Showing posts with label panduan dan pengajaran. Show all posts
Showing posts with label panduan dan pengajaran. Show all posts

Tuesday, February 7, 2017

170207 :: I'm a Backyard Farmer

Hari ni sebiji buah tomato yang Hana tanam kat belakang rumah dah berbuah merah. Walaupun hanya sebiji tomato, Hana rasa ini adalah pencapaian yang sangat baik. Dia punya seronok tu, macam ada berjuta-juta tomato kat pokok tu.
Cenggini Ha!!
Gambar ni diambil masa pergi Cameron Highland hari tu
dekat Rose Valley.
Hana tak ingat bila Hana start tanam pokok tomato ni. Tomato yang kita beli kat pasar tu kan.. mula-mula Hana saja je ambil biji dia lepastu hana letak dalam bekas kecik isi air sikit.. bila dah bertunas hana campak dekat tanah. Dekat rumah ada pasu panjang yang ada tanah. Tapi tak jadi 
#1 sebab tanah tu pengairan terlalu telus
#2 siput khinzir banyak dia makan anak-anak pokok tu
#3 Cuaca tak menentu jadi pokok cepat terhidrasi

Apa yang Hana buat lepas tu, 
#1 Hana letak tisu dalam food container yg kecil, basahkan tisu dan letak biji bebih tu dekat dalam bekas tu. Ala-ala eksperimen biji benih masa sekolah dulu kan!
#2 Bila anak pokok tomato dah mula panjang, hana tanam balik dalam pasu panjang tu tapi hana alter struktur tanah dalam pasu supaya medium penanaman boleh hold air dengan lebih lama.

Sekarang ni, macam mana nak bagi siput khinzir tak makan pokok kita tu? 
#1 Hana potong botol mineral 1liter tu jadi separuh, 
#2 ambik yang belah atas, buka penutup dia, dan 
#3 tangkupkan pada anak pokok tu.. 
#4 Bila pokok tu besar dalam 15cm, hana transfer ke tanah. 

Hana baja pokok tomato ni dengan kulit telur sebab Hana baca dekat Pinterest katanya tomato perlukan banyak kalsium untuk berbuah. Selain kulit telur, Hana bubuh baja tahi kambing untuk tumbesaran daun dan batang. Tak lupa juga kalau masak nasi tu, air beras jangan di buang... Kita bagi pokok tomato kita minum. Pokok tomato ni batang dia tak kuat. Jadi, Hana pancangkan dengan kayu yang hana beli kat kedai hardware.

Macam gambar yang kat bawah ni, mulanya Hana tanam bawah ampaian baju. So, dia redup je dan daun pun cantik jer.. Bila tinggi dia masa ni dah 1meter, selalu pulak kena pada baju yang Hana sidai tu. Dia pun dah tak sesuai duduk situ. Hana pindahkan kat tempat lain. Lagipun dia dah start berbunga. Nanti, bila dia mula berbuah dia perlukan direct sunlight. 

27 Nov 2016

Nampak tak, pokok ni ada dua cabang? Hana cantas yang sebelah berbunga tu dan tanam terus atas tanah. Batang dia akan keluarkan akar dengan sendirinya. Selagi tak keluar akar, Hana tak letak baja. Tapi hana letak campuran tanah tempat lama dekat dia sebab tanah tu ada nutrien kulit telur yang dah terurai. Bila dia dah mula survive baru hana letak baja tahi kambing. Jadinya sekarang, Hana ada dua batang pokok tomato.

13 Jan 2017

Pokok tomato yang pendek ni, antara banyak-banyak bunga, hanya satu je yang berbuah. Alhamdulillah.... Dalam proses buah dia nak membesar tu, daun-daun yang sebelah bawah tu kita trim bagi nutrient dari akar boleh terus sampai kepada buah.

6 Feb 2017

Bila buah tomato dah start menguning hati jadi gembira. Tunggu dia matang sikit lagi dah boleh dituai. 

7 Feb 2017

Esoknya buah tomato dah mula memerah. waktu ni boleh la kita petik buahnya. Rasa macam nak awetkan dan letak dalam kotak kaca pun ada.. Sayang pulak nak makan. Huhu

Bila saya share pencapaian kecil ni kat Insta & FB, rata-ratanya ok je.. tapi, ada satu puak dalam group wassap ni macam tak suka je pulak kan.. 
Nak buat macam mana.. orang hati busuk memang macam tu.. susah kalau tengok orang lain bahagia. Cakap je la jeles tengok tomato Hana menjadi.. 
Jeles sebab hana dah tak payah lagi beli tomato kat pasar.
Sebab hana punya tomato
JIMAT, MUDAH, ORGANIC!!

Orang kata
'Treasure every little things in your life, 
because you'll never know what happen in the future'
Ye lah.. mana tahu kalau in the future hana jadi pekebun tomato yang berjaya ke.. kan?
Berangan!!!

Thursday, October 9, 2014

Wedding note #12: Kurus dan Sihat!!

