Friday, July 25, 2014

Wedding Note #10: Baju Raya a.k.a Baju Bertunang & etc.

Salam Ramadhan~~

Untuk raya tahun 2014 ni banyak persiapan pergi ke persiapan bertunang sebabnya tarikh bertunang dah confirm betul dah pada 10/8/2014 (raya ke-14). Preparation untuk raya hanya pada baju raya yang akhirnya jadi baju majlis bertunang. Tema raya tahun ni warna hijau tapi tak dapat dikenalpasti nak hijau apa sebab mak nak warna hijau pucuk pisang. Dak Ayang plak nak warna hijau gelap.

Ades.. poning kepalo den!

Sudah-sudahnya Hana dengan Mr.F redah je pergi cari baju raya dekat Nilai Square sambil shopping barang-barang lain juga disamping pergi ke Masjid BBST untuk confirmkan tempat majlis. Baju raya kami beli sedondon dari jenis kain yang sama. Baju kosong je tapi ade manik n labuci sikit kat tangan dengan leher. Tapi nanti cari manik dan lace untuk tambah lagi dan jahit atas baju tu.

Baju Mr.F: RM 80.00
Baju Hana: RM 100.00
Total           RM 180.00

Kat sana nampak sampin warna kuning untuk nikah. Harganya RM30.00 nampak la jugak betapa kualitinya rendah tapi Mr.F kata "xpe.." Guilty runs inside me. Kesian pakcik ni.. nak menikah.. tapi sampin cikai je... Masa dah nak balik tu, jalan-jalan depan sikit baru jumpa satu kedai yang ade jual kain satin warna kelabu. Tapi satin tu gelap sikit. Harga: RM15.00/meter. beli 2 meter dulu sebagai kain contoh.

Lagipun, sampin dan kain tu boleh letak kat dulang hantaran tunang nanti... kan!
(Senyum!)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Masa cuti Nuzul Quran hari Selasa kitorang keluar shopping lagi. Mula-mula kitorang pergi Bunga Riben untuk beli lace. Lace hijau RM6.80 x 2m. Lace kuning kelabu ade dua jenis. JenisA untuk letak dekat baju nikah nanti ambil dalam 2m harga dia mahal sikit dari yang hijau. JenisB untuk letak dekat veil+tudung- lace ni remnant je tp ade diskaun 20% lagipun bukan nak pakai banyak pun untuk veil kan! Total spend untuk lace je RM82.00 (Terbeliak mata Mr.F nak bayar).

Lepas tu, kami pergi SinYin kat Semua House untuk cari manik. Kat sini banyak barang kahwin yang murah. Kat sini kitorang dapat bunga orchids+hydrangea (sesuai ke? tak tau la ape rupanya nanti kekeke), gabus, manik, kain satin untuk balut gabus tu, etc.. Total spend RM 87.20.

Blue hydrangea

*sekadar gambar hiasan*

Jalan-jalan kejap kat Jalan TAR untuk cari Shawl yg sesuai dengan warna baju yang beli haritu harga: RM15.00. Singgah pula di Kamdar untuk cari kain shiffon dan kitorang ambil dalam 1 1/2 meter. Tak tau nama kain schiffon tu ape. Just nilai kain tu dari segi warna dan kain tu best ke tak untuk buat veil je. Mr.F pun nak cari pin tudung untuk kakak die.

Lepas balik dari KL kitorang pergi Ampang Point plak. Konon nak pergi satu store baru bukak untuk dapatkan best price. Tapi hampeh.. barang die still mahal. Kitorg jalan-jalan je kat situ. Then, pergi kedai alat jahitan untuk beli benang dan cari manik yg x jumpa kat KL tadi. Solat sekali kat sana.
Sebelum beransur dari Ampang Point, teman Mr.F beli baju-T & Seluar baru. Pastu pergi AEON AU2 untuk bukak puasa kat sana..

Balik rumah semangat gila nak jahit manik kat baju.. dan ini hasilnya!!

Progress & Result
Tudung

Baju
Lace tu kena iron dulu lepastu jahit manik-manik kecil pada lace n baru touch-up dengan manik di sekitar lace tu. untuk bahagian tangan, simple beadings will do sebab tangan banyak guna untuk buat kerja so, tak payah sarat sangat pun takpe. Lagipun baju ni boleh pakai lama kan! manik-manik tu selain beli dekat KL haritu ade jugak beli dekat area Medan Idaman, Jalan Gombak. MYCraft nama kedai tu.

