Wednesday, December 17, 2014

141213 :: Sudden Trip to Bukit Tinggi, Pahang

The trip was so sudden sebab kebetulan keluar tapi tak tau nak buat apa. Actually, this trip is quite meaningful because:
1. It is our last trip before our Wedding Day.
2. First long trip sebab Mr. F passed the driving test. (Selama ni tak ada lesen dan tak reti memandu).
3. We're both pokai. Duit pun tak ada sangat sebab dah banyak pakai untuk majlis.
Let's Go!!
Then, we decided "Jom, Bukit Tinggi!"
Melepasi Tol Karak dari Gombak, Bukit tinggi beralamat: KM 48 Persimpangan Bertingkat, Lebuhraya Karak, Daerah Bentong, Pahang.
Disebabkan dua-dua tak pernah pergi Bukit Tinggi, masa drive tu kami terlepas simpang.
Nak masuk ke sana kami dikenakan bayaran RM 13 sekepala bagi dewasa. Tak perasan pulak untuk kanak-kanak berapa sebab kami tak bawak kanak-kanak. Mujur tak mahal sangat sebab dalam wallet masing-masing tak sampai RM 50.. Kesian kan? hehe..

Banyak aktiviti yang boleh buat kat sana. Kalau perasan, banyak sangat penunjuk arah dan pastinya orang tak akan tersesat. First place to go is Japanese Village. Sepatutnya memang kena pergi Japanese Village dahulu pun sebab parking kat situ. Kemudian kami kena menapak naik ke Japanese Village. Tapi jangan risau, semua orang pun jalan kaki naik atas tu. Semput juga lah bila orang macam kami yang tak pernah excercise nak naik..

Kami jalan perlahan-lahan jer dan ada berhenti-henti sikit sebab tengok pemandangan bukit-bukit yang terbentang luas.
Truly Mesmerizing
Nak Selfie jugak!
 Cuaca waktu tu agak terik tapi dingin. Faham tak agak-agak? Haa.. sebab tu kena pergi sendiri.. Sejuk la jugak dengan air embun memercik-mercik walaupun masa kali sampai tu dah lepas tengah hari.
Dekat Entrance
Gambar atas ni dekat entrance ke Japanese Tea House. Dekat situ dia ada tulis
Selamat Datang ke Rumah Teh Jepun yang pertama di dunia dalam hutan Tropika.

Lepas ni ada banyak lagi gambar selfie dan harap-harapnya tak ada yang meluat tengok kami yang asyik selfie jer.
Pintu Masuk Japanese Tea House

Bahagian dalam Japanese Tea House. Ambik gambar dari luar je

Bahagian luar rumah. Comel je rumah ni

Saje feeling-feeling macam ada kat jepun

Pada saya, reka bentuk taman dia memang macam berada di Jepun (sebab saya tak pernah pergi ke Jepun) tapi pakai tumbuh-tumbuhan tempatan dan tumbuhan yang beriklim sederhana. Ada denai air (river creek) yang cantik dan mendamaikan yang melalui celah-celah batu. Dalam air tu boleh nampak ikan berenang-renang. Memang cantiklah walaupun man made garden. Nampak natural sangat.
River Creek


Left: Di satu bahagian di rumah Jepun. Right: Nurseri
Sebenarnya kami sempat pergi Japanese Tea House sahaja sebab kami sampai dah lepas tengah hari. Tak dapat nak pergi Colmar Tropicale sebab keluar dari Japanese Tea House dah nak petang sangat dah. Memang akan datang lagi ke Bukit Tinggi!

Sayonara!!

No comments:

Post a Comment

:: guruh berbunyi ::