Monday, June 16, 2014

Wedding Note #3: What Should I Do?

Yes! What Should I do?
Nak kahwin kan.. so, nak kena buat apa? First skali kena la buat planning... Kena la ada planner sendiri. Macam mana rupa planner tu x penting. Janji ia membantu kerja kahwin.
Saya punya planner
Saya punya pakai recycle paper je. Balut dengan lebihan pembalut hadiah kahwin orang. Nak letak apa ye dalam planner tu?
1. Letak la maklumat-maklumat penting. Sekarang ni dah banyak infografik yang cantik-cantik. Print dan tampal je. Senang kan! Nak dapatkan info boleh rujuk mana-mana wedding note bride-to-be & ex-B2b. Dekat iKahwin pun banyak bagi info.
2. Colour code untuk wedding pun boleh letak jugak. Saya punya Hijau Kuning ke? Huhu.. Belum tau lagi.. tu propose je.. dalam tu  ade jgak warna-warna lain sebagai rujukan. saya tampal kat situ sebab nak sorok tulisan recycle paper tu... :P
3. Yearly Planner.. ini PENTING!! tahap gaban punya penting. Sebab apa? dekat situ nanti la nak bagi gelabah sikit.. macam.. "Alamak!! lagi 6 bulan..", "Alamak!! Lagi 3 bulan.." hehe... gelabah x? Kalau tak ape pun x gerak.. Dalam kotak-kotak tu nanti letak la.. apa yang nak buat bulan tu.. bila plan nak pergi kursus kahwin, hiv test, nak pergi pejabat agama ambik borang daftar nikah.. banyak tu...
4. Perlu ke receipt pocket tu? Bagi saya perlu sebab nanti kita boleh kira balik berapa banyak duit yg kita dah spend untuk wedding yang satu hari tu.. huhu T.T
5. Secret Group FB untuk bride & groom-to-be.. Saya punya rahsia~~ hehe kat group tu nanti boleh la share ideas, gambar, info dll between two of you je.. invite la mak ayah sekali supaya mereka boleh turut baca sekali info-info tersebut.. especially pasal majlis yang sederhana... kekeke
 

OK! Sekarang dah ada planner kan.. Lepas tu, list down MAIN ITEM iaitu perkara-perkara penting yang diperlukan untuk majlis tu nanti. Dari situ kita boleh merancang bajet..
A
1. Makan (Catering/Rewang)
2. Kanopi/Dewan
3. Pelamin
4. Andaman
5. Entertainment
6. Jurunikah + Saksi
7. Door Gift
8. Kek Kahwin
9. Extra
 
B
1. Baju Pengantin Lelaki
2. Baju Pengantin Perempuan
3. Hantaran
4. Kad kahwin
5. Photographer
6. Extra
 
Kenapa ada A & B? Mak saya pesan supaya asingkan mana yang untuk kenduri guna duit hantaran. Mana yang atas kehendak sendiri, pakai duit sendiri lah... Lagipun majlis saya ni mana ada orang nak sponsor. Duit kumpul sendiri je...
 
Sediakan EXTRA supaya nanti klu ade modal yg x cukup boleh pakai duit tu.. klu cukup bagus la.. simpan untuk masuk rumah baru jugak...
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
INGAT! Majlis yang sederhana tu penting. Majlis bukan untuk bride & groom je. Tapi untuk menyatukan dua keluarga.

No comments:

Post a Comment

:: guruh berbunyi ::