Monday, September 7, 2009

Dah setengah bulan puasa

malam tadi n alam semalam bulan penuh menandakan dah setengah bulan kita puasa...
bunyi mercun dan meriam dah akin meriah hari demi hari...
teringat kat umah.. rindu kat kampung.. x tau balik mana tahun ni...
perasaan nak sambut raya pun dah makin membuak2.. klu buat keje kat studio.. lagu2 raya drp laptop yg terbasang dahpun berkumandang...
rasa2nya tahun ni raya kami sederhana jer...
x ada yg istimewa...baju raya pun klu x sempat buat, pakai yg lama jer... memandangkan keadaan keluarga kami yg belum cukup stabil.. aku jadi takut...takut sangat~
x tau nape.... hati aku kosong... kosong sgt...
ape yg aku nak sbnrnya???
kdg2 aku jeles yg org...seronok bila balik umah...
aku???

Saturday, September 5, 2009

from a-z

A_ aku. list ni nak cerita pasal aku
B_bangun pagi. jam da pkul 10lebih~ tertinggal kelas rec...x komitednye aku dgn kelas skill nih... kelas stat pkul 8. tapi skrg da pukul 10.. bagus la.. tdo lepas subuh... xpe petang nanti ade lagi pukul 5~ sekali ngan iftar ngan dak2 recreational skill skali.
C_cinta?? aku single~
D_dalam ke luar~ klu dalam bilik aku.. luar ade blok2 mahallah ameenah yg lain
E_entah!!! aku pun x tau nak kata ape sbb ni cuma repekkan..
F_fikir2 balik, aku mmg saje nak merepek kat sini sbb dah lama aku x megadap blog nih
G_guna otak. ya! fikir mesti guna otak bukan dgn kepala lutut...
H_hari ni....sabtu. plan?? x tau lagi~
I_ingatkan aku pasal selasa petang pukul 2-4 ade prelim jap kat studio~
J_jadi ke x jadi??? ape yg jadi?
K_kalau aku dgn dia... ape pndapat korang???
L_lama dah budak tuh x online~
M_mana dia??
N_nak pukul 12 dah lagi 30 jam...
O_ops~ baju aku dalam baldi...rendam semalam.. jgn lupa basoh. nanti b'kulat~
P_petang ni pakai baju kurung ke???
Q_Q??? ak nak kata ap??
R_rumah. aku x balik rumah lagi 1st puasa harituh jer...malas nak balik rumah~
S_sebab ape~ klu nak tau tanya aku sendiri~
T_taknak??? sudah~ aku pun x nak citer...
U_untuk ape aku citer klu org x nak tau~
V_violence~ terhadap hati aku~ selalu aku buat die sakit...
W_whatever~
X_X <<Y_yang lepas tu biarlah~ yang skrg ni...hmmm~
Z_ZzZzZzZ... nak sambung tido ke??? da tghari la....

Monday, August 24, 2009

entahlah wahai hati~

kalau nak di bilang, aku malu...
kalau nak di kira, aku segan..
aku sendiri geram dengan perasaan hati..
terlalu mudah jatuh cinta..tapi susahnya untuk melupakan.

bila datang yg lain, aku cuba tolak.
aku kata dengan hati, aku pujuk hatiku.
dia bukan untukku. lalu aku bersabar.
tapi aku kalah.
aku kalah pada perhatian
yang tinggal nanti hanya harapan.

sia-sia. tapi aku x mampu...
walau aku mahu...
tapi aku tetap x mampu.
terlalu siksa
aku teruskan tapi hati sakit

aku mahu mereka pergi
jauh dari hati...
dan aku berharap agar aku buta
agar aku x terpesona dgn cinta~
aku harus lari...

Thursday, August 6, 2009

Suami Terhebat

Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.

1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.

p/s: bukan memilih... tetapi kita dituntut utk memilih~
credit to my mum~ bersabarlah...