Ok.. nanti post lagi!!
Cheers! :)

Friday, July 11, 2014

Wedding Note #9: Shopping untuk Alas Dulang Hantaran

Salam...

Last week Hana dengan Mr.F cukup-cukup pening dengan E-day kitorang.. Sebab bila preparation yang bercampur tangan org yang memberi cadangan yang tak munasabah amatlah menyakitkan kepala.

Untuk hantaran, kami dah decide awal-awal lagi untuk merisik/bertunang tak payah banyak banyak dulang. Cukup lah setakat 3 balas 3 je. Tapi bila consult dengan mak, mak kata ikut je la adat 3 balas 5 sebab konsepnya orang berbudi kita berbahasa... Kalau orang datang memberi kita hadiah, kita sebaik-baiknya memberi yang setaraf atau yang lebih baik.. Ok mak.. -_-' (Kan dah kena ceramah)

Pastu mak pesan, jangan lupa alas dulang nak kena jahit.

Hana dengan Mr. F pun pergi KL cari kain untuk alas dulang. Macam2 kedai kain kat KL tu kitorang masuk.. 5 jam kat Jalan TAR dan Jalan Masjid India sampai sakit-sakit kaki. Masa pergi cari kain tu kitorang beli kain bajet untuk 7 dulang terus sebab nak pakai untuk nikah sekali. Sekarang kan bulan puasa.. memang sesuai sangatlah kalau nak cari kain-kain.. Lagipun Raya Sale dah start before Ramadhan lagi.. (Tak senonoh betul! Puasa dulu!!) Hehe..

1. Kain satin - Kain satin ni kitorang beli kat Kamdar ambil yang paling murah je sebab nak buat alas je kan. Bukan nak pakai kat badan pun. Harga die murah je. Dalam RM4.80 semeter. Ambil dalam 2meter. Warna kuning cair. Siap ade diskaun lagi.. 10% Total: RM8.64 (Round RM8.65)

2. Kain Organza - Kain ni kitorang jumpa kat Nagoya Textile bahagian langsir sebab pattern dekat kain tu macam pattern songket gitu combination between gold, light yellow dan putih. Lawa la jugak... Harga dia dalam RM5.00 semeter. Juga ambil dalam 2meter.

3. Ribbon/Lace - Beli dekat Bunga Riben. Ingat nak pakai warna silver. Tapi bila match dengan kain yang kitorang beli tu, x padan la pulak. Ada satu ribbon yang kitorg berkenan tu mahal gila 1 roll RM108. Terkejut jap bila dengar harga dia. Lepas tu, tengok harga dulu baru tengok corak ribbon tu. Dapat yang ok sikit harga dalam RM38.00 per roll tapi still berkenan dengan kaler silver. Huu~~ nak silver... Tapi sebab x match kitorang pun terima  hakikat untuk ambil yang gold tu.

Dekat Bunga Riben kitorang ade belikan Glue gun dan glue stick die untuk memudahkan mak buat kerja2 kawen nanti. Glue gun tu harga dia RM15.00 dan glue stick die ambil banyak terus dalam RM18.00.

4. Tassel (Rambu ramba) & Bow siap - Benda ni kitorang kena beli untuk 7 dulang. setiap dulang nak 4 untuk letak kat bucu alas dulang tu. So, kena beli 28pcs la. Kitorang terpaksa pergi kat Nilai3 sebab x jumpa benda alah tu yang cantik sikit kat KL. Kedai barang pengantin yang lagi satu tu tutup pulak. Harga tassel ni dalam RM5.00. Kitorg ambil 3 paket sebab sepaket ade 10. Bajet bow siap ni pulak harganya dalam RM0.40 x 28pcs = RM11.20. Kenapa pilih bow? sebab orang lain dah biasa sangat pakai bunga-bunga yang ade reben tu. Hana suka benda yang unusual sebab tu ambik bow.

