Saturday, January 10, 2015

150105 :: Here we are!! The newlywed~~

Bermula sebuat episod baru buat insan bernama Nurul Hana. Penat majlis kahwin tak habis lagi. Sengal-sengal badan pun rasa lagi. Tapi, cuti panjang ni la yang nak kita manfaat kan betul-betul. Btw, rumah sewa pun tak ada lagi. Bukan kitorang tak cari tau.. dah penat dah kitorang cari tinggal tak jumpa jer lagi...

Bangun pagi-pagi pekena roti canai dengan suami (blushing-blushing!!)
Nyum Nyum!!
Lepas tu gerak rumah mak endek untuk kemas apa yang patut dan hantar balik barang pelamin kepada tuannya semula.
Semua himpit-himpit masuk dalam Myvi!!

Masa kemas-kemas tu, di samping bawak balik hadiah ke rumah mak, Pak Cik Rasip plak ajak kitorang datang Melaka. Kebetulan suami nak jumpa kawan dia, abang dia dan Hana pun nak bawak dia jumpa saudara mara kat sana juga.
Lets Go!!
1. Kitorang pergi Taman Buaya Melaka. Siap tangkap gambar dengan buaya lagi.



Dekat taman buaya bukan setakat ada buaya je yer.. binatang lain pun ada juga...



2. Lepastu kitorang singgah pergi Kubu St. John. Takde apa-apa pun. Kubu penjajah ada la.


3. Zohor di Masjid Terapung Selat Melaka. Cantik masjid ni



4. Makan asam pedas kat Perhentian Kueh Kampong. Haaa.. tengok ejaan pun dah tau memang ejaan zaman tok nenek kita dulu kan! Pakcik kata kalau jalan kat Bandar Melaka wajib singgah makan asam pedas kat sini. Asam pedas dia memang KAW! Kat sini kalau pagi-pagi, macam-macam jenis kueh ada. 

Perhentian Kueh Kampong (gambar ambik dari dalam kereta jer)
5. Lepas makan, kitorang pergi dataran pahlawan naik Menara Taming Sari. Asalnya kitorang teragak-agak sebab suami Hana ni gayat orangnya. Lepas kena paksa dengan Pakcik, terpaksa la naik jugak. Boleh tahan mahal jugak tiket dia bagi kitorang yang dah pokai ni.. HUHU


6. Akhir sekali kitorang singgah kat Perkampungan Hang Tuah, Kampung Duyong. Hana teringat masa darjah 3 dulu pergi lawatan ke Melaka singgah kat sini. Masa tu datang tengok Perigi Hang Tuah jer. Sekarang dah ada macam-macam. Lain betul tempat ni sekarang. Tak ada ambik gambar sangat pun. Kitorang datang sini pun sebab nak beli belacan, gula melaka dengan kuih inang. Ada pun gambar harimau ni jer. HAHAHAHA!


7. Malam pulak kitorang pergi makan kat Parameswara. 

Esoknya balik KL sebab Rumah Sewa tak jumpa-jumpa lagi. Ulang-alik la KL - Salak Tinggi - Ampang. Tidur tumpang-tumpang. Last day cuti baru jumpa. 
Biasa la orang baru kahwin.
Tentang rumah sewa ni ramai je yang tanya "Kenapa tak cari sebelum kahwin?"
Naik muntah kami tunggu kat Mudah.my hari-hari tau. Zaman sekarang ni mana nak jumpa rumah sewa yang murah? Area Wangsa Maju pun flat 3 bilik dah dekat RM900. Tingkat atas sekali pulak tu. Dia punya deposit 2+1 plak tu. Mati la mak nak!

Jangan kecam kami yer!

No comments:

Post a Comment

:: guruh berbunyi ::