Tuesday, February 7, 2017

170207 :: I'm a Backyard Farmer

Hari ni sebiji buah tomato yang Hana tanam kat belakang rumah dah berbuah merah. Walaupun hanya sebiji tomato, Hana rasa ini adalah pencapaian yang sangat baik. Dia punya seronok tu, macam ada berjuta-juta tomato kat pokok tu.
Cenggini Ha!!
Gambar ni diambil masa pergi Cameron Highland hari tu
dekat Rose Valley.
Hana tak ingat bila Hana start tanam pokok tomato ni. Tomato yang kita beli kat pasar tu kan.. mula-mula Hana saja je ambil biji dia lepastu hana letak dalam bekas kecik isi air sikit.. bila dah bertunas hana campak dekat tanah. Dekat rumah ada pasu panjang yang ada tanah. Tapi tak jadi 
#1 sebab tanah tu pengairan terlalu telus
#2 siput khinzir banyak dia makan anak-anak pokok tu
#3 Cuaca tak menentu jadi pokok cepat terhidrasi

Apa yang Hana buat lepas tu, 
#1 Hana letak tisu dalam food container yg kecil, basahkan tisu dan letak biji bebih tu dekat dalam bekas tu. Ala-ala eksperimen biji benih masa sekolah dulu kan!
#2 Bila anak pokok tomato dah mula panjang, hana tanam balik dalam pasu panjang tu tapi hana alter struktur tanah dalam pasu supaya medium penanaman boleh hold air dengan lebih lama.

Sekarang ni, macam mana nak bagi siput khinzir tak makan pokok kita tu? 
#1 Hana potong botol mineral 1liter tu jadi separuh, 
#2 ambik yang belah atas, buka penutup dia, dan 
#3 tangkupkan pada anak pokok tu.. 
#4 Bila pokok tu besar dalam 15cm, hana transfer ke tanah. 

Hana baja pokok tomato ni dengan kulit telur sebab Hana baca dekat Pinterest katanya tomato perlukan banyak kalsium untuk berbuah. Selain kulit telur, Hana bubuh baja tahi kambing untuk tumbesaran daun dan batang. Tak lupa juga kalau masak nasi tu, air beras jangan di buang... Kita bagi pokok tomato kita minum. Pokok tomato ni batang dia tak kuat. Jadi, Hana pancangkan dengan kayu yang hana beli kat kedai hardware.

Macam gambar yang kat bawah ni, mulanya Hana tanam bawah ampaian baju. So, dia redup je dan daun pun cantik jer.. Bila tinggi dia masa ni dah 1meter, selalu pulak kena pada baju yang Hana sidai tu. Dia pun dah tak sesuai duduk situ. Hana pindahkan kat tempat lain. Lagipun dia dah start berbunga. Nanti, bila dia mula berbuah dia perlukan direct sunlight. 

27 Nov 2016

Nampak tak, pokok ni ada dua cabang? Hana cantas yang sebelah berbunga tu dan tanam terus atas tanah. Batang dia akan keluarkan akar dengan sendirinya. Selagi tak keluar akar, Hana tak letak baja. Tapi hana letak campuran tanah tempat lama dekat dia sebab tanah tu ada nutrien kulit telur yang dah terurai. Bila dia dah mula survive baru hana letak baja tahi kambing. Jadinya sekarang, Hana ada dua batang pokok tomato.

13 Jan 2017

Pokok tomato yang pendek ni, antara banyak-banyak bunga, hanya satu je yang berbuah. Alhamdulillah.... Dalam proses buah dia nak membesar tu, daun-daun yang sebelah bawah tu kita trim bagi nutrient dari akar boleh terus sampai kepada buah.

6 Feb 2017

Bila buah tomato dah start menguning hati jadi gembira. Tunggu dia matang sikit lagi dah boleh dituai. 

7 Feb 2017

Esoknya buah tomato dah mula memerah. waktu ni boleh la kita petik buahnya. Rasa macam nak awetkan dan letak dalam kotak kaca pun ada.. Sayang pulak nak makan. Huhu

Bila saya share pencapaian kecil ni kat Insta & FB, rata-ratanya ok je.. tapi, ada satu puak dalam group wassap ni macam tak suka je pulak kan.. 
Nak buat macam mana.. orang hati busuk memang macam tu.. susah kalau tengok orang lain bahagia. Cakap je la jeles tengok tomato Hana menjadi.. 
Jeles sebab hana dah tak payah lagi beli tomato kat pasar.
Sebab hana punya tomato
JIMAT, MUDAH, ORGANIC!!

