Wednesday, July 2, 2014

Wedding Note #7: Kad Kahwin - Part II

Salam,
Hari tu hana dah cerita pasal cari bahan untuk kad. Untuk entry kali ni hana nak cerita pasal draf design pulak...

Next! hana nak cerita pasal sampul pulak sebab hari tu masa survey brown paper lupa nak survey sampul sekali. (Lain kali plan betul-betul!! T.T). Hana pergi tengok sampul dekat Advanco, Taman Melawati jugak tapi pergi dengan Mr. F. Untuk sampul kad, Mr. F suruh ambik warna putih sebab kalau semua nak pakai material sama dengan brown paper nanti x kenal pulak mana satu kad, mana satu sampul.. Heee~~. Betul jugak...

Tapi sampul ni kitorang pakai untuk yang bagi by post je tau. By hand kitorang nak pakai doilies je. Nanti xde la kad tu bogel je.. dah la sekeping.. x manis di pandang.. hehe. Kalau macam tu, sampul tak payah la beli banyak-banyak.

Sampul harga dia 1 pkt = RM 7.00(100 pcs).
Jadinya nanti kena beli:
3 pkt (300 pcs) x RM 7.00 = RM 21.00

Tapi haritu beli 1 pkt je dulu dengan brown card 3 pkt sebab salah beli haritu.
So, total cost untuk kad kahwin sekarang dah jadi:
2 pkt brown card = RM 15.00
3 pkt sampul       = RM 21.00
Jumlah                = RM 36.00# (Jumlah terkumpul setakat ni)

Ok.. untuk design kad kahwin hana pakai adobe illustrator pastu template dia hana tengok pada gambar je. Nampak macam plagiat tapi hana memang buat sendiri pakai adobe illustrator pastu ada la modify sikit-sikit. Overall memang la nampak sama. Tapi boleh dikira titik peluh saya la jugak... kan!! Huhu.. (nak jugak tu..)

Hana memang nak letak pantun dekat kad. Sebab kalau letak doa atau terjemahan hadis & ayat quran rase macam tak best pulak sebab kad tu nanti orang nak buang. (Bagus gila kalau ada orang yang nak simpan kad ak!). Ok, untuk sebelah hadapan kad die jadi macam ni tapi saya potong sikit untuk rahsiakan nama pengantin lelaki dan tarikh kahwin atas sebab peribadi. Hehe :P

Front

Untuk peta ada sedikit masalah sebab hana tak pernah buat. Pastu konfius.. nak buat pakai photoshop ke illustrator? Sebab macam senang je kalau buat map pakai photoshop.. Ok, takpe. Kita web surfing dulu untuk tengok tutorial bagai.

Any changes are upon final discussion and will be amend later.

Ciao~

--------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: Bila tunjuk draf kad kahwin ni rasa blushing pulak tiba-tiba.. Huhu~~

No comments:

Post a Comment

:: guruh berbunyi ::