5. Dulang Hantaran - Pinjam kat Cik Non. Anak die dah lepas dah 2 orang.
Dulang yang mahu dipinjam
Ingatkan nak terus beli gabus tapi konsep gubahan x tau lagi nak buat mcm mana. mak pun kata tunggu nanti bila nak hias-hias baru beli sebab barang nak letak kat dulang tu pun xde lagi. Kitorang terus balik Salak Tinggi untuk hantarkan wayar mesin jahit dengan tangkapan kitorang haritu. Pastu bukak puasa sekali kat sana. Dalam perjalanan balik KL singgah jap Masjid Hishamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi tu untuk solat Isya'. Tapi pejabat tutup la pulak...
Kena pergi lagi minggu depan...

Saiz Dulang
Prototype
Masa dekat Jalan TAR ade nampak org jual bunga-bunga plastik... ingat nak beli.. tapi Mr.F kata "Berbaloi ke? Bukan boleh pakai balik kalau dah potong-potong. Kita pakai fresh flower je la... F suka fresh flower.." Hana takut mahal je.. tapi ye la kan.. kalau fresh flower tu org kutip la jugak.. tapi kalau bunga plastik sape nak kutip? Hehe.. (Dalam hati suka sebenarnya..)
(^_^)V

Balik KL pengsan!!! Adeh..

-----------------------------------------------------------------------------------------------

So, total spend hari ni:
Kain Satin (2m)          = RM8.65
Kain Organza (2m)     = RM10.00
Ribbon/Lace (1roll)    = RM38.00
Glue Gun                    = RM15.00
Glue Stick                   = RM18.00
Tassel (3pkt)               = RM15.00
Bow (28pcs)               = RM11.20
TOTAL                    = RM115.85#

Monday, July 7, 2014

Wedding Note #8: Lokasi.. Oh lokasi!!

Salam guys,
Pasal lokasi ni hana nak bagi tau memang akan pening sikit. Sebab nak pilih lokasi makin susah bila terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi. As for me, all this while hana ingat hana akan buat dekat rumah nenek kat Kampung Salak Tinggi Sepang. But then, Sabtu dan Ahad lepas hana balik rumah untuk sambut Ramadhan dengan family kat Salak Tinggi, masa cakap-cakap dengan mak pasal majlis kahwin, tiba-tiba mak kata nak buat dekat rumah kitorang je dekat Bdr. Baru Salak Tinggi.

Aduh, pening!! Kad kahwin hana dah siapkan ni.. Tak apa la, sebab buat sendiri... Tapi, bab peta tu yang susah sikit nak buat. (nanti hana postkan entry)

Hana dengan tak semena-mena paksa Mr.F call sana sini utk cari venue yang sesuai padahal die ada submission sebelum tengah hari. Sorry, Mr.F. I don't mean to stress u up but i'm really stressed up. So, let us stress together..Hehe~~ But then die call jugak selepas pergi hantar drawing.
Saya dah start buat perangai. [Grumpy bila stress, cari org utk stress sama-sama]

Possible location area situ:
1. Rumah sendiri, Bdr. Baru Salak Tinggi - status: Available
2. Dewan Orang Ramai Bdr. Baru Salak Tinggi: Full sampai bulan 11 tahun depan
3. Rumah Nenek, Kg. Salak Tinggi: Available with condition
4. Masjid Hishamuddin Bdr. Baru Salak Tinggi: Available
5. Masjid Kg. Salak Tinggi: Tak tau sebab tak tanya
6. Auditorium Tmn. Tasik Cyberjaya: Available tapi jauh sangat

