Sunday, February 1, 2009

fenomena budak-u : artis korea...

sekarang ni ada sebuah fenomena di kalangan rakan-rakan (terutamanya rakan2 perempuan) dan termasuk diri saya sendiri di tempat saya belajar sekarang ini. 'kegilaan pada artis-artis korea' mungkin ini kedengaran agak mustahil sedangkan tiada promosi tentang penyanyi-penyanyi negara tersebut di negara ini melainkan drama-drama mereka sahaja. namun kecanggihan teknologi dan dunia internet tanpa sempadan membuatkan mereka advance dan menggilai lagu2 mereka.

kalau ditanyakan pada mereka yang terlibat dalam industri hiburan sekalipun pasti mereka tertanya-tanya siapakan dia wonder girls, tim, ft island, super junior, big bang, 2am, ss501, alex clazziquai dll. atas sebab apakah artis2 ini diminati? adakah pada rupa paras penyanyi itu sendiri, kecanggihan teknologi mereka dalam mencipta lagu, olahan lagu atau populariti mereka? lebih-lebih lagi dengan bahasa mereka yang tidak difahami selain anyeong-hasaeo, sarang-haeo dan kamsa-hamnida~ persoalan ini juga turut mengganggu benak saya dimanakan bermulanya demam ini.

apa yang saya lihat, bkan sahaja lagu2 mereka yang menjadi kegilaan, tetapi juga rancangan2 realiti tv mereka juga turut menjadi tumpuan. sama ada we got married, love letter, yssm atau aktviti harian artis tersebut turut di muat turun. adakah semua ini bermula dari drama2 korea yang semakin mendapat tempat di hati peminat2 artis korea di malaysia atau pengaruh daripada rakan2 yang turut belajar diluar negara. yang pastinya tempias yang mengena pada saya ini datangnya daripada pengaruh rakan yang pada mulanya hanya meminati pelakon korea yang kemudiannya bertukar pada penyanyi2 dan band2 mereka.

saya adalah seorang yang agak susah untuk meminati artis secara individu, tetapi melalui lagu2 mereka saya sendiri tertarik untuk turut mengambil feel.

pada student lelaki, minat mereka agak serupa sedikit. mereka bukan sahaja meminati anime2 jepun tetapi juga penyanyi2 negara itu sendiri tidak kira penyanyi lelaki atau wanita. persoalannya, adakah fenomana ini hanya berlaku pada universiti saya shj atau turut meriah di ipt2 lain juga?

No comments:

Post a Comment

:: guruh berbunyi ::