berserah jer kat Allah supaya dipermudahkan segala urusan...

risau jugak nih.. dgn groping utk multidisiplinary nih = jumaat nanti baru tau saper officemate (ceeewah!!!) hehehe... ntah sape2 la patner satu studio hana nanti... bosan jugak la dok menganga kat bilik.. tadah taik cicak jer dok kat katil...

bukak internet pon dah cam x tau nak buat aper.. dok layan quiz kat facebook jer la...oleh kerana da selalu sgt buat quiz kar fb..n boleh dikatakan agak cemerlang jugak la menjawab quiz2 di situ sampai quiz kat kelas pon da x reti nak buat (kekeke).. mengarut jer...

aqis o aqis.. die cam biase.. gelak sorang2 tgok citer bad family.... lantak die la... terasa macam org gila pulak kdg2 sbb cakap sorang2.. huhu.. hana da gile~ tulun2!!! ade urang gilak kat sini...

intan... (aka insyirah aka adik yg last sekali) cam rindu plak kat die.. rindu kat celoteh mulut die y membebel x henti2 tuh...kekeke

Monday, May 4, 2009

Rinduku terhenti~



wah~~~ hana suka sangat lagu nih...
suke jgak tomok menang..
hana rse terkilan sgt klu tomok x menang...
terer la tomok...
hana x vote die pon die bleh mng..kekeke

hana suke tengok klu faizal tahir ke...
Lan (meet uncle hussien) ke..
tomok dalam oiam....
nyanyi dengan penuh semangat.. seolah2 lagu tuh sampai pada pendengar
seolah2 tak akan berpeluang untuk nyanyi lagu yang sama pada pesembahan yang lain...

I REALLY ENJOY THIS SONG~
~^_^~ (airmata gembira)

Sunday, May 3, 2009

Bermula episod baru...

skrg nih hana dah stat first week utk short sem...
balik umah???
mmg best.. tapi ade problem yg x selesai...
malas la nak pk pasal problem tuh...
nenek masuk hospital lagi...
kali nih pasal sesak nafas..
nenek da tua x mampu nak bergerak dgn cergas..
jadi nenek perlu lebih rehat...
sbb tuh nenek masuk hospital lagi hari tuh... hospital serdang...
mak hana kata tahap kebersihan hospital serdang SANGAT TAK BAGUS...
klu dekat hospital selayang, klu makanan jatuh kira selamat lagi untuk dikutip(biasa budak2 jer yg buat perkara nih kan...) tapi kat serdang.. baik jgn kutip.. silap haribulan.. visitors yg kne masuk wad pulak...
tandas pun sama... menjijikkan...
doktor plak cuai...
nenek hana jatuh katil semasa doktor sdg periksa nenek...
doktor ade jer masa tuh...
dah la nenek baru lepas pembedahan kat tulang pinggul die...
mesti sakit nenek dikerjakannya...
wah.. penatnya~~~ longgar skru2 yg ade kat badan...
knp mahallah ameenah suka tukar2 kan resident die kat blok lain???
susah la.. setiap pertukaran sem mesti nak tukar bilik...
mesti nak kne kemas barang.. x bleh ade permenent blok ker cam mahallah lain??
x kisah la nak tuka bilik pon.. tapi x bleh ker bagi blok yg sama.. penat la cam nih...
kesian k. arina... dah la dulu blok c kne tukar blok f. jauh betul...
pulak tuh.. blok tuh dah la belakang batu besar yg gedabak...
terpencil pulak...
tapi x pe.. akhirnya dapat gak satu bilik ngan AQIS!!!
tapi WAFA'!!! kite terpisah lagi.. x dapat nak main the sims kat bilik die dah..
pulak tuh kat tingkat 4...
hana kat tgkat 3... blok g jugak tapi wing lain... ish3!!!
patutnya makin senior nak masuk 3rd year nih bleh la dapat bilik bawah2...
tp ok la... selang seli..
TAPI PENAT TAU SETIAP SEM ASIK NAK KNE KEMAS BARANG JER!!!!!

Friday, April 17, 2009

Warta Bestari: Blog SMKSP

kepada student2 SMKSP yg pernah kenal hana, sblm hana cuti ni hana nak ajak korg sume join blog ni:
http://smksungaipusu.blogspot.com/
hana pun x tau sape admin die..
tapi jemput2 la ye~
kita eratkan ukhwah...

Selamat Akhir tahun sesi 2008/2009!!!

11:00a.m. Jumaat, April 17,2009
pada tarikh tersebut, tamatlah sudah 2nd year 2nd sem hana ade kat uia...
dan akan bermulalah juga perkiraan baru bagi hana untuk melangkah ke 3rd year...
dimana hana merasakan yang graduation day makin menghampiri walaupun hana harus melengkapkan lagi 2 tahun... terasa tua pon ade gak nih
~>.<~waaa!!!!
jgn sedih... kat sini ade sikit jamuan~

3 biji takoyaki octopus dan sekotak sushi
a.k.a
3 biji tako-tao octopus dan sekotak sashimi
(makan sorang jer)
lepas jer xm landscape resource planning hana terus bergegas ke jusco kerana begitu teringinkan dua benda diatas~ dah lama terasa kat hujung lidah tapi x dapat2 sampai kat tekak... sampai termimpi2~ apelaaa....=P
bercakap pasal subjek landscape resource planning.. xm last sekali tuh... Ya Allah.... x tau hana nak cakap ape... masing2 yg kua dr KAED Gallery sume mengeluh... pastuh ade seorg rakan tuh menceritakan kepada hana ade la sorang mamat yg repeat subjek ni cakap...
" macam ade potensi aku repeat lagi jer subjek nih"
wa!!!!! jgn la cakap cam tuh. hana da risau da... byk yg x dapat buat~
risau! RISAU! risau! RISAU! risau!
huhu....sekarang nih hana hanya nak merisaukan apakah result yg bakal hana terima...
huhu.. esok balik umah dah.. cuti 3 minggu....
walaupun baru lepas makan sushi n tako-tao...
teringin nak makan masakan mak pulak~
teringat nasi bungkus yg mak kirimkan sewaktu minggu xm bermula dulu...

