Saturday, February 7, 2015

150130 :: Langkawi Trip - Part I

Dear blogwalkers,
Kalau anda nak tahu, ramai juga yang tanya Hana pergi Langkawi ni Honeymoon ke? Hakikatnya tak pun. Pergi langkawi ni sebenarnya Company Sports Club punya trip. Kiranya, tiap-tiap bulan akan ada sedikit (sangat) potongan gaji untuk aktiviti kelab. Lepas tu nanti AJK kelab akan buat la apa-apa aktiviti untuk ahli dia. Macam pergi makan-makan ke, berkelah ke, bowling ke, festive celebration ke...

Kali ni, disebabkan Company Club ni dah lama tak buat aktiviti, jadi, duit kitorang yang terkumpul tu boleh buat trip 3H2M pergi Langkawi. Kebetulan Hana baru lepas kahwin masa tu, boleh dikira honeymoon jugak kot.. haha! Hana dah inform awal-awal kat Mr.F (masa tu masih bertunang) yang kita akan pergi Langkawi hujung bulan satu nanti. Hana pergi sana free je.. cuma pasangan kena bayar separuh. Kalau ada budak2 bawah 12tahun kelab akan charge tapi dengan harga yg rendah.

Apa yang perlu Hana buat ialah, survey tempat yang boleh kami pergi kat sana nanti. Pasal kereta sewa ni, officemate yang jumpa. Kitorang sewa kereta kat Dini Travel. Kira murah juga la untuk sebiji kereta Viva Auto dalam RM50 Sehari lagipun bukan peak hour, cuma cuti Hari Wilayah je. Kat sini dia kira 24jam jadi kitorang sewa untuk 2 hari (48jam) makna nya kalau ambik pulul 12.00pm hari Sabtu 31/1 kena pulang pukul 12.00pm jugak hari Isnin 2/2.

Pakaian semua memang kitorang dah siap pack seminggu awal sebab nanti takut tak cukup masa untuk drive ke Langkawi memandangkan kami berdua sama-sama bekerja. Kelab memang ada sediakan bas tapi kitorang decide nak drive sendiri sebab boleh singgah-singgah.

30 Jan 2015 - Jumaat
Pagi-pagi masa nak pergi kerja tu kitorang dah siap-siap masukkan beg pakaian dalam kereta dan suami hantar naik kereta pagi tu. Lepas habis kerja Hana naik LRT ke Bukit Jalil utk tunggu suami ambik sebab dia kerja kat Connought. Katanya senang kalau Hana tunggu sana. Lepas suami ambik Hana, kami pergi dekat Mall paling dekat untuk solat dan makan. Seterusnya bergerak terus ke Langkawi dalam pukul 8.30pm dan berhenti dekat RnR untuk nap sekejap dan sambung balik perjalanan.

Masa dalam perjalanan ke utara tu, first time tengok jem yang teruk gila sebab lori trellar terbalik melintang atas jalan bertentangan kitorang. Jem tu start elok elok je beberapa KM lepas Terowong Menora sampaikan orang boleh keluar dari kereta matikan enjin sebab tak nak minyak habis.  Kebiasaannya suami memang akan jalan je macam biasa sebab tak nak menambah kesesakan kat lorong kitorang. Katanya "Kenapa nak sibuk, dah ada polis, ambulan semua. Lagipun bukannya boleh tolong. Buat menyusahkan pengguna jalan raya lain je"

31 Jan 2015 - Sabtu
Kitorang singgah mandi kat RnR dan sampai Terminal Feri Kuala Perlis dalam pukul 5.30am. Belum subuh lagi masa tu. Suami pergi cari tempat parking dulu. Boleh tahan mahal juga la harga parking dia. So, kitorang park untuk 2 hari. Elok je suami Hana sampai kat jeti dari tempat parking, bas rombongan Company pun sampai. Kitorang dua orang pergi Masjid Al Hussain dulu untuk solat Subuh. Gilir-gilir solat sebab nak jaga beg.
Menara Masjid Al Hussain, Kuala Perlis
Kitorang dimaklumkan yang feri kitorang dalam pukul 8.15am. Tapi dah kata rombongan, tiket feri bukan kitorang yg beli pun. AJK kelab yang uruskan semua. Jadinya kena berkumpul setempat dulu, nak check siapa yang ada, pastu siapa yang nak sarapan tu boleh pergi beli sarapan lekas-lekas dan berkumpul balik pukul 7.45am.
Kami berdua first time naik feri &
first time juga sampai Langkawi. 

