Sebelum memulakan atau membuat persediaan untuk apa-apa pekerjaan pun. Perkara pertama yang paling penting ialah NIAT.
Kena betulkan niat. Nak kahwin sebab apa? Kenapa nak kahwin? Sanggup ke nak menghadapi alam perkahwinan? Macam mana hidup selepas kahwin? Sanggup tak nak hidup susah senang dengan bakal suami? During better & worst, during rich & poor, during health & sickness.. Tanya soalan ni banyak-banyak kat diri sendiri.
Bina keluarga atas dasar apa? Mestilah kena berlandaskan Islam.. Muhasabah banyak-banyak. bincang dengan ibu bapa. Mintak nasihat dari mak ayah..
Saya pun ada beli beberapa buah buku untuk dibaca.. Sebelum kahwin baca pasal rumah tangga banyak-banyak. Dekat kedai-kedai buku pun ada banyak buku pasal persediaan rumah tangga dsb. Nak kahwin pun kena ada ilmu sebab nak bina keluarga nak didik anak-anak ikut acuan yang betul. Belajar tentang CINTA.. sebab cinta yang BUTA itu BAHAYA. Yang belum nak kahwin lagi bagus buat prepararation awal-awal.
Buku-buku yang saya pernah baca tapi kena baca balik supaya ingat dalam otak:
Pergi seminar tentang baitul muslim banyak-banyak. Siapa yang belum kahwin pun boleh pergi sebagai early preparation. Pergi la mana-mana seminar yang berkaitan ajak mak ayah x pun dengan kawan-kawan.
Di seminar Baitul Muslim 3.0 |
Semoga ilmu yang dapat tu nanti bermanfaat dan ingat. Tak ada la jadi perkasam dalam otak.. Hehe.. Paling penting, hati kena jaga. Supaya tak terus hanyut... Semoga Istiqamah dalam menjaga diri dan hati!! T.T Mintak pada Allah berikan yang terbaik... Jangan putus mengharap pertolongan Allah..
No comments:
Post a Comment
:: guruh berbunyi ::