Orang kata
'Treasure every little things in your life, 
because you'll never know what happen in the future'
Ye lah.. mana tahu kalau in the future hana jadi pekebun tomato yang berjaya ke.. kan?
Berangan!!!

Sunday, January 1, 2017

161228 :: Cameron Highland Trip - Part I

Ahlan wa sahlan 2017
Assalamualaikum dan selamat Tahun Baru 2017 buat semua.. Semoga Tahun Baru kali ni menjadikan kita lebih matang dalam menangani masalah dan supaya kita menjalani hidup ini bersama-sama dengan keberkatan dari Allah S.W.T.. Apa-apa yang berlaku pada tahun 2016 tu semuanya dah berlalu dengan jayanya.. Apa yang penting, jika ada kesilapan yang lepas tu diharapkan kita mengambil iktibar darinya. Sementara kenangan yang baik tu kita 'cherish' dan menjadi motivasi untuk kita lakukan yang lebih baik dalam hidup.

Dalam entry kali ni Hana nak cerita tentang Trip to Cameron Highland kami. Peserta yang ikut sama pada hari tu ialah: Mak, Ayah, Kakyang, Husna, Intan, Hana & Suami. Tujuh orang semuanya. Abangcik tak dapat ikut sebab dia baru masuk UiTM Jasin pada 18/12/2016 lepas. Abangnyah pula isteri dia, Najwa dah sarat mengandung cuma tunggu hari je nak bersalin.

Cameron Highland Trip Intro
Trip ni memang Hana & Suami dah rancang lama dah. Memang hajat di hati nak bawak family sebelah Hana pergi trip. Lagi pun, ni first time En.Suami melancong dengan family bersama mak dan ayah memandangkan family sebelah dia semua dah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Kami tempah awal-awal cari dekat booking.com dan dapat lah satu homestay ni dengan tiga bilik dekat Crown Imperial Court, Brinchang. Mahal la jugak walaupun dah booked 4 bulan awal. Walau bagaimana pun, kitorang tetap berpuas hati sebab dapat homestay yang lengkap dengan kemudahan dan paling penting ada Wifi.

Sebenarnya banyak je homestay yang murah kat sana dan senang je nak dapat kalau korang join CAMERON HIGHLAND GROUP ni kat facebook. Kalau ada yang last minit cancel booking pun mereka bagi tau kat situ juga. Kalau tak tau nak pergi mana pun, ramai ahli group yang beri cadangan dan tunjuk gambar mereka serta pengalaman mereka ke sana.

Apabila perjalanan dah dirancang awal-awal, mestilah kita dah ada tentatif program untuk trip kita kan? Yang kat bawah ni Hana punya plan lah.. tapi plan macam mana pun, kita hanya merancang, Allah yang menentukan semuanya.


Memandangkan Hana & En. Suami dah hantar kucing yg 4 ekor tu ke cat boarding, malam tu kami terus gerak ke rumah mak tidur kat sana dan bangun pukul 4 pagi untuk bersiap dan bertolak ke Cameron Highland.

28 Dec 2016 - Hari Pertama
Kalau ikut rancangan yang telah diatur, kami pergi ikut Tapah dan balik ikut Simpang Pulai. Tapi Mak & Ayan cadang nak balik juga ikut Tapah. Hana & Suami memang sengaja nak ikut Simpang Pulai sebab nak experience jalan alternatif ke CH.

Kami sampai di Lata Iskandar dalam pukul 8.15am dan singgah sarapan kat sana. Nasi lemak kami dah beli awal-awal di tepi jalan sebelum drive naik ke Lata Iskandar. Nasi lemak sebungkus RM1 En.Suami belikan 7 bungkus. Ada sambal ikan bilis petai dengan telur dadar.. sedap sangat.


Dalam pukul 10.00am kami sampai di Mossy Forest. Jalan dia memang mencabar. Dengan lorong yang sempit dan berlubang-lubang tu, kami bawa Myvi kami naik sampai atas. Ayah pulak bawa Saga lama. Risau jugak dengan kereta tu sebenarnya. Kat Mossy Forest sangatlah sejuk sampaikan Hana yang pakai sweater ni pun menggigil kesejukan.



Sebenarnya kami tak treckking pun sampai puncak Mini Irau. Kami hanya jalan-jalan dekat trailing deck yang Jabatan Perhutanan sediakan sahaja. Lagi pun sebelum naik tadi ada banner bagi tau yang aktiviti jungle trecking tak dibenarkan atas tujuan keselamatan. Lagipun waktu ni musim hujan. Jadi, berkemungkinan trek licin dan peluang untuk tergolek ke dalam gaung tu adalah tinggi.