Tuesday, July 21, 2009

membuka pekung di dada....

kalau aku ceritakan semuanya kat sini.. seolah2 aku adalah sebuah tempayan yg mulutnya sentuasa terbuka.... dan yang pasti semua keburukan dan debu2 hitam bertebaran keluar di khalayak...dan sudah pastinya merebak di khalayak atau berterbangan di udara... ini sudah sepatutnya aku jaga. rahsia yg sepatutnya aku jaga dah terbuka....

dan aku telah kembali ke UIA n i'm so relief...
terlepas dari semua perkara...
aku tinggalkan semua masalah....
professional.
but not sekular...

berjumpa semula dgn ulama'-ulama'(scholars) PhD n masters....


dan aku tinggalkan semua resah ku
untuk bersamamu
aku pasrah dalam ketiadaan
biar hati sakit mengenang yang jauh
bukan bererti aku melupakan
hanya ingin lari dari sebuah kehidupan
>nuha text it<

Friday, June 19, 2009

KAYU MANIS CONSULTANT-SERI SUARAH GUEST HOUSE, IIUM Intergrated Multidiciplinary Project,2009

http://www.youtube.com/watch?v=FbflMScW6a8

thanks to all person that hardly contribute in the making of this video~

Saturday, June 13, 2009

nothing that always goes like we want~

kadang2 aku teringat balik mse sekolah dulu (sekolah rendah) pegsekolah dengan belanja RM1.00 dan kadang2 RM1.20..
bukan nak cerita tentang kesusahan tapi nak mengingatkan aku untuk bersyukur...
kalau pergi sekolah agama kadang2 x belanja langsung sbb kat sekolah kebangsaan dah terlebih belanja...
klu makan hanya guna 50sen dan duit kelas 20sen hanya tinggal 30sen.. boleh dapat kuih sebijik jer...klu x, minum air kosong bawak dari rumah jer la...
bekal? klu sempat jer...
tapi kalau lupa nak bawak botol air, cuma teguk air paip jer...

masuk sekolah menengah seminggu aku akan diberi RM10 dan kadang2 dapat RM20..
sebab aku dok kat asrama yang makan 5 kali sehari, kira duit belanja tuh cam x guna sgt... sbb biasanya time rehat aku dok kat library. x pon puasa sunat...
biasa la, klu dok asrama mmg selalu bangun awal kan...

bila dah masuk matrik, belanja jadi meningkat kepada RM100 untuk sebulan dan jumlah belanja yang digunakan biasanya akan bertambah disebabkan oleh perkara2 tertentu...
pada waktu ni.. perasan segan nak mintak duit dari mak ayah dah mula segan... sbb rasa diri da besar...tapi orang kata, selagi x berkerja atau berkahwin, makan pakai mak ayah yang tanggung... walaupun begitu, aku tetap rasa segan....

masuk U, nilai bertambah kepada RM50 seminggu. dan kalau dalam sebulan lebih kurang 4 minggu, maknanya sebulan RM200... dan nilai tersebut akan bertambah kalau ada perkara2 tertentu... dan semestinya aku segan lagi... PTPTN aku plak masuk lambat.. dah 2nd sem baru aku dapat PTPTN sbb ada kesulitan dalam borang aku... tapi aku bersyukur sbb PTPTN aku masuk lambat.. boleh aku beli laptop...

bila short sem, aku jadi lebih segan.... PTPTN banyak habis kat projek.... jadi, xde ape yg tinggal utk short sem.... tanggunga dari mak ayah jer... mungkin dusebabkan aku perempuan aku x rasa sgt... kalau aku lelaki mesti x tertanggung rasanya segan aku tu....

kadang2 aku rasa keadaan saja jer menyiksa aku... mintak duit lebih2... sedangkan aku x berapa mampu.... aku yang x mampu ni pun kadang2 segan nak mintak claim kalau sesuatu tuh sekadar 5ringgit jer... x per la.. kira halal... cuma niat utk tolong jer... kalau aku mintak claim... mesti nilai duit akan meninggkat... aku rasa cam susahkan org lain pulak...

cuma yg aku rasakan susah sekarang nih adalah.. aku cuma mampu utk bagi RM25 je out of RM30 sbb hanya tuh jer yang aku ada skrg ni..... untuk seminggu ni, belanja aku cuma RM5.. pandai2 la nak berjimat....