Lokasi yang saya nak pilih pun sebenarnya ada pros and cons die sendiri. Which are:
1. Saya sebenarnya tak suka majlis yang terlampau meriah (fancy). Sebab saya lebih suka yang simple with modesty. Kalau rewang dah tentu la preparation dia meriah, makanan pun boleh ikut suka kita. Tapi jimat. Of course hana nak jimat.
2. Hana nak majlis yang boleh buat nikah and kenduri dalam sehari. Tak nak buat berhari-hari macam nikah hari ni, kenduri esok. Costly dan penat. Nikah malam tu, mesti nak jemput orang makan dekat rumah jugak. Pastu esok nak kenduri lagi...
3. Hana x nak mak comot dekat dapur. Sebab sepatutnya haritu mak jadi mandur je.. Tapi mak kalau rewang mesti nak masuk dapur punyalah.
4. Rumah kitorang tu kalau masuk ruang tamu terus nampak dapur. Tak boleh nak duduk 3 orang sekali kat dapur tu. Boleh je nak lapangkan ruang tamu tapi barang-barang kena letak kat luar sebab payah kalau nak bawa naik atas. Kalau buat kat rumah tak payah la ada bilik pengantin. Lagipun tak tau nak letak katil dekat mana. Lepas tu, kalau nak pergi toilet, toilet dekat atas. Risau kalau ada barang-barang yang hilang. Bukanlah bermaksud tak sudi nak buat dekat rumah... Tapi, takkan tiba-tiba nak kne renovate rumah pulak. Rewang? dekat garaj umah kosong hujung deret boleh.. Kalau ade pelamin letak kat garaj je..
5. Tak nak jauh-jauh sebab susah nak ulang alik.
6. Kalau buat dekat rumah nenek, mak kata tak ada orang nak tolong rewangkan. Lepastu parking tak ada. Tak ada tempat nak letak khemah...

Penyelesaiannya... memang dua keluarga kena jumpa dan duduk semeja bincang. Tapi kalau lambat, venue-venue yang nak kena booking dulu memang dah tak dapat la... ataupun tarikh kenduri yang kena postpone. T.T

Tunggu je lah....
--------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: Best jugak kalau buat kat masjid. Sebab boleh buat majlis yang paling simple. Tapi kena pakai catering... (Ok.. nak pergi nanges jap ~~T.T~~)

Wednesday, July 2, 2014

Wedding Note #7: Kad Kahwin - Part II

Salam,
Hari tu hana dah cerita pasal cari bahan untuk kad. Untuk entry kali ni hana nak cerita pasal draf design pulak...

Next! hana nak cerita pasal sampul pulak sebab hari tu masa survey brown paper lupa nak survey sampul sekali. (Lain kali plan betul-betul!! T.T). Hana pergi tengok sampul dekat Advanco, Taman Melawati jugak tapi pergi dengan Mr. F. Untuk sampul kad, Mr. F suruh ambik warna putih sebab kalau semua nak pakai material sama dengan brown paper nanti x kenal pulak mana satu kad, mana satu sampul.. Heee~~. Betul jugak...

Tapi sampul ni kitorang pakai untuk yang bagi by post je tau. By hand kitorang nak pakai doilies je. Nanti xde la kad tu bogel je.. dah la sekeping.. x manis di pandang.. hehe. Kalau macam tu, sampul tak payah la beli banyak-banyak.

Sampul harga dia 1 pkt = RM 7.00(100 pcs).
Jadinya nanti kena beli:
3 pkt (300 pcs) x RM 7.00 = RM 21.00

Tapi haritu beli 1 pkt je dulu dengan brown card 3 pkt sebab salah beli haritu.
So, total cost untuk kad kahwin sekarang dah jadi:
2 pkt brown card = RM 15.00
3 pkt sampul       = RM 21.00
Jumlah                = RM 36.00# (Jumlah terkumpul setakat ni)

Ok.. untuk design kad kahwin hana pakai adobe illustrator pastu template dia hana tengok pada gambar je. Nampak macam plagiat tapi hana memang buat sendiri pakai adobe illustrator pastu ada la modify sikit-sikit. Overall memang la nampak sama. Tapi boleh dikira titik peluh saya la jugak... kan!! Huhu.. (nak jugak tu..)

Hana memang nak letak pantun dekat kad. Sebab kalau letak doa atau terjemahan hadis & ayat quran rase macam tak best pulak sebab kad tu nanti orang nak buang. (Bagus gila kalau ada orang yang nak simpan kad ak!). Ok, untuk sebelah hadapan kad die jadi macam ni tapi saya potong sikit untuk rahsiakan nama pengantin lelaki dan tarikh kahwin atas sebab peribadi. Hehe :P

Front

Untuk peta ada sedikit masalah sebab hana tak pernah buat. Pastu konfius.. nak buat pakai photoshop ke illustrator? Sebab macam senang je kalau buat map pakai photoshop.. Ok, takpe. Kita web surfing dulu untuk tengok tutorial bagai.

Any changes are upon final discussion and will be amend later.

Ciao~

--------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: Bila tunjuk draf kad kahwin ni rasa blushing pulak tiba-tiba.. Huhu~~