Kami bergerak turun dan menuju ke BOH Sungei Palas pula lepas ni. Tapi kereta Saga lama Ayah tu terkandas antara simpang kat Mossy Forest dengan BOH Sungei Palas. Nak buat macam mana.. Terpaksa la hantar bengkel. Jadi yang ikut Hana & En.Suami ke BOH Sungei Palas hanyalah Husna dan Insyirah. Kakyang ikut mak dan ayah cari bengkel kereta.


Sebelum ni Hana & En.Suami dah pernah pergi ke BOH Tea Estate dekat Ringlet masa short trip dengan Abangcik setahun sebelum tu. Jalan untuk ke Tea Eatate tu pun lagi elok dari yg Sungei Palas ni. Sebab kat area sini banyak kawasan baru dibuka dan jalan pun tak berapa elok sangat.



kami tak berpeluang nak minum pagi kat sini. lagipun ramai sangat orang. Kalau nak datang minum, kena sampai lebih awal. Kami hanya jalan-jalan bawa budak dua orang ni dan beli beberapa bungkus/kotak teh berperisa.

Kami turun dari BOH Sungei Palas ke Brinchang untuk cari ibu bapa kami yang dekat bengkel kereta. Repair kat sini agak mahal juga berbanding dekat bawah. Disebabkan perut dah lapar, kami nak pergi ke Cafe Lorong @ Kea Farm. Dengar cerita makanannya sedap dan harganya pun murah.
Jadi, kita sumbat je semua orang dalam Myvi. Lagi pun Cafe Lorong tak adalah jauh sangat dengan Brinchang.

Muka Kelaparan vs Muka Kekenyangan

The best thing about this place is, dia bagi sayur banyak kat setiap hidangan tu. Mentang-mentang sayur kat sini murah yer! Macam gambar kat bawah ni, Husna makan Nasi Goreng Pattaya, Hana makan Bakso, En.Suami makan Nasi Ayam.. Yang lain makan Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng Kampung. Dan of course la dengan air teh o' strawberry panas. Walaupun minuman sejuk kat sini nampak sangat menggiurkan tapi rasanya tak lalu nak minum sejuk-sejuk masa tengah sejuk macam ni.



Selesai makan, kami jalan-jalan di Kea Farm Banyak sayur murah-murah kat sini. Memang rambang mata dibuatnya. Bunga-bunga segar kegemaran Hana pun ada. Kat Kea Farm Hana beli bunga Eustoma dua bungkus harganya RM15 kalau kat KL satu bungkus pun dah sangat mahal.



Nampak tak gambar yang nombor 4 kat atas ni? yg tu adalah chalet kat Kea Farm. Dengar kata harganya pun berpatutan.

Pukul 4.30pm kami bergerak ke Homestay untuk check in, solat dan berehat. Makan malam, mak berhajat untuk masak je, jimat sikit belanja kan! Lagipun kat homestay ni ada dapur. Macam-macam dia bawak, gula, garam, kopi, sardin, beras dan bawang pun ada. Rice cooker pun mak bawa jugak. Hana & En.Suami bawa sikit-sikit je macam gula, telur, maggi, roti dan tuna.

Dekat CH ni tak banyak aktiviti malam yang kita boleh buat selain dari makan dan pergi Pasar Malam Brinchang. Jadi kita ambil peluang kumpul tenaga untuk jalan-jalan esok hari. RECHARGE!!

Bersambung...

Tuesday, November 29, 2016

161129 :: Pregnant ke tak ni?

