Finally, hari yang ditunggu tunggu dah tiba.. Tarikh nikah kahwin jatuh hari yang sama, dan banyak lagi preparation yang tak siap. Hana ambik cuti start dari Krismas 25/12 sampai lepas New Year 5/1. Memang heaven sangat bercuti. Banyak jimat cuti sebenarnya sebab banyak public holiday. Memang betul-betul ambil kesempatan cuti panjang.
25/12/2014 (Khamis)
Bertolak pagi dari rumah sewa ambil Izzah & Zalila kat rumah Izzah sebab diorang memang dah janji nak tolong untuk preparation. Zalila pulak sebab dia tak dapat datang masa wedding day. Lepas ambik diorang, terus ke Floristika untuk ambil fresh flower yang dah tempah awal-awal lagi. Kemudian berdesup balik Bandar Baru Salak Tinggi. Malam tu Izzah & Zarl balik sebab esok diorang kerja.
|
Zarl & Izzah tolong buat goodies |
|
Bunga dada yang Zirah buatkan. |
26/12/2014 (Jumaat)
Disebabkan khemah dah sampai semalam, banyak kerja lain yang boleh settle hari ni. Aku pulak sibuk nak cari clinic gigi kerajaan untuk scaling. Last minit baru nak buat. Pegi Spa pun tak payah dah. Dah tak sempat. Tak senonoh punya perangai. Patutnya duduk la rumah time tu dah tak payah keluar lagi. Pembawakkan orang nak kahwin kot. huhu
Lepas solat Jumaat, pakcik-pakcik datang untuk tolong buatkan pelamin kayu pallet. Kami adik beradik duduk mengangkut kayu pallet dari rumah mak ke rumah Mak Endek sebab kenduri buat kat rumah dia. Rumah kami punya jalan tak sesuai buat kenduri.
|
Pelamin in the making |
Malam tu sambung buat pelamin lagi dan boleh gubah bunga untuk hantaran. Barang hantaran dah susun dan gam awal-awal. tinggal letak bunga jer sebab nak bagi bunga nampak segar. Baki bunga pula digubah untuk hiasan atas meja.
|
Lapik dulang hantaran |
Maka, orang-orang yang gila selfie pun ambil tempat untuk syok sendiri dekat pelamin apabila pelamin dah siap.
Maka bunga api pun berkumandang di udara tanda esok hari kahwin diri sendiri.
|
bunga api esok Hana kawen |
|
Main tepon jer!! |
27.12.2014
My Wedding Day
Pagi-pagi lepas solat terus bergegas sambung balik preparation. Kerusi pelamin tak siap lagi. Pagi tu jugak mintak pakcik tolong buatkan. Bertungkus lumus la masing-masing. Waktu tu photographer dah datang. Lepas susun-susun, Hana balik untuk mandi dan bersiap untuk make-up sebab nikah pukul 10.00am. Kak Yang (Adik) yang tolong make-upkan sebab memang tak bercadang nak ambil MUA pun. Lepas tukar baju semua gerak pergi Masjid Hishamuddin. Kitorang lambat sikit sebab nak tunggu yang lain sampai. Pengantin lelaki dah sampai awal dah dalam pukul 9.00am. Tok Kadi pun dah sampai masa kitorang sampai.
|
Rombongan pengantin lelaki |
|
Mr.F & Sofia |
|
Hana kena heret masuk masjid.. Laju gila jalan. |
|
Hantaran untuk lelaki |
|
Hantaran untuk perempuan |
|
The dulang girls. Banyak gunanya diorang ni.. |
|
Duduk berbantal. Dengar khutbah nikah. |
|
Masa nikah. Debar tu ada tapi tak nangis pun.
Sebab tak tau nak rasa apa. But still, Alhamdulillah! |
|
Lafaz taklik. |
Lepas selesai nikah & lafaz taklik, solat sunat dua rakat kejap. Tanda syukur sebab Allah permudahkan urusan kitorang. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Lepas tu baru sarung cincin dan salam-salam. Yang kelakarnya keluarga suami (Ehem..dah boleh panggil suami dah time ni..) diorang suka lari-lari. nak salam diorang kena berkejar pegi kat diorang. hahaha!
Lepas semua dah settle, ada sesi bergambar kejap. Buat kat masjid jer. Rombongan pihak lelaki balik ke homestay kejap. Nak tidur ke, nak tukar pampers anak ke. Jumpa balik pukul 1.00pm
Selesai jer acara nikah, bila semua dah balik tempat masing-masing elok jer hujan lebat dalam pukul 12.00pm. Tetamu dah mula datang. Ada yang sesat-sesat.
|
Kak Salwa & Izzah |
|
Kak Jannah pulak. |
|
Saudara mara yang excited ambil gambar atas pelamin |
|
Kak Yang. Masih mencari konon! |
Dalam pukul 1.00pm pengantin lelaki tak sampai lagi. Hujan masih turun tapi renyai-renyai. Tetamu dah makin ramai. Elok je hujan berhenti, rombongan pengantin lelaki sampai. Pakai kompang PA system jer. Haha! Lantak lah.. Diaorang tunggu zohor dulu katanya.
|
Meriah jugak kan! |
Sampai kat pelamin kena tahan pulak. Tol main-main la konon nya.. Tak ada tepung tawar tu semua. Nak layan tetamu bergambar je pun dah sampai lenguh otot-otot pipi senyum. Settle bergambar dengan keluarga sebelah lelaki, Kitorang pulak nak makan. Pengantin cedok nasi sendiri tau! Semua dah ada atas meja! Lepas makan balik semula ke pelamin,
Tetamu beransur kurang dalam pukul 4.30pm. kira awal jugak lah.. penuh khemah. Rombongan pengantin lelaki pun dah ada yang balik. Lepas asar kitorang keluar pergi photoshoot outdoor pulak. Buat dekat-dekat jer. Habis jer outdoor photoshoot, kami balik rumah tukar baju dan tolong kemas apa yang patut.
|
Backdrop pelamin yang dah jadi alas periuk. |
Overall, Hana rasa kami kahwin macam perkahwinan koboi. Semua nak laju, semua nak cepat. Apa-apapun, Hana ucapkan terima kasih kepada saudara mara dan kawan-kawan yang sudi sumbang tenaga dan sumbang macam-macam benda untuk kenduri kami. Berbaloi rasa berpenat-penat membantu di kenduri sepupu sepapat bila saudara mara ramai datang bantu balik kat kenduri kita.
Doakan kami bahagia sampai ke Syurga!