Showing posts with label Stress!!. Show all posts
Showing posts with label Stress!!. Show all posts

Wednesday, November 12, 2014

20141112 :: Oh no!!! Kena Ragut!!

:: 17 September 2014 ::
This is my first time ever!!
And I pray it will never ever happen again..
Ameen..
 
Semasa kejadian tu berlaku Hana dekat depan restoran Bamboo, Prima Sri Gombak.. I'm on my way to my car from Papa Rich.. Lepas salam2, Vrooommm ade motor lalu sebelah dan menarik beg saya.. tak sempat nak berkata ape sebab I was shocked! Tergamam tak tau nak buat apa.. kawan-kawan (K.Jannah & Izzah) pun terkejut sekali.. Saya menjerit pun x... masa tu tali beg yg panjang tu sempat saya tarik tapi disebabkan motor tu lebih laju, tali beg tu pun putus.. At that moment.. baru saya sedar saya dah kena ragut... At the same time, ada kereta kancil yang nampak kejadian tu pun kejar motor tu but I don't know mereka jumpa atau x peragut tu.. I just assumed that they didn't found the JERKS.. Why jerks? sbb ade 2 org.. pembonceng die yg tarik beg.. x pakai helmet, pakai baju merah dan seluar warna gelap. Yang bawak motorsikal tu pakai helmet..
 
Knp x ambik nombor plat? Oh.. if you in a state of shocked, do you think that your brain could process that kind of action? unless seseorang tu mempunyai keupayaan memori static yang tinggi. Ha.. dah macam cerita Detective Q plak kan..
 
Sampai hujung jalan, baru saya sedar.. saya dah x akan jumpa balik barang-barang saya dalam beg tu.. Antaranya:
1. Wallet - ada RM100 dalam tu dan sen sen juga.. baru keluarkan kat ATM Maybank Giant Batu Caves. Logically, I was not being followed... ATM cards (Maybank, RHB, Hong Leong, Bank Islam) Buku akaun ASB yang dah x aktif sangat, IC, Licence, other cards (matric card of IIUM, points card etc.)
2. Lenovo S920 Smartphone - beli awal tahun 2014 dengan bonus Raya Cina beli sekali dengan Mr. F.. Jodohmu denganku x lama wahai smartphone ku...
3. Al-Quran terjemahan - Beli masa mula-mula join usrah.. ade notes here n there...
4. Small net pencil box.. - Ada Pilot mechanical pencil warna hitam (with me since final year in IIUM), small ruler (since I was in 1st year in IIUM), dll...
5. Others
6. Alhamdulillah saya tengah pegang kunci kereta waktu tu.. Satu hal plak nak tukar alarm n car lock kereta tu plak...

Then, K.Jannah n Izzah temankan hantar g balai polis Gombak utk buat laporan.. it's a first time I made a police report...
 
Hai la hana...
Orang lain pakai smartphone..
Awak jer yg dok pakai tepon nokia model lama...
skrg ni pakai Nokia 2220 gara2 peristiwa ragut tu..
Mintak pinjam kat adik sebab die pakai untuk main game jer..
Sekadar Gambar Hiasan
 
Sabar dan berikanlah kemaafan kepada mereka yang melakukan kesalahan. Sesungguhnya hukuman Allah kepada orang yang melakukan kezaliman di atas muka bumi-Nya adalah lebih besar. Semoga mereka bertaubat. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka.

Wednesday, September 17, 2014

Wedding Note #11: Persiapan & Bertunang

Kebiasaannya bila dah dekat-dekat sampai hari nak bertunang tu b2b mesti akan sibuk sangat-sangat sampai tak boleh nak uruskan benda lain. Macam Hana, bertunangnya hari Ahad tapi ade beberapa perkara yg tak selesai lagi. Seminggu terakhir tu masih lagi pergi cari2 barang apa yang x cukup. hantaran 3 berbalas 5. Tak jadi pakai fresh flower sebab tau dah tak sempat punya nak singgah pergi beli bunga.
 
