Kalau ikut tema, ada beberapa design yang jadi pilihan kitorang...
Gambar ambil dekat page iKahwin |
Kami akan mengutamakan penggunaan brown papper dalam pembuatan kad kahwin kami dan Mr.F setuju. Untuk kad kahwin, penggunaan warna tema juga amatlah penting. Selain itu, hana juga akan menggunakan warna kuning dan kelabu dalam design kad kahwin tu nanti. So, that Hana beli brown paper dekat Advanco, Taman Melawati.
100 sheet 180gsm cuma RM7.50 sahaja |
Kalau satu rim = 100 sheets (RM7.50), A4 tu nanti nak kena kerat 3.
Jadi nanti dapat 300pcs kad satu rim
= 300pcs x 2 rim (200 sheets) : RM 7.50 x 2
= 600pcs : RM 15.00
Cukup la tu 600pcs.. kalau tak cukup nanti baru print lagi. Murahkan!! Bajet pertama untuk 600 pcs kad kahwin baru RM 15.00
Masa kat Advanco tu punya la exited gila nak pilih kertas. Bila nak bayar tiba-tiba rasa macam kenapa murah plak? Bukan tadi kata RM7.50 ke? Apsal RM6 plak ni? Dalam hati rasa 'dia bagi aku diskaun kot..' (perasan sorang-sorang)
Lepas beberapa hari baru saya perasan.. saya bukan ambil Brown Card tapi Brown Paper.. T.T
Patut la murah.. Alahai Hana~~ lain kali jangan exited sangat tengok kertas banyak-banyak tu sampai apa yang awak ambil pun awak x perasan!!
Alamak!! Brown paper la!! |
Masa dekat sana jumpa mounting board (kadbod) warna kuning dan kelabu juga. Memang cantik gila warna dia. Dalam hati rasa 'alahai guestbook dah terbuat la pulak...' So, saya pun beli la dengan exitednya.. Lagipun harga dia RM1 sekeping. Balik rumah tengok-tengok saiz mounting board tu lagi kecil dari kadbod yg mula-mula hana beli dulu.. refer post ni (Wedding Note #5: Guest Book part 1). Sudah-sudahnya, simpan je la...