Tuesday, April 1, 2014

20140401 :: Crafting...

Dear blog,
Recently (dah lama pun sebenarnya) sy buat kerja2 crafting ni.. N dah banyak pun yg sy buat.. So kat sini saje nk share beberapa hasil titik peluh sy untuk tatapan anda semua... Byk lg ni.. Ade masa sy upload lg...

Wednesday, November 13, 2013

20131113 :: Dreams which I'd like to make it comes true

Apabila org bercakap tentang 'Dreams', kita boleh mengklasifikasikan jenis 'dreams' itu kepada beberapa kategori antaranya:
1) Small dreams
2) Big drams
dan di antara kedua-dua dreams ni boleh kita labelkan short term dreams atau long term dreams... dan ada juga di antara dreams kita tu yang kita x pasti akan jadi long term atau short term.

Apa-apa pun yang kita inginkan, kita harus buatkan ianya nampak jelas (make it clear) letakkan matlamat dan bagaimana kita nak capai kita punya dreams tu... dan kronologinya, jika kita tak mampu nak terbang sampai ke bulan, sekurang-kurangnya (at least) kita kenalah terbang sampai ke awan dulu.

Dreams which I'd like to make it comes true
1) Pursuing masters in oversea's university (Targetting Korea)
2) Holiday in Spain (I love Alhambra the most)
3) To build a Villa for my mom (will turn out to be homstay)
4) Opening a bakery supplies shop (who knows it will turn out to be a franchise business)
5) Performing pilgrimage with my parents
6) Get married before 29 (Umur wajib kahwin~~ haha)
7) Jadi kaya dan beriman (wah2!! ni wajib)
8) Masuk Syurga!!!!!!!!! (Ultimate dream ni!!!! -exited-) huhu!!!!

Things which I'd like to have/own/make
1) Samsung Note ___ (it'll have the latest version by time)
2) Nikon DSLR ____ (it'll have the latest version by time)
3) a sewing machine
4) wearing braces (uneven position of my teeth makes it hard to care)
5) will buy a house after settling my car loan (i will 33 at that time)
6) buy a dream car (previously I really love suzuki swift but I hate the new edition's design - still seeking for a dream car.. hehe....)

Achived!!!!
1) Got a degree (2011 - 23rd)
2) Find a better place to work after 1 year working experience (2012 - 24th)
3) Buyying an affordable car - Myvi Ezi 1.3 (early 2013 - 24th)

Mungkin dalam list ni ada yang tertinggal... Segala yang baik itu datang dari Allah, apa yang buruk tu disebabkan oleh kekurangan diri saya sendiri.... Apa-apa pun, kita hanya merancang, Allah yang menentukan.. doa hari2!!! Kadang2 kita fikir apa yang kita nak tu baik untuk kita, tapi kite kne tau yang Allah lagi tau apa yang terbaik untuk kita.. kita hanya perlu berusaha dan jangan lupakan DIA!!

Salam~~

Monday, October 21, 2013

20131021 :: Menanti dalam hujan

Duduk di bangku taman,
Mendongak ke langit,
Terlihat awan berarak perlahan.

Dan angin bertiup,
Dingin menyapa,
Ku pejam mata tenang dirasa.

Lalu titisan hujan,
Jatuh ke pipi,
Terdengar guruh di langit.

Tersedar dari lamunan,
Bimbang kebasahan,
Namun hujan x bisa sakiti aku.

Lalu muncul bayang bayang,
Memayungi diriku,
Mengajak aku pulang.

Berjalan dalam hujan,
Hilang semua bimbang,
Hati tersenyum girang.

Gemersik di telingaku,
Berbisik padaku,
"Sayang, jangan kau jauh dariku.."



