Friday, November 14, 2014

Wedding note #13: Hal Ehwal Kenduri

Ini kisahnya pasal kenduri: Kanopi, Menu, dll.
Pening rasanya..

1. Kanopi..
Saya tau Pakcik sebelah mak saya ade menawarkan perkhidmatan utk kanopi... tapi kalau boleh nak cari option lain utk kanopi sebab saya x pernah tengok kerja2 yang die buat... so, kira kalau nak buat sesuatu kenala tengok macam mana kerja org yang kita ambik.. lagipun dia baru jer mmulakan bisnes tu. Mula-mula Mr F hanya berniat utk tanya ayah pasal kanopi.. instead of guna pakcik punya, ingatkan ade option lain. Seperti perkhabaran yang saya dengar, pakcik sy punya kanopi tu khemah pyramid je. Lepas tu harga per kanopi tu, to me is quite expensive.. so sy bertegas dengan Mr F cari kanopi luar yang lebih murah... dengan kos penghantaran yg berpatutan lah...

Biasanya perkhidmatan kanopi yang menawarkan harga kanopi yang biasa jer dan kanopi utk tetamu VIP atau kanopi makan beradab lain harga... Bagi saya, saya lagi suka nak pilih perkhidmatan yang mempamerkan harga dekat laman web mereka sbb senang untuk orang buat bajet.. dan pastinya mmg kita kena bajet dulu lah kan sebelum buat keputusan nak pilik perkhidmatan yang mana..

Untuk kanopi kenduri nanti saya pakai MU Maju Kanopi. Lokasi di Saujana Puchong. Total harga kanopi yang saya ambik berdasarkan pakej yang mereka tawarkan berpatutuan la jugak...
  • 6 khemah pyramid biasa,
  • 1 khemah makan beradap dengan
  • 2 station meja lauk.
  • kalau bayar deposit, kos penghantaran adalah percuma! huhu.. tu yang best tu..

  • Mula2 saya x nak ambik khemah drp pakcik saya sebab khemah die pyramid jer.. sedangkan saya nak khemah Arabian.. tapi lepas dah book menyesal plak ambik Arabian.. Ambik pyramid jer la.. boleh save duit untuk benda lain... utk sewa khemah pun ada drama sket dengan tunang n mak ayah.. teruk betul la awak ni, hana...

    Tapi lepas dah g sewa khemah ayah kata die dah booked khemah kat packik sy tu pulak tu katanya harga khemah yg die bagi kat saya lebih murah sebenarnya.. Alamak!! mcm mana ni?
    so, we decided to put both side half-half. Tapi sewa dengan sedara sendiri boleh la nak deal half-half tapi kalau deal dengan orang lain mcm mne nak dpt half-half... Allahu Akbar... Total khemah skrg dah jadi 10 khemah tetamu, 1 khemah makan beradab (fulamak byk gila khemah!!)

    Jadinya kita terpaksa susun mcm ni lah yer:
  • 8 khemah tetamu
  • 1 khemah makan beradap
  • 1 khemah + 2 station meja lauk.
  • 1 khemah memasak/persiapan menghidang

  • 2. Alatan menghidang dan pinggan mangkuk nanti pinjam dari surau berdekatan... So, benda tu settle.

    3. Menu
    Saya x pasti sebenarnya menu ape yang mak saya n makcik sy plan.. tapi lauk2 yang disediakan lauk2 kampung aje la.. huhu dengan nasi putih.. Pastu mak saya bagi tau.. sebenarnya kena letak nasi minyak atau nasi hujan panas sket sbb kalau nasi putih saja-saja nanti lauk x cukup sebab orang makan bertambah.. huhu.. betul jugak tu...

    4. PA System
    Yg ni x book lg mana2 perkhidmatan.. Tapi dengar haritu mak endek macam ada option jer... Ok kita pending dulu yang ni..

    Setakat ni untuk kenduri tu jer lah kot.. Kalau ada lagi nanti saya update lagi.. huhu

    Kanopi tema Kelabu+Putih 
    
    Sekadar Gambar Hiasan
    Tapi, kalau boleh nak macam ni.. tapi takut la kalau combination colour die buruk.. Huhu... Sebab saya x gemar betul dengan warna-warna striking ni.. kuning pun nak kuning lembut jer.. huhu
    Sekadar Gambar Hiasan
     
     

    No comments:

    Post a Comment

    :: guruh berbunyi ::