Monday, July 7, 2014

Wedding Note #8: Lokasi.. Oh lokasi!!

Salam guys,
Pasal lokasi ni hana nak bagi tau memang akan pening sikit. Sebab nak pilih lokasi makin susah bila terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi. As for me, all this while hana ingat hana akan buat dekat rumah nenek kat Kampung Salak Tinggi Sepang. But then, Sabtu dan Ahad lepas hana balik rumah untuk sambut Ramadhan dengan family kat Salak Tinggi, masa cakap-cakap dengan mak pasal majlis kahwin, tiba-tiba mak kata nak buat dekat rumah kitorang je dekat Bdr. Baru Salak Tinggi.

Aduh, pening!! Kad kahwin hana dah siapkan ni.. Tak apa la, sebab buat sendiri... Tapi, bab peta tu yang susah sikit nak buat. (nanti hana postkan entry)

Hana dengan tak semena-mena paksa Mr.F call sana sini utk cari venue yang sesuai padahal die ada submission sebelum tengah hari. Sorry, Mr.F. I don't mean to stress u up but i'm really stressed up. So, let us stress together..Hehe~~ But then die call jugak selepas pergi hantar drawing.
Saya dah start buat perangai. [Grumpy bila stress, cari org utk stress sama-sama]

Possible location area situ:
1. Rumah sendiri, Bdr. Baru Salak Tinggi - status: Available
2. Dewan Orang Ramai Bdr. Baru Salak Tinggi: Full sampai bulan 11 tahun depan
3. Rumah Nenek, Kg. Salak Tinggi: Available with condition
4. Masjid Hishamuddin Bdr. Baru Salak Tinggi: Available
5. Masjid Kg. Salak Tinggi: Tak tau sebab tak tanya
6. Auditorium Tmn. Tasik Cyberjaya: Available tapi jauh sangat

Lokasi yang saya nak pilih pun sebenarnya ada pros and cons die sendiri. Which are:
1. Saya sebenarnya tak suka majlis yang terlampau meriah (fancy). Sebab saya lebih suka yang simple with modesty. Kalau rewang dah tentu la preparation dia meriah, makanan pun boleh ikut suka kita. Tapi jimat. Of course hana nak jimat.
2. Hana nak majlis yang boleh buat nikah and kenduri dalam sehari. Tak nak buat berhari-hari macam nikah hari ni, kenduri esok. Costly dan penat. Nikah malam tu, mesti nak jemput orang makan dekat rumah jugak. Pastu esok nak kenduri lagi...
3. Hana x nak mak comot dekat dapur. Sebab sepatutnya haritu mak jadi mandur je.. Tapi mak kalau rewang mesti nak masuk dapur punyalah.
4. Rumah kitorang tu kalau masuk ruang tamu terus nampak dapur. Tak boleh nak duduk 3 orang sekali kat dapur tu. Boleh je nak lapangkan ruang tamu tapi barang-barang kena letak kat luar sebab payah kalau nak bawa naik atas. Kalau buat kat rumah tak payah la ada bilik pengantin. Lagipun tak tau nak letak katil dekat mana. Lepas tu, kalau nak pergi toilet, toilet dekat atas. Risau kalau ada barang-barang yang hilang. Bukanlah bermaksud tak sudi nak buat dekat rumah... Tapi, takkan tiba-tiba nak kne renovate rumah pulak. Rewang? dekat garaj umah kosong hujung deret boleh.. Kalau ade pelamin letak kat garaj je..
5. Tak nak jauh-jauh sebab susah nak ulang alik.
6. Kalau buat dekat rumah nenek, mak kata tak ada orang nak tolong rewangkan. Lepastu parking tak ada. Tak ada tempat nak letak khemah...

Penyelesaiannya... memang dua keluarga kena jumpa dan duduk semeja bincang. Tapi kalau lambat, venue-venue yang nak kena booking dulu memang dah tak dapat la... ataupun tarikh kenduri yang kena postpone. T.T

Tunggu je lah....
--------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: Best jugak kalau buat kat masjid. Sebab boleh buat majlis yang paling simple. Tapi kena pakai catering... (Ok.. nak pergi nanges jap ~~T.T~~)

No comments:

Post a Comment

:: guruh berbunyi ::