simple je kan...
walau x mewah macam yg atas tuh tapi tetap jugak sedap...
sbb tu air tangan mak hana!!!
mak, hana saaayang mak!
hana nak balik ni~ esok mak jemput hana ye!
mak kata "ok!!!" dlm nada ceria...
"pukul 10pagi tau! jgn baru nak bangun pulak.."
hehehe....

>>>>> ~^_^~ <<<<<

Thursday, April 16, 2009

In the becoming of last exam...

hana habis xm 17/4 n berkemungkinan akan balik ke rumah keesokkan harinya...
nak berkemas... sbb sem depan amek short sem.... sem pendek yg ade multi disiplinary..
nak buat ape yer kat umah??? Aqis da janji ngan hana nak berkompromi mencari duit poket sendiri... cukup la klu setakay nak buat beli makan... klu untuk projek, nak taknak terpaksa jugak mintak kat mak ayah...
terlanjur bercerita... hana mungkin x updade blog ni dalam 3 minggu sebab kat umah x der talian tenet... talian telefon kat umah tuh pun bleh terima panggilan jer.. tapi x boleh panggil keluar... kat uia ni, dah nama pun wireless...hana x perlu lg nak g cc utk ke internet.... so, hana dah jimat kat situ... tapi biasa lah.. line bukan selalu elok... n pon dapat tempias dr block central facilities... sbb bilik utk sem ni dekat ngan blok tuh... cuba kalau bilik hana berpindah tahun depan ke tempat yg jauh dr internet.. hana berkemungkinan x de la lagi nak layan bende2 internet cam ni lagi... sbb nanti dunia internet hana cuma di studio jer la... klu kat bilik terpaksa jugak la pergi cc... xpun turun kat cafe... xper la... redha je dgn takdir tuhan... klu die gerakkan hati kakitangan hostel utk letakkan kitorg kat blog yg sng dapat internet... alhamdulillah.. sbb dalam kegawatan short sem nak menghadapi multi disiplinary lg... hana mungkin x berpeluang utk blogging dengan lebih kerap...dan berkemungkinan jugak akan dibiarkan x berpenghuni... n biasala... virus pun akan bermaharajalela beranak pinak kat laptop nih sbb x dapat nak update selalu...
hana pun dah dapat spirit nak study utk last xm nih subject: landscape resource planning... ~^_^~ doakan hana berjaya ye!!!amin~~

Monday, April 13, 2009

~Pening....


Entah la...
hana pening sgt dgn keaaan yg berlaku skrg ni..
hana nak xm...malas nak ambik tau ape yg berlaku...
hana doakan semuanya kembali spt biasa...
Ya Allah.. hanya Kau tempat aku mengadu~

Sunday, April 5, 2009

~xm~XM~xm~



my xm slip

for iium students... we've starts the xm week.. skrg ni dah rasa environment xm kat iium... somthing like seram sbb kaed mula mengosong... n feel tergesa-gesa dgn student2 yg lalu lalang dan suara2 ini akan kedengaran...
"ko da baca?"
"banyak x yg ko baca?"
"aku x tau ap yg aku baca"
"aku redha jer ape nak jadi"
"ei.. takutnya~"
dan yg terasa diri hebat sgt2 akan tersenyum2 kambing jer bila mendengar ayat ni...
tapi yg paling menyakitkan hati apabila ada yg berkata...
"aku dah baca habis..." dengan girangnya..
tapi tabahkan hati krn.. macamla kita x prnah xm sebelum ni...
xmati pun klu masuk xm hall tuh...
x pun tarik nafas dan menjauhi org2 yg suka bad talking setiap kali nak xm..
sbb perkara tu akan membuatkan kita hilang confident...
hana x brp suka la bila still jugak nak baca notes 1 second b4 entering the xm hall sbb hana takut sgt klu hana terbaca yg x nasuk sbb mesti la da buat prepparation sbl masuk... n bacaan yg masuk kucar kacir akan buatkan bacaan yg tenang jadi bercelaru...
hana bukan pandai pun...
klu x study xdenyer nak dapat good marks.. klu rasa letih berhenti...
n dapat full attention bila hana dah rasa cam i must study b4 its too late
dari tadika sampai masuk u.. hana bukan org yg superb walaupun study separuh mati...
mayb i got better mark for subject yg out of xm...tapi bila result xm... hana selalu dapat yg atas pagar kpd A sipi2 jer kdg2...
yg penting...
hana belajar utk cari redha Allah...
hana belajar utk parents
hana belajar utk jadi contoh kpd adik2
n hana belajar utk diri hana sendiri
masa depan hana


p/s: kadang2 hana terfikir... hana menyesal sbb jujur dalam tests/quizes...

Saturday, April 4, 2009

projected the unprojected....




this is the final product to shows on the external portfolio day...
mse internal arituh x sempat kaler section sbnrnye....
pastuh sedih sgt biler my studio lecturer kata ade 6 person to b eliminated from us..(cam oiam plak) hopefully it was'nt me.... klu studio pnyer grade turun pun da separuh mati risau... i hope for B but we'll see... what happen next... nobody got A for my studio... x nak C!!!!!!