Saturday, October 19, 2013

20131019 :: bila sendirian...

bila hujan turun, aku fikirkan kau.

bila angin bertiup, aku fikirkan kau.

bila burung menyanyi, aku fikirkan kau.

bila bintang berkelip, aku fikirkan kau.

ternyata rindu ini lebih parah bila dunia tanpa engkau...


bila kesejukan menggigit, aku fikirkan kau.

bila panas membakar, aku fikirkan kau.

bila jalanku terhenti, aku fikirkan kau.

bila langkahku mati, aku fikirkan kau.

ternyata aku rindukan engkau setiap hari...


bila saat berdetik, aku fikirkan kau.

bila hari berlalu, aku fikirkan kau.

bila bulan berganti, aku fikirkan kau.

bila tahun ini bakal pergi, aku fikirkan kau.

ternyata aku akan kaku bersama masa depanku bila ketiadaan engkau...

Friday, May 11, 2012

20120511:: Bukan jalan ini~~

Ya Allah, aku pohon kekuatan darimu kau beri ujian padaku~ aku terima dengan hati yang terbuka dan aku berharap agar dapat tempuhinya dengan sabar.. semoga aku beroleh kekuatan dari ujian yang kau turunkan buatku~ hanya kau yang mengetahui akan setiap kejadian~ sungguhpun ini bukan jalan yang mahukan tapi kau buka jalan lain untuk aku tempuhi.. sungguhpun selok belok jalan yang kau buka untukku tidak aku kenali, tak pernah aku pelajari~ biar seribu jalan baru yang kau buka untukku, semoga aku tidak tersasar dari landasan-Mu...
 x semua yang kita nak kita akan dapat~ x semua yang kita suka kita akan perolehi~ kelebihan yang ada pada diri x semestinya kita akan gunakan sepenuhnya.. malah kita 't'paksa' menempuhi jalan yang bukan dari cabang pengetahuan kita... kekuatan lahir dari banyaknya ujian yang kita tempuh. kekuatan jiwa sesungguhnya datang dari Allah yang menciptakan~ Dia Maha mengetahui.. Dia tahu apa yang kita x tahu.. 

Wednesday, May 9, 2012

Ibu oh Ibu~


::20120519::
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiada bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih dari dosa). Maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari)

Hari ini saya disajikan dengan video paling polpular di facebook berkenaan dengan perilaku seorang ibu yang memperlakukan anaknya yang masih bayi sedemikian rupa. apakah tidak ada belas kasihan di hati nya sedangkan saya tatkala mahu menghambat kaki seorang adik kerana merayap seharian suntuk pun menitis air mata apabila memikirkan kesakitan yang dialami olehnya...

Mana belas kasihan seorang ibu yang dianggap penyayang? Ibu yang dimana syurga adalah dibawah telapak kakinya..Ibu yang sepatutnya membelai dengan penuh kasih sayang~ dipujuk ketika sedihnya anak~ dimanja ketika tawanya anak~

Berbual dengan seorang ibu beranak dua di tempat kerja, dia menyatakan:
"sakit hati dengan perangai budak2 ni, nak marah x sampai hati tapi tengok balik gelagat diaorang akak gelak sorang. Langsung x jadi nak marah"

Anak adalah penyejuk mata, dia lah penawar, dialah racun... sungguhpun saya bukan seorang ibu.. naluri keibuan yang lahir semulajadi di hati sebagai seorang wanita menyebabkan saya merasakan bahawa bukan ini caranya.

Pepatah melayu mengatakan: 'Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan'. pepatah ini hanya menyatakan cara mendidik anak yang sudah mengerti baik buruk sesuatu perkara tapi x bermaksud lah ditangankan si anak kecil yang tak mengerti apa2...sementara si suami keluar meninggalkan isteri di rumah untuk mencari rezeki.

Namun apa yang berlaku pada ketika ini sudah jauh menyimpang dari yang sepatutnya.
dunia dah terbalik.. pepatah lama x boleh diguna pakai lagi~ sayang bertukar benci : 'benci anak tinggal-tinggalkan, benci isteri tangan-tangankan'

"Tatkala amarah dan keraguan menguasai diri, Syaitan berada di sekeliling kita bersorak gembira."

Saya sayang mak saya.