Isnin: Giant, Batu Caves
- Cari Inner untuk tudung: RM10.00
- Beli barang dapur
- Survey coklat
- Beli bowl kaca utk buah n coklat kat Hinode Shop: RM10.00
Balang untuk buah & coklat
Selasa: KL Festival
- Rose putih x 5: RM19.50 (Kaison)
- Paper art mcm kipas & hanging pompom: RM18.00 (Kaison)
- Pasu tinggi: RM5.00 (Hinode)
- Comforter set: RM190.00 (Parkson)
Comforter set

 Rabu: USRAH
 
Khamis:
- Hari ni kononnya nak pergi scaling gigi kat UTC Sentul, sampai sana nurse tu kata machine rosak plak..
- My Craft, Medan Idaman: beli daun RM15.00
 
Jumaat
- My Wedding Place, Prima Sri Gombak: Shredded paper kuning + putih, lidi & dawai
- Secret receipe: Chocolate moist cake. Knp chocolate moist?? Sebab Hana pergi tanya dia kek ape yg paling lambat cair. Lagipun dekat Bandar Baru Salak Tinggi xde Secret Receipe..
- Singgah Giant utk beli coklat.. ambik coklat yg sedondon (Hershey's Kisses - kisses & bar)
- Ambik a few items kat umah sewa & shoot balik BBST lepas beli all needed item.
- Sampai2 BBST after settle all the routine for myself, start gubah hantaran...

Sabtu: FINAL PREPARATION!!
- Continue dengan menggubah hantaran... memang bersepah2 rumah dikerjakan.
- Bunga rampai.. GO!!
- Malam tu bermalam kat Rumah Tua bawak semua barang-barang hantaran.
- Makcik janji nak buat pelamin. (Quite unsatisfied bila seseorang membantu dengan idea dia sebab not into my taste). isk3!! sedih... Tapi, ku pasrahkan hati jer. T.T
- Malas nak ingat balik..
 
The hantaransss (x siap lg)
Ahad: THE DAY!!
- Pagi-pagi lagi adik perempuan ak yg besar tu (Ayang) dah berlari-lari naik atas rumah sebab malam semalam ak pergi wassap gambar pelamin. Gedegang gedegung bunyi lantai rumah tu. Datang kat aku dengan muka tak puas hati.
- Kemudian mulalah sibuk dengan persiapan dulang terakhir (Sirih junjung). Dulang paling cincai!! sebab serabut dengan ramai orang, dengan siap disuruh buat air untuk tetamu (Aku x buat pun), dengan selebet tak mandi lagi (dah pukul 12pm baru aku mandi), dan macam-macam hal lagi..
-  Lepas mandi tu aku dengar bunyi benda jatuh. Aku tau ape yg roboh.. (Pelamin yg aku tak angankan pun). Ak biarkan jer.. pastu aku panggil Insyirah (adik bongsu) suruh pergi bagi tau Makcik aku. Makcik ak betulkan & pergi alih tempat sebab xde tempat nak letak makanan.
- Ayang lepas dia siapkan karipap untuk digoreng terus dia hilang. Pergi kedai cari bunga plastic untuk touch-up pelamin. Lepastu dia yg makeup kan aku.. (Thanks, girl!)
- Asalnya rombongan datang lepas zohor atau dalam pukul 2pm. Tapi, terlambat sikit.
- Aku duduk dalam bilik (xde katil atau kerusi pun) ditemani Jannah n baby Medina x tau ape yg diorang bincangkan. Budak-budak asik keluar masuk bilik (mencapap) yg kemudiannya menimbulkan kemarahan aku.. Aku malu tapi terpaksa tegur jugak perangai diorang tu. T.T
- Upacara sarungkan cincin baru aku keluar. Kakak Mr. F (Kak Midah) yang sarungkan cincin. Munzer, suami Syima tolong tangkapkan gambar.
- Lepas jamuan, aku kenalkan Mr. F dekat semua ahli keluarga aku.
- Alhamdulillah majlis selesai.


--------------------------------------------------------------------------------

p/s: forget what you want to forget, what you didn't want to remember. Remember only the beautiful things that happens on that day, you'll able to forget what you're unhappy about.

Mr. F bagi pada hari pertunangan.. <3 td="">
 

Monday, July 7, 2014

Wedding Note #8: Lokasi.. Oh lokasi!!

Salam guys,
Pasal lokasi ni hana nak bagi tau memang akan pening sikit. Sebab nak pilih lokasi makin susah bila terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi. As for me, all this while hana ingat hana akan buat dekat rumah nenek kat Kampung Salak Tinggi Sepang. But then, Sabtu dan Ahad lepas hana balik rumah untuk sambut Ramadhan dengan family kat Salak Tinggi, masa cakap-cakap dengan mak pasal majlis kahwin, tiba-tiba mak kata nak buat dekat rumah kitorang je dekat Bdr. Baru Salak Tinggi.