~aku jatuh cinta....

a study on AUP1121 Islamic Urbanism


aku jatuh cinta pada tanah haram Makkah al-Mukarramah
penuh keberkatan penuh keinsafan
bandar kelahiran Nabi Sallallahu alaihi Wasallam
aku jatuh cinta pada Madinat al-Munawwarah
pada Nabawi masjid nabi
Permulaan pada perkembangan dunia Islam
dari ad-din, madinah ke tamaddun

aku jatuh cinta pada Mawlay Idris akan doanya untuk Fez
bandar dibina bukan untuk kebanggaan
aku jatuh cinta pada al-Hambra
laman yang tertutup untuk puteri-puteri istana
pada ukiran nama Tuhan ku di dindingnya

aku jatuh cinta pada bandar Baghdad
pada Basrah yang penuh sejarah amir Umar Al-Khattab
di muara sungai Tigris Euphrates
aku jatuh cinta pada the four gates or rounded city
digelar Madinat al Salam bandar penuh ketenangan
oleh abbasid Abu Jaafar al-Mansur
dengan masjid sebagai titik pertemuan

aku jadi bertambah cinta pada-Mu ya Allah
pada ilmu yang telah Kau turunkan kepadaku
kepada ummat sebelumku
dan selepas dari ku.
pada Al-Quran yang Kau turunkan
rujukan buat sepanjang zaman

aku jadi cinta akan kedamaian
aku jadi cinta pada kebaikan
aku jadi cinta pada nabi nabi yang kau utuskan

Kau ciptakan dunia penuh keindahan
kerana keindahan itu juga milikmu
Kau ciptakan ilmu luas meliputi semesta
kerana ilmu itu datang darimu
kau ciptakan manusia dengan akal fikiran
kerana akal yang kau berikan agar aku berfikir
agar aku sujud pada Pencipta ku...

Tuesday, March 31, 2009

Exausted~

akhirnya berakhir sudah sebuah penantian yg amat panjang.... lepas ni hana berserah kpd Allah atas takdir yg telah ditentukan olehNya utk hana... perasaan bercampur baur.. atr sedih, gembira, kecewa n benci... hana letih dgn semua ni..hana sndiri nak cari jalan keluar utk semua masalah ni tapi hana buntu~ hana seolah-olah hilang arah n kelam kabut... sem pendek nanti ad multi disiplinary.. hana x tau nak cari kat mana sumber kewangan... nak harapkan parents.. kesian kat adik2 yg lain... adik2 plak dah rindu sgt ngan hana sbb da lme x balik.. setiap kali jumpa hana peluk n cium x pernah lupa... sama dgn mak... mak pun rindu kat hana.. kesian kat hana... tapi hana nak buat camner.. hana lemah bila balik rumah.. sedangkan kan kat u pun hana da hilang kawalan perasaan.. hana kecewa bila balik rumah... sakit hati pun ada.. tapi apa hana boleh buat.. sbb hana sendiri bergantung padanya... hana betul2 perlukan part time.. lepas xm.. cuti ade 3 minggu... hana nak keje jugak... mse multi dip hana x kira penat atau x.. hana tersgt2 perlukan duit.. tadi hana balik rumah.. tu pun balik hari.. sbb malam nanti hana nak kne g kaed nak repair board utk external portfolio... hana balik sbb hana xde duit... klu makan sini.. paling kurang rm4 abes.. baik hana balik rumah.. tambang rm1 n balik berhantar... dapat jumpa family lg... pastu mak kata nak kne g hospital ptg tuh tghk nenek kat hosp... nenek patah kaki sbb tergelincir.. sampai hosp mak tepon hana kat umah.. nenek nak cakap... tapi hana mengantuk sgt waktu tuh..cakap pun mamai... dalam percakapan nenek tuh nenek seolah2 nakkkk sgt jumpa hana.. tapi hana rse cam malas sgt.. mak n ayah pun suruh jumpa nenek kat hosp.. lama cakap ngan nenek kat tepon.. pastuh aku sedar .. ape lah salahnya aku g jumpa die kat hosp.. dalam pada tu air mata aku mengalir.. nenek kata.. bukannya aku nak mati dah... lagi aku sedih.. mak cakap datang la ngan ayah... ayah kata pukul 4 ayah bwk.. insyirah pun ikut... nenek mmg la boleh cakap cam tuh.. tapi org lain pk yg bukan2.. die seolah2 nk jumpa semua org.. sape yg die x nampak lagi semua die tanya.... pastuh mak kata nenek selalu cerita pasal kisah dolu-dolu die... mana la kitorg x risau...
malam ni hana nak sambung utk external plak... tanpa tidur yg sempurna.. hana terpaksa teruskn walaupun terasa siksa...

Wednesday, March 25, 2009

Hilangkanlah segalanya....

saaangat suka lagu ni!!!

Farahwahida-hilangkanlah segalanya

Semudah cukup hatiku dilukai
sekian lama rasa tak dihargai
sampai bila harus aku menanti
saat indah setelah dikau pergi
inginku hapus semua
rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin sakit lagi

hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin lara lagi

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin sakit lagi

hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin lara lagi

hilangkanlah segalanya

ku menanti saat sinar mentari
ku menanti cahaya dalam hati
inginku gapai bintang yang gemerlapan
agar terang jiwa yang kegelapan
inginku hapus semua
rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah

Sunday, March 22, 2009

~part time....~>.<~

lagi dua minggu lebuh nak xm dah.. pastu masuk short sem.. yg risaunyer ni masa short sem la... duit xde....nak mintak kat mak ayah.. segan la... dah la mse tu nak pakai byk duit.. ade multi diciplinary~ mak ayah x mampu kot rsenyer nak supportt tiap2 bulan... dgn byk pakai duit lagi... wa!!! sedihnya.. risau ni, risau!!! ape hana nak buat... nak jugak cari part time ni... tapi nanti takut xde masa... letih x payah kira la.... klu da terpaksa hana x kisah letih ke x... tapi susah.. klu nak bergantung pd public transport jer.... hana x reti bwk motor apatah lg drive... hana tau naik public transport jer~ tu yg masalah tuh....ape hana nak buat ni~ hana buntu sekarang~~

Saturday, March 21, 2009

~~Nak jugak!!~~


walaupun sibuk rasa cam nak cerita jugak... wa!!! minggu depan jer lagi nak project submission.. design form pun x de lagi.. kat luar hujan.. makin malas rasenye nak buat... ish3!!! hana dah buntu.. ade x yg bersimpati nak tolong hana design kat tanjung malim ni???

siang tadi crit ngan dr. aniza... site hana kecik jer.. muat2 A1 kecik sket... org lain sampai satu A0.. hana dah risau ni... tapi x pe.. hana try pk dari sudut +ve... hana nih skrg tgh sengkek.. so macam tau2 plak hana ni sengkek site pun xde la besau.. nanti nak photostat pun jimat la sket.. klu org lain nak kne photostat A0 hana photostat A1 jer... hana pun bersyukur la jugak.. tapi yang masalahnye skrg nih nak pk activity kat site ni... dah la kecik.. hana x tau nak letak ape lagi nih ~~('o')~~ waaa!!!!! sape nak tulun nih???? ish3!!!! lapar la pulak.. dah la ujan kat lua tuh...

Wednesday, March 18, 2009

Art or vandalism???



For me, graffiti is one of the urban expression done by the youngsters.... they express their thought, something that appear in their mind and their idea in the form of wall sprays... but, is that the proper way to express an idea or thought? do they have an alternatives in expressing their talent? one of the graffiti that can be seen when we stand on the pasar seni lrt station had been cleared off... i do walk around dataran merdeka n i saw this on a back facade of buildings near to the meeting point of the two rivers~ i'm giving this issues here because i think they should be given an opportunity to presenting their thoughts and ideas at the proper place....

Monday, March 16, 2009

KL Drift...

yang sebanarnya hana g masjid jamek sebab nak buat case study..oleh kerana nakkan gambar di kwsn2 yg sewaktu dengannya hana ngan yg lain2(ais, k.liyana n k.aniza) pun sampai kat dataran merdeka... sampai kat panggung bandaraya, ingatkan ad shooting ker.. nak jalan pun serba salah.. rupa2 nye ade sambutan hari wilayah kat sini.. sde la beberapa aktiviti yg berlangsung..

kitorg pun berhenti la kejap tgk drift... cam best jer....



then, hana found this stuff, so....hijau! I LIKE!!! in n out sume hijau...


so cute la...macam buttercup jugak...

Sunday, March 15, 2009

I am very satisfied!!!!!!~^_^~

rasa cam nak bgi free hug kat sume org~
Friendster Graphics
Friendster Layouts - Myspace Quotes - Myspace Surveys

puas rasanya bila da siap keje yg tertunggak selama nih.. cuma nak tmbh gambr title, credits, map n touchup sket2 jer... xyah kaler la.. nampak formal sket...
pastuh sok photostat A5 map 2 ketul... n print gambar kat cc ameenah.. mahal la kat situ 2 kali ganda drp biduri kualiti sama jer ngan baiduri punya.

pastuh pagi dalam pukul 10 razanah suruh kumpul kat depan bustop Asma' n kitorg bertolak g masjid jamek.. asimen lagi~ tapi yg ni untuk Islamic Urbanism nyer class. penat.. tpi puas.. walaupun x dapat ikut skali g trip.. tapi boleh reht.. drng kata...prof mawi kasi asimen bru plak utk subjek ALA2233-Landscape Resourse Planning... waaa!!! ~>.<~ nages dah...

walaupun malam ni (pagi la.. pkul 4 dah..) keseorangan di studio yg luas n dalam hati berkemungkinan yg bukan2 serta sering memandang ke depan pintu... dengan harapan hati akan tenang bila nampak org lalu lalang~ ade org ker?? lagi2 hari minggu ni...memang ade tapi x ramai cam weekdays... hana berusaha jugak untuk siapkan (habis tulis)... dengan memasang radio yg menyumbatkan telinga n pasang sekuat2nya agar hati x resah pada perasaan bahawa akan adanya kehadiran entiti2 yg x dikenali untuk menemani hana buat keje....

argh!!! x yah teman la... cari org lain jer!!!! hana byk keje...sibuk jer nk teman org...

mengambil kesempatn akan ketiadaan orang... ape lagi landscape arcitecture studio hana tukar menjadi recording studio atau karaoke jamban kt timesqure tuh~ mengikut setiap bait2 lirik lagu yg dimainkn di radio.. sambil terkadang hana gelak sendiri bila dgr celoteh drama sebabak oleh aznil n din beramboi di rdio era...

bila hati semakin mengikut rentak yg musykil akan kehadiran entiti yg berkenan tuh... hana pun tukar radio ikim plak... dengar lgu2 nasyid walhal hati berkeinginan menjamah telinga n menenangkn hati dengan alunan ayat2 cinta Tuhan... siap ade sesi beljr bhsa arb yg dh lama hana tinggalkan sejak F4 lagi, sambil tangan bergerak menyiapkan kerja yg sepatutnya dah dihantar hari jumaat lagi~

akhirnya siap jugak kerja yg tertunggak tuh~ buat sorg2 lebih cepat siap dari ade teman yg menyebbkan hana terasa cam nak bercakap n berjalan sana sini~ hana pun ksi msg kt im... "im, ko lama lagi ker? ak ade kat lua studio ko ni..."
pstuh im dengan x membalas msg hana, die kua... n mengajak aku masuk ke studionya yng best giler sebab ade spce yg boleh bring2 atas lantai...cam rumah kot~ beserta softboard yg telah di modified menjdi sebauh meja sebesar meja makan yg boleh letk 8 kerusi...