Tuesday, September 20, 2011

Tiga(3) Perkara

Perkara Pertama: Sebelum Tamat Belajar
Pergh.. memang rasa mcm
>>bila nak habis? bila nak habis? bila nak habis? bila nak habis? bila nak habis? bila nak habis? bila nak habis?

asik ulang perkataan ni banyak2 kali... dengan dah rasa macam x rela nak buat kerja je.. tapi gagahkan jugak diri ni... lepas bukak Microsoft Word, tutup, bukak excell plak, pastu bukak photoshop, bila bosan, sambung buat AutoCAD pastu bukak Sketchup plak.. kejap lagi, bukak word balik.. dah bosan tengok muvi jap.... STOP!!! jangan lama2!!! klu mcm tu bila lagi nak siap ni??? Adoiai~~~

Ya Allah, bagilah aku kekuatan... perkara yg paling terperasankan sekali adalah mata makin dah x nampak... isk3!!! tambah lagi power mata ak ni....

Mana la Monitor x rosak.. laptop mmg dah lama tersadai... nasib baik ade ayah.. time tu ayah ade rezeki lebih.. mintak tukar monitor baru... hehehe.. WAH~~~ lebarnye... macam tv!!!! huhu... sedap buat keje macam ni..(sedap lagi klu buat tengok muvi) :P

Padahnya.. bila dah lama sangat depan PC belakang akan terasa sakit terutamanya di bahu sebelah kiri..
"huhu T_T sakitnya.... " terpaksa beli Ameltz yokoyoko. mahal woo bende tu kat kiosk Ameenah... tapi terpaksa beli jugak.. nak legakan kesakitan....

Pekara Kedua: Nak Dekat2 Tamat Belajar
Time tu la kepala dah pening.. sambil habiskan report Design Thesis' dalam kepala ni dah pk dah.. mana la saya nak keje lepasni.. saya ni dah la xde lesen.. nak belajar.. tgh tertunggak lagi.. byk betul nak buat.... adoi.. penat la klu asik naik bas je.. dah la susah nak dapat bas....

Dah rasa dah masa praktikal dlu.. bayangkan pagi2 pukul 6.45am dah keluar dari bilik nak tunggu bas... klu dapat bas sebelum 7.30am alhamdulillah dapat sampai ofis tepat pada waktu atau terlebih sikit dlam 8.45am... masuk ofis 8.30am.. dah sampai kat stesen Terminal Gombak, bersesak dalam LRT nak turun kat Bangsar... sampai dekat stesen Wangsa Maju... LRT dah macam sadin... dah la ngantuk.... COOL gila saya tido dalam LRT lagi2 klu dapat seat tepi... mmg letak kepala la.... Klu nak pegi mid valley pagi2 tu better ambik bas sbb bas banyak.... so xde masalah nak sampai sane... just petang tu yang x tahan.. sbb petang terpaksa naik Komuter ke KL Sentral.. Adoiai~~~

Pk2 balik.. aku ni baik keje dekat2 dengan rumah je.... bagaimana dengan tekanan kerja tu~~ sabar je la... sbb ade kawan dlu penah praktikal kat situ... Hmm~~~

Perkara Ketiga: Dah Habis dah ni!!!
ALAMAK!!!! sayangnya nak tinggalkan masa belajar... kawan2.... huhuhu....
uhuk3!! siap jugak akhirnya design thesis officially submit drawing and hardcover n poster juga... adakah saya akan jadi Landscape Architect yg berjaya??? tu takdir tuhan yang menentukan.. saya hanya perlu berusaha untuk mencapainya....KAN??? (ehem2.. ikalan jap.. saya punya ade dua (semua org pun) di tengah2 sebelah kanan atas.... hehe) eh... dah habis dah?? tiba2 rasa macam sekejap je dah empat tahun... selamat tinggal student life.. mungkin kita akan jumpa lagi di masa akan datang.. tapi x tau bila lagi kan.. tengok la klu ade rezeki nak jadi student balik...

~FAREWELL~
this is our studio mates and lecturers 

p/s: gambar dua dari bawah ni credit to kawan2 (sori sy pinjam ye)