Aduh, pening!! Kad kahwin hana dah siapkan ni.. Tak apa la, sebab buat sendiri... Tapi, bab peta tu yang susah sikit nak buat. (nanti hana postkan entry)

Hana dengan tak semena-mena paksa Mr.F call sana sini utk cari venue yang sesuai padahal die ada submission sebelum tengah hari. Sorry, Mr.F. I don't mean to stress u up but i'm really stressed up. So, let us stress together..Hehe~~ But then die call jugak selepas pergi hantar drawing.
Saya dah start buat perangai. [Grumpy bila stress, cari org utk stress sama-sama]

Possible location area situ:
1. Rumah sendiri, Bdr. Baru Salak Tinggi - status: Available
2. Dewan Orang Ramai Bdr. Baru Salak Tinggi: Full sampai bulan 11 tahun depan
3. Rumah Nenek, Kg. Salak Tinggi: Available with condition
4. Masjid Hishamuddin Bdr. Baru Salak Tinggi: Available
5. Masjid Kg. Salak Tinggi: Tak tau sebab tak tanya
6. Auditorium Tmn. Tasik Cyberjaya: Available tapi jauh sangat

Lokasi yang saya nak pilih pun sebenarnya ada pros and cons die sendiri. Which are:
1. Saya sebenarnya tak suka majlis yang terlampau meriah (fancy). Sebab saya lebih suka yang simple with modesty. Kalau rewang dah tentu la preparation dia meriah, makanan pun boleh ikut suka kita. Tapi jimat. Of course hana nak jimat.
2. Hana nak majlis yang boleh buat nikah and kenduri dalam sehari. Tak nak buat berhari-hari macam nikah hari ni, kenduri esok. Costly dan penat. Nikah malam tu, mesti nak jemput orang makan dekat rumah jugak. Pastu esok nak kenduri lagi...
3. Hana x nak mak comot dekat dapur. Sebab sepatutnya haritu mak jadi mandur je.. Tapi mak kalau rewang mesti nak masuk dapur punyalah.
4. Rumah kitorang tu kalau masuk ruang tamu terus nampak dapur. Tak boleh nak duduk 3 orang sekali kat dapur tu. Boleh je nak lapangkan ruang tamu tapi barang-barang kena letak kat luar sebab payah kalau nak bawa naik atas. Kalau buat kat rumah tak payah la ada bilik pengantin. Lagipun tak tau nak letak katil dekat mana. Lepas tu, kalau nak pergi toilet, toilet dekat atas. Risau kalau ada barang-barang yang hilang. Bukanlah bermaksud tak sudi nak buat dekat rumah... Tapi, takkan tiba-tiba nak kne renovate rumah pulak. Rewang? dekat garaj umah kosong hujung deret boleh.. Kalau ade pelamin letak kat garaj je..
5. Tak nak jauh-jauh sebab susah nak ulang alik.
6. Kalau buat dekat rumah nenek, mak kata tak ada orang nak tolong rewangkan. Lepastu parking tak ada. Tak ada tempat nak letak khemah...

Penyelesaiannya... memang dua keluarga kena jumpa dan duduk semeja bincang. Tapi kalau lambat, venue-venue yang nak kena booking dulu memang dah tak dapat la... ataupun tarikh kenduri yang kena postpone. T.T

Tunggu je lah....
--------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: Best jugak kalau buat kat masjid. Sebab boleh buat majlis yang paling simple. Tapi kena pakai catering... (Ok.. nak pergi nanges jap ~~T.T~~)

Monday, April 14, 2014

20140414 :: Block lah... Semua skali!! T.T

Hadooooi!!! Facebook ofis kena block!! Ni mesti kerja mamat tu kan... tu.. yg tuu tuuuu~~~  xde kerja lain ke nak block salah satu "nikmat" di tempat kerja.. dengki sangat kan... bukan takat facebook je.. all social media n web yg require streaming pun die nak block jgak.... STRESSS!!! Huhu... T.T

Memang salah pun sebenarnya klu bukak semua-semua tu waktu sedang bekerja.. Tapi... Hello!! Bukan saya x siapkan kerja pun!! Huhu... (Still x nak mengaku salah..) Btw, ingat klu block kat server tu, kite x boleh bukak kat tempat lain?? Smartphone kan ade... Huhu.. (Habis data kitew~~ T.T)

I really need fb to survey my craft supplies.. the only place yg senang nak beli brg2 tu.. sbb nak walk in xde masa kan... Nevermind~~ Cobaan ni.. cobaan... (Tahap separuh jiwaku pergi dah ni...)
---------------------------------------------------------------
Btw, ni nak share my mom's punya birthday celebration awal bulan haritu~~
(agak2 dah basi x? ahak2!!)


 
---------------------------------------------------------------

Ok.. nak g lunch jap :)