leha mintak tolong download antivirus n sekrang menunggu antivirus bertindak meneroka segenap inci system laptopnya n setakat ni ade 2 kecelaan yg berpnca dr virus bongek yg x henti2 nak kacau keamanan manusia yang melayari lautan internet(bukn tu je aktiviti virus tuh sbnrnya)...

namun begitu~ hana masih lagi berasa sangat senang dengan hari ni~ happy but so-so...
mhu senum lebar2 (^________________^) n sedikit terharu sebagai pemanis rasa... ~^_^~
sgt sweeeet nanges camtuh!!! nak nanges camtuh jugak...

Saturday, March 14, 2009

~ i'm left behid~ sdih....x dapat g trip~>.<~

i felt so sad... tertinggal bas? bukan sesuatu yg bermain di fikiran hana setiap kali ade trip~ pastinya hana da prepare utk trip tuh.. baju yg da gosok... handphone n camera dah fully charge.. item2 yg dalam h.bag yg akan hana pastikan takde satu pun yg akan tertinggal bila g trip nanti~

unfortunately... x dpt pegi jgak!!!! fuzah da call byk kali n hana nyer ringtone utk msg n receive call pun bukan pendek.. panjang!!! tapi x dengar jugak...

malam td dalam lebih kurang pukul 4.30am baru balik dr studio.. make all the preparation n tido~ penat sgt ke sampai x ley nak bangun???
subuh pun tinggal...

masa kat studio malam tuh da rse cam nak tggu pagi br nak balik.. tapi k.giha tny "nuha nak balik x?? klu nak balik gtau eh!!" sebab kesian kan k.giha yg mengantuk tuh hana pun buat keputusan utk balik lepas habis menggaris board yg kedua~

hana da berangan-angan da sblum tdo.. mesti best bile g sne~ tapi... ish3!! sedih la.. susah nak cakap...

n masa tido plak hana mimpi main baling coin ngan pidok, syimir, faiz, lela, yati, apip saupi, ngan k.liyana~ ape kene mengena drang tuh ngan ape motif main baling coin tuh ngan nak g trip pagi esok??

jawapannya: x dapat pegi trip..

bila bangun2 da pukul 10 lebih... dalam perasaan yg terkilan.. hana pun call fuzah menagis-nages...~>.<~ tapi nak buat camner.. xkan nak suruh bas tuh patah balik~
mungkin ade hikmahnya hana x dapat pegi trip kali ni.. n hana pun berenti nanges...

redha yg bersarang di hati~~~

Wednesday, March 11, 2009

Kehidupan yg mengetat...

hanya bangun.. makan.. kelas.. dan stayup...(internet sikit2)

ada masa?
rasa2nya xde sangat kot..
ada pegi jalan2?
xde kot~ jalan kaki dari mahallah ke kulliyyah...
ada shopping?
ada istilah shopping ke bila duit hanya untuk projek...
duit ptptn?
mengalir cam niagara falls
balik rumah?
sepanjang semester ni hanya 3 kali...(untuk org y rumah dekat cam sy x relevan!)

apa ada dalam hidup ku? hanya dinding putih tanpa lagu...
knp lagu? sebab lagu akan memantulkan kembali gelombang yand mengenai permukaan dinding.. tapi danpa lagu... sepi dan kosong...
menari? hanya gelengan kepala...
melompat? medula oblongata yang memaksa...
berjalan? selalu seperti yang di atas...
makan? harus... tanpanya aku x bergerak...
kesakitan? xpernah lekang dari badan....

nabil kata: lu pikirla sendiri!!!

Tuesday, March 10, 2009

Prayer made by Mawlay Idris Al-Azhar, the founder of Fez before beginning of construction.

Dalam kelas Islamic Urbanism dan kelas Urban Design, kami ada dijelaskan oleh pensyarah tentang doa yang diucapkan oleh Mawlay Idris Al-Azhar (planner) pada abad ke-8 masihi, the founder of new town Fez in north west Africa.
Dimana beliau telah mengucapkan doa ini before the beginning of the town construction:

" Oh my lord, You know that I don't intend by building this city to gain pride or to show off, nor do I intend hypocrisy or reputation or arrogance, but I want You to be worshipped in it; Your laws, limits and the principles of Your Quran and the guidance of Your prophet to be upheld in it, as long as this world exists.
Almighty, help its dwellers to do righteousness and guide them to fulfill that.
Almighty, prevent them from the evil of their enemies, bestow Your bounties upon them and protect them from the sword of evil. You are able to do all things."


Apa yang menarik tentang doa tersebut adalah dalam melakukan sebarang kerja kita tidak harus sekular kerana kita tinggal di bumi-nya dan apa2 yang berlaku harus dimulakan atas nama-nya dan berakhir dengan redha-nya. bukan seperti tamadun2 yang bangkit dengan gah, dengan pencapaian yang amat membanggakan yang akhirnya musnah kerana bongkak dan takbur. sebagai contoh, tamadun Mesir purba, kaum Nuh, kaum Luth, zaman kegelapan dan macam2 lagi. cukuplah bagi mereka akan pengajaran yang diperolehi di dunia untuk pedoman umat2 yang akan datang. walaubagaimanapun, adakah kita mampu memikul tugas berat untuk menyediakan yang terbaik untuk kepentingan orang ramai. kita bukan utopian dreamer yang mampu menyelesaikan segala masalah yang timbul kerana every solution creates another problem, tapi kita mampu untuk meminimakan maslah tersebut... tiada siapa pun yang sempurna.