 Pemandangan dari atas feri.

Perjalanan dari Terminal Feri Kuala Perlis ke jeti Kuah makan masa sejam setengah. memang sempat tidur la kat atas feri. Mujur kami berdua tak mabuk laut. Sampai Jeti Kuah dalam pukul 9.45am terus kitorang beratur untuk keluar dari jeti dan tunggu kereta sewa. Keluar jeti berlambak orang tawarkan khidmat sewa kereta. Tapi maaf lah, kami dah buat tempahan awal.

 Dua-dua muka macam separuh sedar

Sempat lagi bergambar dengan Kak Anie & Kak Dila
Di Langkawi kami menginap di Aseania Resort Langkawi, dekat dengan Pantai Chenang. Mula-mula tu kitorang laki bini dengan family Kak Anie dan Kak Dila (officemates) pergi makan dekat Kompleks Pekan Rabu simpang selepas Masjid Al Hana. Lapar kot.. sampai-sampai tadi tak sempat sarapan pun. Nak sarapan kat RnR, belum ada kedai yang bukak.

Sebelum dan sesudah makan.
Abaikan fesyen yang ntah hapa-hapa ni.. 

Pemandangan dekat Kompleks Pekan Rabu
Dah makan, masing-masing bawa haluan bersiar-siar sebelum waktu check in. Sempat juga singgah ke Makam Mahsuri. Tapi cuaca panas terik tu membuatkan kitorang nak cepat balik. Dekat Makam Mahsuri ni ada banyak rumah-rumah tradisional ala-ala Mini Malaysia macam kat Melaka tu.

Makam Mahsuri
 Gambar kiri: Teratak Sri Tama (rumah Panglima Hitam) Gambar Kanan: Rumah Penghulu

Habis je round kat Makam Mahsuri, kami drive pusing-pusing kawasan. Kemudian, kami balik hotel, duduk kejap rehat kat lobi hotel sementara nak check in. Tapi masa tu dah pukul 2.30pm dan ramai officemate kami yg tak dapat bilik lagi. Bayangkan, kebanyakkan dari kami semua dapat bilik dalam pukul 3.30pm ke atas.

Bosan tunggu kat lobi, kitorang lepak kat tepi swimming pool.
Kami pun duduk tercongok kat lobi siap ada yang tidur baring lagi. Suami dah terlentok kat sofa kepenatan. Elok je diorang keluar dari dewan sebelah kitorang tu, ada petugas hotel tanya kitorang nak makanan tak? Sebab makanan 'mereka-mereka' ni banyak yang tak habis. Mesti la nak! Lapar kot nak tahan sabar walaupun dah makan sebab menunggu 'mereka-mereka' ni settle down. Sambil duduk kat lobi tu group kitorang ni melantak la makanan free.

Kenapa jadi macam ni? Sebab masa tu hotel ni tgh ada pasukan bolasepak Kedah menginap dan kalau tak silap baru check out. Bila lambat check out, petugas hotel mesti la nak kena kemas dulu kan sebelum customer lain masuk? Memang la awak sponsor 'mereka-mereka' ni, tapi jangan la abaikan kami yang bayar ni.

Hana dan suami dapat bilik dalam pukul 4.30pm antara orang yang paling lambat sebab nak bagi family yang ada anak kecik dulu. Lepas check in, kami duduk bilik je solat, rehat, tidur, dan bersihkan diri. Jadinya, siang hari kami hari ni terbazir begitu sahaja.

Malam hari pula kitorang cuma makan nasi bungkus yang dapat petang tadi dan keluar jalan-jalan kat tepi pantai.. Dari hotel Aseania, kami jalan kaki je nak pergi Pantai Chenang tu. Dah penat, balik hotel, tengok tv dan tidur lah..

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

:: guruh berbunyi ::