Hujung tahun ni dah masuk tahun ke-dua kitorg kahwin. Jujur Hana cakap, setiap pasangan yang berkahwin mestilah nakkan kehadiran cahaya mata dalam hidup rumah tangga. Kalau ikut doktor, kalau dah tahun kedua berkahwin, masih lagi x dapat anak, melayakkan kami untuk pergi fertility clinic.
"Asyik tengok anak orang jer, bila nak dapat anak sendiri" semua orang tanya macam ni.
"Comelnya budak ni!" sambil senyum sorang-sorang.
"Orang bela kucing susah nak dapat anak" eh, salahkan kucing aku pulak. Dan macam-macam lagi pe'el orang sekeliling yang bukannya nak mendoakan ke apa, tapi buat tambah menyakitkan hati...
Kawan-kawan post gambar anak kat facebook kita hanya mampu pandang jer. Tumpang bahagia.
Realitinya, memang ramai je dikalangan kawan-kawan hana dan kawan-kawan suami yang belum lagi berpeluang untuk menimang cahaya mata sendiri. Ada yang dah 5 tahun kahwin, 8 tahun, 14 tahun.. Kuat betul diorang kan? Yang ulang alik pergi fertility clinic... Nampak tak betapa dioarang betul-betul nak anak?
Dari segi psikologi, orang-orang yang desperately nak mengandung ni dia akan ada simptom-simptom macam orang mengandung, seperti badan panas dan berpeluh secara tiba-tiba, rasa mual nak muntah, craving, pening, cepat penat dan ada yang perut dia bloated mcm orang yang mengandung. Kasihan kan? Dalam movie pun ada tunjuk behavior orang-orang macam ni.
As for me, my period is overdue.. Tapi buat UPT (urine pregnancy test) negative pulak.
Sabar Hana. Sabar... Doa banyak-banyak.. InsyaAllah.. Rezeki tu ada, mungkin belum sampai lagi.. Nak tunggu sampai hari ke 50 overdue, nak buat upt lagi sekali..
Doakan kami...

----------------------------------------------------------------------------

After a while, to be exact: 46 day late luteal, Hana period...
Bila period, semuanya terjawab yang Hana tak pregnant..
Lain kali.. Insya Allah

Tuesday, November 1, 2016

161101 :: Sprout Salad

Great salad with great taste!
Ingredients:
1 bowl of bean sprout
1/2 can of tuna
1/2 red onion (thin sliced)
1/4 carrot (thin sliced)
1pcs tomato (small cube)
2tbs mayonaise
1 sliced of lemon
Method:
1. Mix them all in one bowl
2. Ready to eat

Saturday, October 31, 2015

Wedding Note #24: Wedding Photo Part IV - Photographer, Photo & Photobook

Photographer

If you refer to my past post, Hana ada bagi tau tentang photographer yang kitorang lantik kan? Tapi tak apa, kat sini Hana sertakan semula link  Everybodyphoto untuk korang rujuk dia punya kerja dan boleh contact beliau dekat situ. Dan dekat bawah ni Hana paparkan hasil tangan beliau dengan kami.

Photo

Nak tengok gambar? Boleh cari post Hana tajuk 150425 :: Kenduri Sebelah Lelaki. Dekat post tu hana ada letak gambar yang OP ambil masa kenduri kitorang tu...

Photobook

Inilah dia photobook yang Hana DIY sendiri dengan menggunakan khidmat Photobook Malaysia.
Ada macam sentuhan professional tak? Hehe


Tuesday, June 30, 2015

150629 :: Happy Birthday Mr. Hubby!!

29th of June adalah Birthday En. Suami yang ke-37 dah tua dah dia?

Yer.. Kitorang 10tahun beza..

Untuk Celebrate birthday-man, Hana buat surprise iftar kat Bora Ombak, Ampang..
Gagahkan diri untuk yang tersayang sebab dah booking dan dah bayar walaupun tak sihat.
Ambik pakej berbuka puasa jer senang! Buffet.. makan la puas-puas.. hari ni kita cuti terawih..

From Facebook:
Surprise iftar minggu lepas sempena dengan birthday man mr. @delirian yg ke xx (dah tua dah).. Happy birthday abang.. Thanks sebab tolong hana buat kerja rumah, cuci berak chot n onie & x pernah merungut makan masakkan hana walaupun x sedap..
Sayang abang sampai syurga..
(Birthday suami punya pasal, demam2 pun redah jer sbb dah bayar. Tgok tu.. Tersipu2 org wish birthday kat dia..)


Wednesday, May 6, 2015

150425 :: Kenduri Sebelah Lelaki

Kenduri kami sebelah lelaki, totally simple..
Catering: family nak masak sendiri,
Khemah: 3 canopy tetamu, 1 canopy rewang.
Decor: DIY sendiri
Theme: Pink
Baju lelaki: Kemeja Pink & Seluar Slack Beige
Baju perempuan: Jubah Bella Ammara Beige & Tudung Pink.
Yang penting, photographer mesti ada.




Sedikit sebanyak gambar hidangan...





Dan tetamu yang datang...



Family & Friends






Yg ni.. Gambar kami la.. haha
(Kasi can sikit)





Gambar paling win!

Doakan perkahwinan kami berpanjangan hingga ke Syurga
. . .