Mawlay idris Al-Azhar telah merancang sebuah bandar bukan untuk pangkat, nama dan penganugerahan tetapi untuk mencari redha Allah dalam melakukan tugasnya dan untuk kepentingan orang ramai. Di dalam doanya, beliau juga berharap agar penenduduk yg menduduki bandar itu tidak lupa akan Yg Esa dan berharap agar Allah melindungi bandar tersebut agar ianya aman. Berikut adalah sedikit sejarah tentang perkembangan Fez, the fourth largest city in Morocco.



Fes is one of the four so-called "imperial cities" (the others are Marrakech, Meknes and Rabat). It is separated into three parts, Fes el Bali (the old, walled city), Fes-Jdid (new Fes, home of the Mellah), and the Ville Nouvelle (the French-created, newest section of Fes). The Medina of Fes el Bali, the largest of the two medinas of Fes, is believed to be the largest contiguous car-free urban area in the world. Fes el Bali is classified as a UNESCO World Heritage Site. The University of Al-Karaouine was founded in 859 A.D. and is the oldest continuous operating university in the world.



Mengikut carian saya di internet, terdapat beberapa laman web yang mengatakan Fez kini populated by Jews. Hakikatnya, Fez masih lagi didiami oleh sebilangan besar umat Islam dan sebahagiannya adalah Jews.Hati-hati dengan carian anda kerana anda mungkin terpedaya oleh musuh Islam yang mahu menyeleweng akan fakta tentang Islam


Monday, March 9, 2009

Prof. Mawi class of Landscape Resource Planning

19/2/2009
Kalau tak diajak mmg x tau pun kat UIA ada air terjun. lokasinya nun jauh di pedalaman di sekitar Female Sports Complex. Starts from jambatan yg dekat dgn HS-EDU buiding kitorang jalan kaki dengan Prof Mawi sambil mengenali pokok2 disepanjang jalan. klu ditanya pokok apa, mesti masing2 melopong.. prof kata kitorg malas..(hehe) biasalah tu...budak2...(kekeke...dah besar pun)...



lepas tu.. jalan punya jalan.. kitorg nampak tasik yg biasa digunakan oleh canoe club...


and then kitorg x tau la pulak.. uia nih ad silt mine yg membekalkan pasir utk construction.. maknanya, uia nih dikira jimat jugak la kos pembinaannya sbb x payah cari pasir kat tmpat lain... kat kwsan sendiri dah ad...kan3!!!


sampai di sungai yg kecil, cetek n tenang airnya...kitorg pun kenela menyusuri sungai tuh untuk sampai kat air terjun mini tuh.. klu x hati2 mmg selipar korg akan hilang.. so, demi keselamatan pakai la kasut...disebabkan oleh chemical reaction yg terkandung dalam pasir tuh, habis kasut bum x ori yg sy pakai luntur warnanya~ tau pun lepas cuci n jemur masa kat bilik....


n finally ni lah air terjun nyer~ cantik kan!!!
mensyukuri kurniaan n keindahan ciptaan tuhan ni besar pahalanya~
atas sebab itulah prof mawi suruh kitorg buat site inventory n analysis ttg air terjun nih...(adus...asimen lagi)...hehhe

Thursday, March 5, 2009

I'm sorry for the things that i've done

Friendster Graphics
Friendster Layouts - Myspace Quotes - Myspace Surveys
i'm sorry to my friend which i hurt the most
i'm sorry for the fact that i didn't know
I’m sorry for the times I would neglect
I’m sorry for the times I disrespect
I’m sorry for the wrong things that I’ve done
I’m sorry for the fact that I'm not aware

I understand that there are some problems
And I am not too blind to know
All the pain you kept inside you
Even though you might not show
If I can apologize for being wrong
Then it’s just a shame on me
I’ll be the reason for your pain and you can put the blame on me

~modified~

Saturday, February 21, 2009

I've got this test on facebook...

About Me:

You are lovely and caring. You help others and spread out a lot of sympathy. Your life aim maybe is to serve the people. But your weakness is that you forget about yourself, your own needs. All your time is hold back for your friends and family. You are always there for people in trouble. Ready for any emergency. You make a lot of sacrifices just to be a good human. But every woman has her needs, her longings and a destiny. Don't loose yourself in work or curing other people's souls. You will have your own problems in your life. Another problem is that you don't say your opinion when it's right and important to say it. People trample onto your soul if you are always so kind and lovely and helpful. They will play on you. Though you should try to relax more and enjoy your life, you should not loose the gift that was given to you to help others . Not everyone is created this way... You are uniqe and rare!

kadang2 ramalan hanya kebetulan. terpulang kpd seseorang untuk mempercayainya. Namun bagi umat Islam, menilik nasib adalah khurafat. We knows our self best n others knows what we looks... terpulang pada setiap orang dalam memberikan pandangan... give the best to ur life, u'll get better in hereafter....

Tuesday, February 17, 2009

Kitchen Garden


Kenali ulam: Tongking harum kembang malam
Bersama Ismail Saidin

Bunga tongking menjadi ramuan pewangi bagi masyarakat desa dulu kala.

Bunga zaman dulu yang digunakan sebagai ramuan mandi, potpouri, pewangi bedak

Bunga tongking
Nama Botani: Telosma cordata
Famili: Asclepiadaceae
Nama Lain: Bunga siam

KALAU disebut namanya, tiada siapa yang kenal. Bunga tongking berasal dari selatan India dan China diperkenalkan ke alam Melayu sejak 1692.