Seperti bride-to-be's yang lain, untuk Nampak menawan di hari perkahwinannya adalah perkara yang paling wajib untuk dilakukan. Saya juga begitu. Macam-macam saya buat. Antaranya:
- Beli slimming coffee: Try sebotol pastu quit.
- Try diet atkins: sangat x boleh.. paling susah nak buat.. eagerness untuk makan nasi sekali sekala pun fail. Sebab once kalau duduk rumah mak, menu utama NASI. Kalau nasi x luak mak bising.
- Minum green tea: Sebab susah betul nak buang habit suka minum manis, try green tea dulu. Tak sedap? kena motivate diri cakap sedapnya!! lama-lama ok la~
- Minum detox water: lemon, lemon+pudina+cucumber, green apple, lemon+lime (banyak online reference)
- Exercise: Power walk 2 kali seminggu dengan Mr. F(fiancĂ©) (Ops! tukar status dah.. hehe) dekat Taman Tasik Titiwangsa lepas keje. Pernah try aerobic Focus T25 (ambik masa 25 minit je) tapi berpeluh macam nak gila.. banyak moves die x dpt nak ikut. Lepas buat flat abes.. Penat sangat-sangat. Esoknya sakit2 badan.. huhu...

- Eat healthy: Take over meals for breakfast & lunch. Cooked from home. Healthy ingredients with less salt and MSG. In order to do this, kena shopping beli barang dapur wisely. Not all cheap things was healthy! Must be fresh, less sugar and low fat. Kena refer nutritions fact utk kira kalori. Buat research tentang makanan yang rendah kalori dan rendah kolestrol. Makan ayam tanpa kulit.


- Ikut cara orang diabetic diet: Beras Faiza helbal ponni TajMahal (Mmg mahal la beras die sekilo dalam RM7++). Susu HL kotak kaler hijau for diabetic. Yogurt natural tanpa perisa low fat.

 

- Apple cider vinegar: Saya pakai jenama Heinz baru nak start. Bau die mmg menyengat. Add into your salad, atau minum dengan air putih. Orang kata jangan minum mcm tu jer sbb die acid. Saya punya version: 2 slice of lemon + 2tbs ACV + A bottle of clear water. 30minit sebelum makan 2kali sehari.. ok la tu daripada ambil benda bukan-bukan. ACV pun ade 2 jenis.. yang bagus tu yg unfiltered sebab die ada keladak-keladak epal tu..

 
Kesimpulannya, nak kurus tu biarlah dengan cara yang sihat. Makan untuk sihat. Lepas tu kena ada tekad dan istiqomah dalam buat sesuatu perkara. Jaga kesihatan kan perkara baik dan disukai Allah. Sebab kalau sihat senang nak beribadah.
 
Kalau kita refer sejarah masa zaman Muhammad Al-Fateh, mereka menjaga pemakanan dan kesihatan agar kelihatan sihat dan segak supaya dapat menggerunkan pihak lawan. Orang Islam kena la cergas!
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: Apa-apa pun, minum air adalah paling penting. Macam saya dulu susah sangat nak minum air kosong. sebab x sedap, x masuk kat tekak dan rasa susah nak telan. Cari alasan untuk minum air, mula dengan perlahan. tambah kuantiti air setiap hari. Motivate otak kita dengan kata 'Hmm.. sedapnya air..." Kurangkan pengambilan minuman bergula. Good Luck!

Wednesday, June 4, 2014

Wedding Note #2: Persediaan diri, ilmu dan hati...

Kiranya persediaan dari segi fizikal dan mental la ni....

Sebelum memulakan atau membuat persediaan untuk apa-apa pekerjaan pun. Perkara pertama yang paling penting ialah NIAT.

Kena betulkan niat. Nak kahwin sebab apa? Kenapa nak kahwin? Sanggup ke nak menghadapi alam perkahwinan? Macam mana hidup selepas kahwin? Sanggup tak nak hidup susah senang dengan bakal suami? During better & worst, during rich & poor, during health & sickness.. Tanya soalan ni banyak-banyak kat diri sendiri.

Bina keluarga atas dasar apa? Mestilah kena berlandaskan Islam.. Muhasabah banyak-banyak. bincang dengan ibu bapa. Mintak nasihat dari mak ayah..

Saya pun ada beli beberapa buah buku untuk dibaca.. Sebelum kahwin baca pasal rumah tangga banyak-banyak. Dekat kedai-kedai buku pun ada banyak buku pasal persediaan rumah tangga dsb. Nak kahwin pun kena ada ilmu sebab nak bina keluarga nak didik anak-anak ikut acuan yang betul. Belajar tentang CINTA.. sebab cinta yang BUTA itu BAHAYA. Yang belum nak kahwin lagi bagus buat prepararation awal-awal.
Buku-buku yang saya pernah baca tapi kena baca balik supaya ingat dalam otak:



Pergi seminar tentang baitul muslim banyak-banyak. Siapa yang belum kahwin pun boleh pergi sebagai early preparation. Pergi la mana-mana seminar yang berkaitan ajak mak ayah x pun dengan kawan-kawan.

Di seminar Baitul Muslim 3.0
Semoga ilmu yang dapat tu nanti bermanfaat dan ingat. Tak ada la jadi perkasam dalam otak.. Hehe..  Paling penting, hati kena jaga. Supaya tak terus hanyut... Semoga Istiqamah dalam menjaga diri dan hati!! T.T Mintak pada Allah berikan yang terbaik... Jangan putus mengharap pertolongan Allah..

Friday, December 11, 2009

Untuk Wanita Bergelar Muslimah~

"apabila teruna memandang dikau,engkau tundukkanlah pandangan mengelak panahan syaitan..apabila teruna mendekat selangkah,engkau berundur beribu langkah,apabila teruna memujuk rayu,engkau anggaplah itu bisikan syaitan!!apabila teruna menutur harapan indah,dikau yakin janji-Nya lebih bahagia disana...kerana engkau mengerti dan menyedari akan erti maruah peribadi sejati,yang disaluti iman yang hakiki,yang tidak semurah untuk ditukar ganti!!!!!

INILAH WANITA ACUAN AL-QURAN.