Saturday, April 4, 2009

~aku jatuh cinta....

a study on AUP1121 Islamic Urbanism


aku jatuh cinta pada tanah haram Makkah al-Mukarramah
penuh keberkatan penuh keinsafan
bandar kelahiran Nabi Sallallahu alaihi Wasallam
aku jatuh cinta pada Madinat al-Munawwarah
pada Nabawi masjid nabi
Permulaan pada perkembangan dunia Islam
dari ad-din, madinah ke tamaddun

aku jatuh cinta pada Mawlay Idris akan doanya untuk Fez
bandar dibina bukan untuk kebanggaan
aku jatuh cinta pada al-Hambra
laman yang tertutup untuk puteri-puteri istana
pada ukiran nama Tuhan ku di dindingnya

aku jatuh cinta pada bandar Baghdad
pada Basrah yang penuh sejarah amir Umar Al-Khattab
di muara sungai Tigris Euphrates
aku jatuh cinta pada the four gates or rounded city
digelar Madinat al Salam bandar penuh ketenangan
oleh abbasid Abu Jaafar al-Mansur
dengan masjid sebagai titik pertemuan

aku jadi bertambah cinta pada-Mu ya Allah
pada ilmu yang telah Kau turunkan kepadaku
kepada ummat sebelumku
dan selepas dari ku.
pada Al-Quran yang Kau turunkan
rujukan buat sepanjang zaman

aku jadi cinta akan kedamaian
aku jadi cinta pada kebaikan
aku jadi cinta pada nabi nabi yang kau utuskan

Kau ciptakan dunia penuh keindahan
kerana keindahan itu juga milikmu
Kau ciptakan ilmu luas meliputi semesta
kerana ilmu itu datang darimu
kau ciptakan manusia dengan akal fikiran
kerana akal yang kau berikan agar aku berfikir
agar aku sujud pada Pencipta ku...

No comments:

Post a Comment

:: guruh berbunyi ::