Masyarakat desa dulu sering menjadikan bunga tongking sebagai ramuan pewangi dalam upacara pertunangan, perkahwinan atau hiasan rambut wanita. Bunganya yang cukup kembang dan wangi dijadikan ramuan mandi bunga, potpouri dan pewangi bedak asli.

Masyarakat India menggunakannya dalam upacara keagamaan, hiasan rambut wanita dan potpouri. Masyarakat Cina pula menjadikan bunga yang belum kembang dan pucuknya sebagai sayuran.

Pokoknya adalah syrab memanjat berkayu lembut yang mencapai ketinggian antara tiga hingga enam meter. Daunnya tersusun berhadapan, bentuk ovat yang lebar dan berbentuk jantung, berukuran lima hingga 11 sentimeter (sm) panjang, tiga hingga lapan 8 lebar. Tepi daun licin atau berombak sedikit serta berwarna hijau muda.

Petiolnya kira-kira dua hingga lima sm panjang. Bunganya dalam rasem terminal atau aksil daun dan setiap sekuntum berdiameter 1.3 sm. Berwarna kuning kehijauan, kembang di waktu malam dan berbau wangi. Bunga ini jarang menghasilkan buah dalam iklim Malaysia.

Pokok bunga tongking mudah dibiakkan menerusi keratan batang yang hampir tua. Keratan ini disemai ke dalam pasir, selepas berakar dan berpucuk dipindahkan ke dalam karung plastik berisi tanah campuran lima bahagian tanah bakar, tiga bahagian najis haiwan yang cukup reput dan dua bahagian pasir sungai.

Penanaman Bunga tongkingg memerlukan tanah yang subur dan bersaliran baik. Para-para yang kukuh disediakan untuk pokok ini memanjat. Selain para, ia boleh juga dibiarkan memanjat pagar.

Bunga tongkingg memerlukan penjagaan rapi, terutama awal pertumbuhannya yang memerlukan sedikit pelindung cahaya matahari. Cantasan juga perlu dilakukan bagi menggalakkannya bercabang banyak juga bagi mendapatkan bunga lebat.

Baja yang disyorkan ialah baja organik seperti najis haiwan yang cukup reput atau kompos. Baja kimia seperti sebatian kompleks 12:12:17:2 + T.E. boleh juga digunakan.

Sebaiknya baja ini dilarutkan terlebih dulu di dalam air. Sungkupan dengan daun reput amat digalakkan bagi mengekal kelembapan dan kesuburan tanah.

Saturday, February 14, 2009

ujian datang dalam berbagai bentuk...

kita selalu bertanya dan Al-Quran sudah ada jawapannya;

kita bertanya: kenapa aku diuji?
Al-Quran menjawab: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (al-Ankabut; 2-3)

kita bertanya:kenapa aku x dapat apa yang aku idam-idamkan?
Al-Quran menjawab:Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah; 216)

kita bertanya:kenapa ujian seberat ini?
Al-Quran menjawab:Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir (al-Baqarah; 286)

kita bertanya:knp kita rasa frust?
Al-Quran menjawab: Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.(ali-Imran; 139)

kita bertanya:bagaimana harus aku menghadapinya?
Al-Quran menjawab:Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (al-Baqarah; 45)

kita bertanya:kepada siapa tempat aku berharap?
Al-Quran menjawab: Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.” (at-Taubah; 129)

kita bertanya: apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Al-Quran menjawab: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar (at-taubah; 111)

kita bertanya:aku tak tahan...
Al-Quran menjawab:"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Yusuf: 12)

kita bertanya: sambai bila aku akan merana begini?
Al-Quran menjawab: Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(al-Insyirah: 5-6)

p/s: semoga kita akan lebih kuat dalam menghadapi ujian2 yang mendatang....

Friday, February 13, 2009

setiap yang berlaku pasti ad hikmah di sebaliknya...~

dalam bulan2 pertama tahun 2009 ini, bagi saya amat menyentuh hati dan naluri...pertama sekali sy dikejutkan dgn kematian ibu kpd seorg sahabat saya yang kemudiannya saya pulang kerumah dan mendapati perkara yang sama berlaku kpd beberapa buah keluarga yang berjiran dgn sy....dengan pakcik yang berjiran dgn nenek saya yang tatkala hayatnya dia bersama-sama motor buruknya ke masjid setiap kali masuk waktu solat.....begitu juga dgn kisah seorg lecturer kaed yang mengalami keadaan yang serupa... begitu juga dgn pelajar QS dan adik kpd salah seorg studiomate sy... dan yang terbaru, ttg seorg student AAD yang berjuang dgn sakit yang dialaminya...semoga dia cepat sembuh dan menjalani hidup spt rakan2 yang lain...

adakah ini yang dinamakan ujian?? ujian yang mendorong kita agar lebih tabah dan yakin akan ad yang Maha Kuasa disisi setiap insan.dialah yang berhak menghidupkan, menyembuhkan dan mematikan setiap yang hidup di dunia dan seluruh cakerawala....

meningatkan sy ttg objektif hidup di dunia dan menyedarkan sy bahawa kematian adalah pasti...dan ini juga mengingatkan saya tentang keadaan umat islam yang berada di palestin yang setiap saat adalah syahid bagi mereka... mungkin sy byk terleka dgn dunia sy sendiri sehingga lupa akan apa yang berlaku di luar sana...

al-fatihah kpd yang telah pergi dan panjakan doa agar kita tergolong dikalangan orang2 mikmin apabila sampai giliran kita....

