Monday, March 2, 2015

Wedding Note #17: Hantaran untuk pengantin lelaki

Salam, semua.. untuk hantaran bagi pihak lelaki, penat kita nak cari tema supaya tak ada la feminine sangat. As for me, Hana suka betul tengok hantaran-hantaran yang Hasya Harum buat contohnya mcm ni...
by Hasya Harum
Justeru.. kita buat yang termampu je la yer.. dengan bajer ciput memadailah dengan apa yang ada.
Hana beli bunga-bungaan segar untuk hantaran dan hand bouquet termasuk span. Masa tu hari khamis (cuti Krismas) dekat Floristika, Bangsar.. balik2 jer terus letak dalam baldi. Macam-macam petua Hana dengar untuk kekalkan kesegaran bunga. Letak dekat blik air, letak panadol, letak air 100plus. Tapi hana letak panadol jer.. jadi la..

Base dia hana pakai lapik kek boleh dapat dekat mana-mana kedai kek. Kemudian hana balut dengan kertas kraf yang besar dan akhirnya tampalkan lace pada permukaan dia.

Base Hantaran


Disebabkan hana pakai fresh flower, barang-barang hantaran hana kena siapkan awal-awal sebelum cuti. Susun-susun supaya kita tau nanti susun atur dia mcm mana. Nak gam ke, nak ikat ke, nak reben ke.. kena fikir awal..

Malam sebelum majlis, boleh la start menggubah fresh flower dekat hantaran. kalau nak tau mcm mana nak gubah, dekat blog B2B lain pun ada bagi tau. Span H2O yang kita beli tu kena rendam lepastu bungkus dengan aluminium foil atau sling wrap. Kemudian cucuk jer bunga kat atas tu.

Susun punya susun.. inilah jadinya hantaran hana...
1. Pulut kuning (sempoi gila mak hana bungkus rendang pakai plastik niaga dengan gelang getah jer)
Pulut kuning

2. Sling Bag (Beg ni besar lagi sebenarnya tapi hana lipat dua lepastu ikat dengan reben)
Sling Bag

3. Kemeja, tie & seluar slack (kita pakaikan tie tu siap-siap dekat collar baju tu. seluar panjang pulak letak diantara lipatan baju kemeja tu).

Baju kemeja, tie & seluar slack

4. Buku motivasi (2 buah) kat bawah buku tu ada paper stand. tu yang jadi senget sikit tu.

Buku motivasi

5. Wallet, belt & tie (kesian tengok belt dia nak hancur dah.. nanti pakai yang ni yer...)
Wallet, belt & tie

6.  Penjagaan muka (beli dekat Guardian Wangsa Walk haritu.. Siap ada free gift lagi.. Dengan free gift tu sekali hana letak kat hantaran)
Vaseline giteww~~

7. Cake in a jar - chocolate mascarpone cheese. (Gambar ni jer yg ada sebab masa photographer ambik gambar kek ni ade dlm peti sejuk. Yang ni pun crop dari mana2 gambar nikah yang paling clear.. kekeke)

Nanti sambung pulak dengan entry hantaran untuk pengantin perempuan.
TBC...

No comments:

Post a Comment

:: guruh berbunyi ::