Wednesday, May 9, 2012
Ibu oh Ibu~
::20120519::
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiada bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih dari dosa). Maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari)
Hari ini saya disajikan dengan video paling polpular di facebook berkenaan dengan perilaku seorang ibu yang memperlakukan anaknya yang masih bayi sedemikian rupa. apakah tidak ada belas kasihan di hati nya sedangkan saya tatkala mahu menghambat kaki seorang adik kerana merayap seharian suntuk pun menitis air mata apabila memikirkan kesakitan yang dialami olehnya...
Mana belas kasihan seorang ibu yang dianggap penyayang? Ibu yang dimana syurga adalah dibawah telapak kakinya..Ibu yang sepatutnya membelai dengan penuh kasih sayang~ dipujuk ketika sedihnya anak~ dimanja ketika tawanya anak~
Berbual dengan seorang ibu beranak dua di tempat kerja, dia menyatakan:
"sakit hati dengan perangai budak2 ni, nak marah x sampai hati tapi tengok balik gelagat diaorang akak gelak sorang. Langsung x jadi nak marah"
Anak adalah penyejuk mata, dia lah penawar, dialah racun... sungguhpun saya bukan seorang ibu.. naluri keibuan yang lahir semulajadi di hati sebagai seorang wanita menyebabkan saya merasakan bahawa bukan ini caranya.
Pepatah melayu mengatakan: 'Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan'. pepatah ini hanya menyatakan cara mendidik anak yang sudah mengerti baik buruk sesuatu perkara tapi x bermaksud lah ditangankan si anak kecil yang tak mengerti apa2...sementara si suami keluar meninggalkan isteri di rumah untuk mencari rezeki.
Namun apa yang berlaku pada ketika ini sudah jauh menyimpang dari yang sepatutnya.
dunia dah terbalik.. pepatah lama x boleh diguna pakai lagi~ sayang bertukar benci : 'benci anak tinggal-tinggalkan, benci isteri tangan-tangankan'
"Tatkala amarah dan keraguan menguasai diri, Syaitan berada di sekeliling kita bersorak gembira."
Saya sayang mak saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
:: guruh berbunyi ::