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(surah al-Hadid:20)

Wednesday, February 11, 2009

This is how life it is...~

selalunya kalau senang pasti kita x ingat akan tuhan. dia yang berikan kesenangan dan dia lah yang menjadikan ujian. adakah sebenarnya ujian yang kita tempuhi ini x diciptakan untuk kita krn kita x cukup kuat untuknya?

sesungguhnya Allah tidak akan menimpakan kepada sesuatu kaum, ujian melainkan mereka mampu untuk menggalasnya. dan begitu juga saya dgn ujian yang menimpa keluarga dan diri saya sendiri. saya tahu bahawa kasih Allah tak akan pernah hilang malah makin bertambah seiring dengan pertambahan umur...

dialah yang memberikan saya ruang untuk berfikir akan kebesarannya kerna dia tahu hanya dengan itu dapat membuat sy berfikir dan bermuhasabah akan kesilapan yang lalu. tapi imanku senipis kulit bawang yang hari ini aku ingat akan semua dosa-dosa dan esok lusa aku mengulangi akan kesilapan yang kelmarin.

mungkin belum cukup kuat bagiku untuk menahan segala godaan. mungkin ibadahku belum cukup sempurna sehinggakan kesilapan yang lalu amat mudah untuk aku ulangi kembali.sungguhpun aku berusaha kearah kebaikan, dugaan tetap datang menjengah hatiku.

hati ini masih lagi kotor dgn keduniaan hingga aku lupa akan akhirat yang menanti. hari pembalasan semakin dekat dan maut menapak mendekati, aku pula makin hilang dalam duniaku...

keredhaanmu-inteam

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

Tuesday, February 10, 2009

Sepertinya...

kerenung bintang itu
yang tinggi di atas langit
terang tak berkelip
sepertinya perasaan ini
terasa ingin mendekati
mengapai bintang persis permata.

terbaringku dipadang nan luas
seluas langit biru
bukan seperti bintang itu
sedang dia berteman
tapi aku sepi sendirian.

irama alam yang bermain
menghembus lembut membelai di pipiku
sayang aku tak bisa menyentuh dia
sama seperti bintang dilangit
tinggi tak berkelip.

jauhnya x mampu aku gapai
hanya mimpi yang menemukan
dalam jagaku hanya angan.

Monday, February 9, 2009

kenapa baru sekarang???


Mesir harap Hamas, Israel damai


PENDUDUK Palestin melihat kemusnahan bangunan pameran seni di Hospital al Quds di Gaza selepas dibom tentera Israel, baru-baru ini.

KAHERAH: Mesir meletakkan harapan satu perjanjian damai Gaza di pergerakan pejuang Hamas dan Israel dapat dicapai dalam tempoh beberapa hari lagi, kata jurucakap Kementerian Luar Hossam Zaki.

"Ada beberapa isyarat positif bahawa dalam beberapa hari lagi kita akan mencapai persefahaman mengenai perdamaian dan pembukaan sebahagian daripada lintasan memasuki Gaza," katanya.

Mesir menjadi orang tengah dalam perbincangan tidak langsung untuk mencapai perdamaian sejak perang Gaza selama 22 hari yang menyebabkan sekurang-kurangnya 1,330 penduduk Palestin dan 13 warga Israel terbunuh.

Pertempuran berakhir apabila Israel dan Hamas melaksanakan gencatan senjata berasingan pada 18 Januari.

Bagaimanapun, Palestin terus melancarkan roket ke atas wilayah Israel, manakala rejim Zionis bertindak balas dengan melancarkan serangan udara.

Kelmarin, seorang jurucakap Hamas berkata, pihaknya menjangka satu perjanjian dapat diadakan dengan Israel mengenai pembukaan semula pintu sempadan memasuki Gaza dalam tempoh beberapa hari lagi.

Hossam berkata, delegasi Hamas meninggalkan Kaherah kelmarin selepas berbincang mengenai gencatan senjata dan akan kembali semula esok.

Israel yang mengawal dan menutup semua pintu masuk sempadan ke Gaza kecuali Rafah yang dikendalikan Mesir dan tidak membenarkan kemasukan bantuan kecuali sejumlah kecil bahan asas, sejak Jun 2007, apabila Hamas mengambil alih kuasa. � AFP

Saturday, February 7, 2009

Tanjong Malim, Sustaining the Historical Value in Urban Landscape Development...




Last week, sy pegi tanjong malim, site utk this sem punya last project... lokasi tg. malim ni terletak pada sempadan selangor-perak n berfungsi sbg pintu gerbang pada perak, bersempadankan sungai ulu bernam. sebagai sebuah tempat yang ditakrifkan sebagai pintu gerbang utk ke perak. tempat ini sepatutnya mempunyai sebuah identiti yang dapat di ingati oleh semua org sebagai landmark, keistimewaan, dan identiti. UPSI adalah salah sebuah institusi yang memberi focal pointkepada tanjong malim tetapi ia bukanlah landmark pada tempat itu kerana lokasinya terletak ditengah-tengah jalan lurus yang dihujungnya adalah laluan keretapi yang memisahkan satu bandar tanjong malim ini kepada dua...dan seharusnya perkara ini tak patut berlaku. ditambah lagi dengan stesen keretapi yang modern in design, seolah2 mencacatkan identiti tanjong malim sebagai sebuah tempat yang mempunyai historical value...kalau anda datang ke tanjong malim, stesen keretapi yang canggih dan gah itu sebenarnya mati. tetapi stesen yang lama itu masih berfungsi sebagai kedai kopi kecil. sangat nostalgik. pelanggan2 tetap disitu adalah golongan2 yang pernah melalui era pra-kemerdekaan... selama manakah tanjong malim dapat mengekalkan historical value yang telah tersimpan lama dan menjadi kebanggan penduduk di situ...